BERSIH beri amaran kemungkinan telco, Internet diganggu
Kurang 48 jam menjelang perhimpunan BERSIH 2.0, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mendakwa mereka menerima maklumat bahawa rangkaian telefon mudah alih dan perkhidmatan Internet akan diganggu hujung minggu ini.
Dalam kenyataan media hari ini, jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 berkata tindakan itu bagi membantutkan perhimpunan berkenaan akan menjadikan pihak berkuasa di negara ini tidak ada bezanya dengan diktator di negara Asia Barat.
“BERSIH 2.0 bimbang dengan sumber risikan bahawa mungkin berlaku gangguan penuh atau sebahagian perkhidmatan Internet menjelang hujung minggu ini.
“BERSIH 2.0 ingin memberi amaran kepada kerajaan persekutuan jika akses rangkaian telefon mudah alih, Internet, perkhidmatan mobile 3G, laman web tertentu atau media sosial diganggu dalam apa cara, maka pihak berkuasa akan kelihatan tidak ada bezanya dengan diktator negara Asia Barat yang menggunakan tindakan seumpama itu tanpa sebarang kejayaan,” katanya.
Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 juga berkata segala tekanan, hambatan dan halangan tidak akan mematahkan semangat mereka untuk berhimpun di Stadium Merdeka pada jam 2 petang Sabtu ini.
“Selepas itu, kami akan bersurai dengan aman,” petik kenyataan itu.
Sekiranya lebih banyak halangan dikuatkuasakan, pihak berkuasa akan dilihat sebagai terdesak bagi menghalang pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini.
http://www.malaysiakini
Bersih 2.0: Permit sementara bas seluruh negara dibeku
July 07, 2011
KUALA LUMPUR, 7 Julai — Permit sementara bagi bas untuk membawa penumpang dari pelbagai kawasan di seluruh Semenanjung ke Lembah Klang khususnya ibu negara hujung minggu ini sudah dibekukan, dipercayai langkah terbaru bagi mengehadkan peserta Himpunan Bersih, Sabtu ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar mengesahkan pihaknya telah memutuskan untuk tidak mengeluarkan permit sementara bagi bas kilang dan sekolah membawa penumpang ke ibu negara hujung minggu ini, tetapi menekankan langkah itu semata-mata bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di ibu negara.
Langkah itu akan dikuatkuasakan mulai tengah malam esok, kata beliau.
Keputusan SPAD itu telah dimaklumkan kepada agensi penguat kuasa berkaitan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan ketika dihubungi The Malaysian Insidermengesahkan pihaknya sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu.
Sebelum ini permit sementara yang dikenali sebagai lesen perubahan sementara bagi bas sekolah dan kilang dikeluarkan oleh JPJ. Tetapi kini ia terletak di bawah SPAD.
Menurut Syed Hamid, SPAD mengambil tindakan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang masalah lalu lintas di Lembah Klang khususnya di Kuala Lumpur.
“Kami tidak mencadangkan bahawa akan ada perhimpunan (Sabtu ini), cuma tidak mahu menambah masalah lalu lintas,” katanya kepada The Malaysian Insider pagi ini.
“Lagi pun SPAD tidak nampak ada keperluan untuk mengeluarkan permit sementara sebab sekarang ini bukan cuti sekolah ataupun musim perayaan yang akan menambah pergerakan orang ramai,” katanya.
Bagaimanapun Syed Hamid (gambar)berkata, operasi pengangkutan awam lain khususnya transit aliran ringan di ibu negara akan berjalan seperti biasa.
“Perkhidmatan LRT akan berjalan seperti tanpa gangguan, begitu juga perkhidmatan bas normal (antara ke dan dari Lembah Klang)... tiada perubahan, akan dikendalikan seperti biasa. Saya tidak menjangkakan sebarang masalah,” katanya lagi.
Mengenai tindakan akan diambil jika ada pihak melanggar keputusan SPAD, Syed Hamid memberitahu, “rakyat kita ini adalah mereka yang bertanggungjawab, begitu juga operator bas... saya yakin mereka akan patuh (kepada keputusan dibuat).”
Perkhidmatan transit aliran ringan dan bas mengalami gangguan ketika perhimpunan anti-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diadakan pada Ogos 2009.
“Oleh kerana SPAD sudah membuat keputusan, maka JPJ dan polis boleh mengambil tindakan, jika ada mana-mana bas yang membawa penumpang tanpa permit sementara, kita boleh menahan dan menyita bas-bas terbabit,” jelas Solah.
Lazimnya permit sementara, untuk kegunaan hujung minggu, akan dikeluarkan seminggu sebelum perjalanan.
“Jadi, permit hujung minggu ini adalah bagi perjalanan 7 dan 8 Julai, hingga hujung minggu... keputusan ini membabitkan seluruh negara,” kata Solah lagi.
Perkembangan terbaru ini, yang dilihat meneruskan suasana tegang, muncul selepas Kabinet yang bermesyuarat semalam memutuskan tidak akan membenarkan Himpunan Bersih 2.0 diadakan di Stadium Negara atau Stadium Merdeka.
Malah semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Bersih 2.0 masih merupakan sebuah badan yang telah diharamkan.
Bersih 2.0 memutuskan untuk mengadakan perhimpunan hanya di stadium ekoran pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong kelmarin dan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa gabungan itu boleh berhimpun di stadium jika mahu.
Pihak polis pula telah memulakan sekatan jalan di pelbagai kawasan di Lembah Klang sejak pagi semalam.
Meskipun Bersih 2.0 menerima tawaran Najib tetapi pihak berkuasa menegaskan bahawa penganjur perlu memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan di stadium.
http://www.themalaysianinsider
Wakil BERSIH 2.0 berunding dengan polis
Wakil BERSIH 2.0, Ambiga Sreenevasan, Wong Chin Huat, A. Samad Said dan Haris Ibrahim telah tiba di Bukit Aman untuk rundingan bersama polis berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011. Bagaimanapun, mereka enggan memaklumkan sama ada Ketua Polis Negara Ismail Omar akan berjumpa dengan mereka, sebagai tanda penghormatan. Wong Chin Huat berkata, tujuan BERSIH 2.0 bukan untuk memohon permit, sebaliknya untuk memaklumkan kepada polis bahawa mereka mahu menggunakan Stadium Merdeka. Beliau menegaskan bahawa BERSIH 2.0 menerima tawaran kerajaan untuk menggunakan stadium, dan yakin bahawa segala-galanya akan berjalan dengan lancar. Berita penuh menyusul kemudian |
No comments:
Post a Comment