Cuba Banding

Friday, July 22, 2011

Betul Ke Ni ....Tulang rusuk Baharudin patah akibat 'CPR' updated 10.03 am


Polis: Tulang rusuk Baharudin patah akibat 'CPR'
Hafiz Yatim
Jul 22, 11
10:03am
Police menafikan taktik ganas digunakan ke atas mangsa tunggal perhimpunan BERSIH 2.0 yang meninggal dunia pada perhimpunan 9 Julai yang lalu, termasuk dakwaan beliau dibelasah pihak berkuasa.

NONESebaliknya menurut Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid, dakwaan keluarga Baharudin Ahmad, bahawa tulang rusuk lelaki itu patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Beliau juga menafikan luka di bibir dan gigi lelaki berusia 58 tahun itu patah adalah akibat keganasan pihak polis.

“Saya diberitahu terdapat dakwaan tiga tulang rusuk dan giginya patah. Menurut pakar perubatan tulang rusuk itu patah mungkin akibat rawatan CPR.

“Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula,” katanya pada taklimat kepada media dan beberapa NGO berhubung beberapa kejadian 9 Julai lalu mengikut versi polis, di Bukit Aman, petang semalam.

Sebelum ini anggota keluarga Baharudin telah mengemukakan memorandum kepada Suhakam dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, mendakwa tulang rusuh dan gigi yang patah itu mungkin berpunca daripada keganasan polis.

NONEMenurut Salleh, rakaman CCTV yang ditayangkan kepada media jelas membuktikan tiada semburan pemedih mata yang mengenai Burhanuddin ketika allahyarham berlari memasuki bangunan berhampiran Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada hari kejadian pada pukul 4.30 petang.

"Hasil siasatan kita, ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam Avenue K dan ia membuktikan tidak ada langsung gas pemedih mata dikeluarkan polis, ia sekaligus menepis dakawaan itu. Allahyarham rebah selepas berlari bersama orang ramai di dalam Avenue K, dan kenyataan itu juga disokong oleh beberapa saksi awam yang telah diambil keterangan.

"Dakwaan bahawa ambulans tiba lewat, sehingga sejam untuk menyelamatkan Burhanuddin juga tidak benar kerana jangka masa yang terdapat di CCTV itu menunjukkan bahawa ambulan tiba kira-kira 17 minit kemudian selepas menerima panggilan 999," katanya.

funeral baharudin vanSalleh berkata rakaman itu menunjukkan sebuah ambulans tiba di lokasi kejadian pada pukul 5.07 petang untuk membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, selepas menerima panggilan kira-kira 17 minit sebelum itu.

Dakwanya, rakaman dari menara KLCC dan Avenue-K menunjukkan tiada gas pemedih mata dilepaskan di lokasi KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Baharudin meninggal dunia, sebaliknya bantuan awal diberi anggota polis bantuan.

"Hasil bedah siasat menunjukkan allahyarham tidak mengalami sebarang kecederaan di luaran atau dalaman seperti lebam, calar atau luka serta menjelaskan kematiannya mempunyai kaitan dengan serangan jantung.

"Berikutan itu, ia jelas menafikan tohmahan allahyarham meninggal dunia akibat dipukul polis dan terkena gas pemedih mata," katanya lagi.

funeral baharudin bersih protesterSehubungan itu, Salleh menasihati mana-mana pihak agar tidak memuat naik sebarang bahan atau artikel yang tidak menggambarkan situasi atau fakta sebenar perhimpunan berkenaan.

"Pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menyiarkan laporan dan dakwaan palsu.

"Jika terdapat rakaman yang menunjukkan pihak polis melakukan tindakan menyalahi SOP, sila tampil membuat laporan polis dan kita akan siasat. Mana-mana anggota atau pegawai yang melanggar SOP akan dikenakan tindakan sewajarnya," katanya.

Komen : Kalau orang buta pun raba ,apatah lagi orang celik .




Ribuan rakyat Kelantan berhimpun di Tumpat
M Faqih I Foto Rizal Tahir
TUMPAT, 22 Julai: Ribuan rakyat Kelantan mulai memenuhi pantai Geting, menyaksikan pasca Bersih merebak ke Pantai Timur. Ijtimak Pilihan Raya PAS Kelantan diadakan bermula pagi ini menghimpunkan petugas PAS dari seluruh Kelantan.

Ribuan memenuhi perkarangan pantai Geting, tempat rehlah tidak jauh Pekan Tumpat. Program tersebut diadakan sebagai persiapan awal menjelang pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Program dimulakan dengan bacaan al Quran johan tilawah al Quran peringkat Asean 2010, Mohd Najib Nasuruddin. Pelajar Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas merupakan anak kepada Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud.

Pantai Geting yang terletak tidak jauh dari pusat perkelahan terkenal, Pantai Sri Tujuh menjadi tumpuan sejak awal pagi lagi.

Malah petugas ijtimak bertungkus lumus sejak malam tadi. Sebanyak 13 lembu dikorbankan sebagai jamuan peserta ijtimak. Dijangka kira-kira 20,000 petugas pilihan raya dari seluruh Kelantan berhimpun pada program sehari ini.

Ketua Penerangan PAS Negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan mengalu-alukan kedatangan peserta pada perhimpunan, sebagai kesungguhan membuat persiapan awal menghadapi pilihan raya umum ke-13 dijangka diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS 1, Datuk Ahmad Yakob berkata, banyak isu yang dibangkitkan pihak lawan sebelum ini termasuk berkaitan Ladang Rakyat kini mulai reda.

“Usaha pihak lawan membangkitkan pelbagai isu bagi menghodohkan wajah kerajaan negeri ternyata gagal apabila rakyat mulai faham isu sebenar yang berlaku,” ujarnya.

Perasmian ijtimak sedang berlangsung sekarang disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama seluruh pimpinan PAS Negeri dan wakil-wakil rakyat.


http://bm.harakahdaily


Demokrasi dunia perlu sokong hak rakyat Malaysia, kata bekas duta AS

July 22, 2011
KUALA LUMPUR, 22 Julai — Susulan perhimpunan Bersih 2.0 awal bulan ini, bekas duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia John R. Malott berkata, negara-negara demokrasi perlu menyokong usaha digerakkan rakyat menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bebas.
Dalam tulisan terbaru mengenai kesan dan implikasi perhimpunan Bersih 2.0, Malott berkata, Malaysia sebenarnya bukan sebuah negara demokrasi sepenuhnya.
“Kerajaan Malaysia kemungkinan berpandangan sebaliknya, tetapi bukti-bukti amat memihak kepada pihak Bersih. Malaysia bukan negara demokrasi sepenuhnya, malah pilihan rayanya juga bukan sesuatu yang bebas atau adil. Rakyat Malaysia sudah mula bangkit ke arah itu,” kata Malott (gambar) dalam tulisan terbaru dalam Asia Pacific Bulletin (APB), siri terbitan East-West Center.
Sehubungan itu kata Malott, negara-negara demokrasi dunia “perlu berdiri di pihak yang betul berhubung masa depan Malaysia.”
“Amerika Syarikat mempunyai banyak kepentingan di Malaysia, salah satunya ialah membantu memperkukuhkan demokrasi dan keluhuran undang-undang,” kata beliau.
Malott yang berkhidmat sebagai duta ke Malaysia antara 1995 dan 1998 berkata kumpulan-kumpulan hak asasi manusia telah mengecam respons dingin kerajaan Amerika Syarikat berhubung perhimpunan 9 Julai.
“Ini adalah detik bagi Amerika Syarikat, yang menamakan pemimpin Bersih 2.0 Ambiga Sreenevasan sebagai Wanita Antarabangsa Berani pada tahun 2009, memperlihatkan keberanian yang sama dan melakukan perubahan dalam kehidupan sebuah negara,” tulis beliau lagi.
Sehari sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, Malott mendakwa pentadbiran Najib telah memperlekehkan rakyat yang menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bebas dengan menggunakan segala kuasa untuk mengetepikan hak mereka termasuk angkatan tentera.
Dalam rencana disiarkan menerusi Wall Street Journal, di bawah judul “Running Scared in Malaysia”, Malott mengecam kerajaan Malaysia dengan berkata pentadbiran Najib menggunakan segala ruang yang ada untuk mengelakkan perhimpunan bangkangan.
Malott berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memperkecilkan kuasa Yang di-Pertuan Agong yang pada 5 Julai lalu telah perkenaan menerima pertemuan kepimpinan Bersih 2.0 dan “meminta agar diadakan penyelesaian menerusi perundingan” umtuk menyelesaikan isu semasa.
Pandangan Malott ini dilihat akan membawa kesan ke atas hubungan Malaysia dan pelaburan di peringkat antarabangsa.
Bekas duta itu juga menggariskan keputusan campur tangan Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan meminta kedua-dua Najib dan Bersih 2.0 mengadakan perundingan bagi menyelesaikan isu yang timbul sekarang.
Malott berkata, tindakan seumpama itu tidak pernah wujud dan diambil oleh mana-mana Agong di negara ini.
Dalam tulisan terbaru Malott berkata, tekanan Najib dan pentadbirannya telah menarik kecaman antarabangsa dan mengebumikan gambaran sejak dua tahun lalu bahawa beliau seorang “pemimpin yang moden, berfikiran liberal.”
“Lebih penting lagi dan menjadi lebih bimbang kepada Najib dan Umno ialah kebangkitan satu generasi baru rakyat Malaysia,” kata Malott dan menambah, akan diketahui dalam waktu terdekat sama ada gerakan menuntut pembaharuan pilihan raya dan usaha mewujudkan demokrasi tulen di Malaysia akan berkekalan.
“Jika begitu, maka 9 Julai akan diperingati sebagai titik tolak kepada sejarah Malaysia,” katanya lagi.
Malott juga menulis mengapa sebuah kerajaan terlalu bimbang unyuk mengadakan pilihan raya bebas dan adil.
“Sebagaimana penyandang jawatan sebelumnya, Najib (juga) mendakwa demonstrasi akan membawa kepada keadaan huru-hara, meskipun hak untuk berhimpun dijamin oleh Perlembagaan negara dan ia perkara biasa dalam mana-mana demokrasi yang tulen,” katanya lagi dengan merujuk kepada pandangan diutarakan oleh Najib di London baru-baru ini.

No comments: