Saya ingin membantah kenyataan Najib Tun Razak yang berkata bahawa demonstrasi jalanan (Bersih 2.0) di ibu kota baru-baru ini bukanlah jawapan terhadap isu masalah Negara.
Saya ingin menegaskan bahawa kekerasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap rakyat yang menyertai Bersih 2.0 juga bukanlah jalan penyelesaian dan ia adalah satu tindakan jenayah.
Jika benar Perdana Menteri berhasrat menyelesaikan masalah negara dengan jujur, mengapa beliau enggan bersemuka dengan rakyat, setidak-tidaknya beliau menerima pelawaan wakil NGO yang mewakili Bersih untuk duduk semeja dan berdebat mengenai mengenai 8 tuntutan dan masalah negara.
Rakyat telah mencuba sedaya upaya untuk menyuarakan teguran melalui pelbagai cara, tetapi gagal.
Bagi rakyat demonstrasi adalah jalan terakhir setelah kerajaan UMNO - Barisan Nasional menyekat suara rakyat yang mahukan perubahan dalam sistem politik Negara.
Alternatif oleh Perdana Menteri juga boleh disifatkan sebagai janji kosong kerana sehingga kini SPR diperkuda sepenuhnya oleh UMNO-BN untuk terus menguasai kerusi baik di peringkat DUN mahupun Parlimen.
Pengundi hantu yang boleh diperiksa sendiri oleh rakyat melalui atas talian (laman web SPR) berdasarkan pendedahan blogger pro Pakatan telah menjelaskan dengan sendiri bahawa kerajaan UMNO-BN enggan menanganinya walaupun laporan oleh wakil Pakatan telah dibuat berulang kali.
Kenyataan Media
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong/Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak
Dr Khalil Idham Lim
http://www.sinarharian
Demonstrasi jalanan bukan jawapan: PM
LONDON - Datuk Seri Najib Razak berkata, demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi tidak terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda.LONDON - Datuk Seri Najib Razak berkata, demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi tidak terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda.
“Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati de-ngan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan.
“Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya,” katanya ketika berucap pada perhimpunan rakyat Malaysia di United Kingdom (UK) di sini, kelmarin.
Majlis itu menjadi penutup tirai lawatan rasmi beliau selama empat hari ke United Kingdom atas undangan Perdana Menteri Britiain, David Cameron.
Kata Najib: “Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi). Apa yang kita mahu ialah sebuah negara Malaysia yang ditransformasikan, sebuah negara Malaysia yang boleh menjadi kebanggaan dan kesayangan kita.
“Kita mahukan sebuah negara yang boleh berdiri sama tinggi dengan negara yang maju sepenuhnya, yang boleh menjadi contoh ketara sebagai sebuah negara maju. Inilah harapan kita untuk Malaysia.
“Kalau pun kami hendak dianggap membuat kesilapan, kesilapan itu semata-mata bertujuan untuk memastikan ketenteraman, keselamatan awam dan keharmonian awam sentiasa terpelihara kerana apabila berlaku sesuatu kesilapan, ia akan merebak dengan amat pantas dan sukar untuk dibayangkan apa yang akan terjadi selepas itu kerana keganasan pasti akan membuahkan keganasan juga,” katanya.
Merujuk kepada beberapa perkara, termasuk pencapaian pembangkang pada pilihan raya umum lepas, Najib berkata, itu menunjukkan wujudnya demokrasi di Malaysia.
“Dan pilihan raya di Malaysia diadakan secara bersih. Kalau anda rasa itupun belum memadai, kami akan lakukannya dengan lebih baik lagi - kami akan perkenalkan sistem biometrik, contohnya, untuk memastikan tidak wujud pengundi hantu,” kata beliau. - Bernama
http://www.sinarharian
No comments:
Post a Comment