Cuba Banding

Wednesday, July 6, 2011

Hisham: Tangkapan pencegahan diteruskan.....updated 5:29pm 6 july



Jimadie Shah Othman
Jul 6, 11
5:29pm
Kongsi 34
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, penguatkuasaan, termasuk tangkapan pencegahan ke atas aktivitis yang berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu ini akan berjalan seperti biasa.

bn youth joint pc parliament 210806 hishamuddin worry"Saya percaya begitu. Ia masih haram dan masih jatuh (tertakluk) bawah undang-undang negara. Kita konsisten," katanya ketika ditanya sama ada tangkapan akan diteruskan jika perlu.

Bercakap pada sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini, Hishammuddin juga berkata larangan memakai baju kuning BERSIH 2.0 juga masih berkuatkuasa dan mereka yang memakai ataupun memilikinya akan ditangkap dan didakwa.

Katanya, perkara itu selaras dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini bahawa kerajaan peduli pada keadaan keselamatan kerana demonstrasi jalanan merupakan perkara serius.

"Undang-undang tetap di situ (seperti biasa)," katanya.

Sejak seminggu lalu, kerajaan memperhebatkan tekanan ke atas penganjur BERSIH 2.0 dengan tidak kurang 200 orang termasuk beberapa ahli parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat yang ditangkap.

NONEIni termasuk mereka yang memakai dan menjual barangan BERSIH 2.0 seperti baju dan lilit kepala serta penganjur ceramah yang memujuk orang ramai menyertai perhimpunan itu.

Pada kemuncak ketegangan, bukan sahaja perhimpunan itu dilabelkan haram tetapi BERSIH yang mewakili 62 NGO juga diisytiharkan oleh Hishamuddin sebagai haram.

Bagaimapun campur tangan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Ahad lalu, yang bertitah demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik, berjaya mengendurkan keadaan untuk seketika.

Selain ingatan itu, Seri Paduka juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

NONEBaginda tidak mahu melihat negara majmuk ini berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan titah itu, Ambiga memohon pertemuan untuk mengadap Tuanku Mizan.dan semalam diperkenankan baginda.

Setelah mengadap Seri Paduka, Ambiga mengumumkan BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

Mengalu-alukan keputusan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan sedia bertemu dengan BERSIH 2.0 untuk membincangkan secara terperinci berhubung perhimpunan itu.

NONEBagaimanapun bercakap pada sidang media di di Putrajaya hari ini, Hishammuddin berkata kementeriannya tidak dapat mengesahkan sama ada BERSIH 2.0 akan diberikan permit untuk perhimpunan di stadium Sabtu ini.

Sebaliknya, ulangi beliau, penguatkuasaan, termasuk tangkapan pencegahan akan berjalan seperti biasa.


Hisham: BERSIH 2.0 masih haram
Jimadie Shah Othman
Jul 6, 11
3:34pm
Kongsi 343
Walaupun telah mengadap Yang di-Pertuan Agong semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, BERSIH 2.0 masih sebuah pertubuhan haram.

NONE"Ia masih lagi diharamkan. Tiada sesiapa mengatasi undang-undang. Hanya bila berjumpa dengan Tuanku tidak bermaksud ia halal," katanya.

Beliau juga berkata, pengharaman gabungan NGO itu sebelum ini dibuat dengan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk atas nasihat peguam negara.
Bercakap pada sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini, Hishammuddin bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada BERSIH 2.0 akan diberikan permit untuk perhimpunan di stadium Sabtu ini.

Walaupun ditanya berulang kali, beliau tetap menegaskan bahawa KDN dan pihak polis konsisten dalam menegakkan undang-undang negara.

Katanya, sebelum keputusan dapat dibuat, BERSIH hendaklah memohon permit terlebih dahulu dan barulah perkara lain dapat dibincangkan.

azlan"IGP (ketua polis negara) sudah jelaskan. Semua urusan mesti ikut undang-undang. Seksyen 27 - (Akta Polis) sebut mesti ada permit.

"Biar mereka pohon. Polis akan pertimbangkan permohonan itu," katanya ketika ditanya sama ada permit polis tidak diperlukan kali ini.

Hishammuddin juga berharap pihak BERSIH tidak terus meletakkan syarat lain kepada pihak kerajaan.

Dalam masa yang sama, tambahnya, penguatkuasaan, termasuk tangkapan pencegahan akan berjalan seperti biasa.

"Saya percaya begitu. Ia masih haram dan masih jatuh (tertakluk) bawah undang-undang negara. Kita konsisten," katanya ketika ditanya sama ada tangkapan akan diteruskan jika perlu.

Beliau juga mengambil kesempatan mengingatkan supaya peserta perhimpunan pada 9 Julai ini tidak mengambil kesempatan untuk berarak.

"Kalau mereka tetap berarak, ini dikira derhaka kepada raja," katanya sambil menegaskan pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan.


Bersih 2.0 kecewa alasan pengurusan Stadium Merdeka enggan terima tempahan

TERKINI @ 05:32:06 PM 06-07-2011
July 06, 2011
KUALA LUMPUR, 6 Julai – Sekretariat Bersih 2.0 kecewa dengan alasan-alasan pengurusan Stadium Merdeka yang enggan menerima tempahan untuk pihaknya mengadakan himpunan di lokasi bersejarah itu hujung minggu ini.
Kenyataan yang diperoleh dari laman web Bersih 2.0 menyebut pegawai tempahan memberikan pelbagai alasan, antara lain akan diadakan acara sukan pengurusan dalaman dan kerja-kerja pengubahsuaian.
“Kami kecewa apabila mendapati pegawai tempahan mula memberikan beberapa alasan mengapa tempahan tidak boleh dibuat,” kata kenyataan itu.
Pagi tadi, kepimpinan Bersih 2.0 mengumumkan bahawa pihaknya akan mengadakan perhimpunan yang dirancang, berkaitan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya negara ini, Sabtu ini di Stadium Merderka di sini.
Kenyataan itu juga berkata sehingga pukul 12.30 tengah hari tadi, wakil Bersih 2.0 telah menghubungi pegawai tempahan Stadium Merdeka untuk membuat tindakan sepatutnya bagi menggunakan premis itu Sabtu ini.
“Ini dilakukan selaras dengan kesediaan tawaran Perdana Menteri (membenarkan stadium digunakan) dan disusuli dengan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong (semalam),” kata kenyataan itu lagi.
Sehubungan itu kenyataan tersebut menambah, selari dengan aspirasi rakyat Bersih 2.0 berpendirian tegas bahawa, seiring sebahagian daripada perjanjian untuk mengadakan perhimpunan dalam stadium, satu lokasi yang menggambarkan skala dan kepusatan isu kepada rakyat Malaysia keseluruhan, mesti dipilih.
“Kami telah memutuskan bahawa Stadium Merdeka satu-satunya lokasi yang memenuhi krietria ini dan mengambil pendirian tegas bahawa untuk memperlihatkan keikhlasan dan kejujuran, perdana menteri sewajarnya menggunakan jasa baik beliau bagi kami menggunakan stadium ini dengan segera,” kata kenyataan itu lagi.
Malah tambah kenyataan itu, memandangkan hanya tinggal tiga hari lagi, satu keputusan segera berkenaan dengan lokasi perhimpunan adalah sangat penting.
Katanya, kelewatan dalam meluluskan pengguaan Stadium Merdeka akan dilihat sebagai sengaja melengah-lengahkan yang tidak boleh diterima dan “akan mengecewakan lagi gabungan” ini.
“Kami tidak ragu bahawa kepimpinan yang kuat di peringkat tinggi eksektif akan bertolak ansur dengan sebarang halangan prosedur dalam mempercepatkan kelulusan (menggunakan Stadium Merdeka),” kata kenyataan itu.


Doa TGNA Untuk Agong di depan Kaabah
Posted on Tuesday, July 05 @ 23:34:18 PDT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Kenyataan MediaOleh HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj.

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011.

Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.

Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihan raya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya.

Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia.

Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihan raya yang adil tidak akan mendatangkan huru-hara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.

Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik.

Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata.

Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibu bapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah.

Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.

Patik yang menjunjung kasih,

YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Al-Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS).
Bertarikh: 3 Syaaban 1432H bersamaan 5 Julai 2011M 




http://www.tranungkite

No comments: