BERSIH 2.0: KL milik rakyat, jumpa di sana esok
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) tetap akan berhimpun di Stadium Merdeka esok.
Dalam satu kenyataan yang dimuat-naikkan di laman sosialnya di Facebook, BERSIH 2.0 berkata tidak kira sama ada kerajaan memilih untuk menjadi munasabah ataupun tidak, orang ramai teguh dengan pendirian melaksanakan hak mereka sebagai rakyat yang patriotik.
“Kami akan berhimpun secara aman dan jumpa anda di Stadium Merdeka,” petik kenyataan itu.
BERSIH 2.0 juga kecewa dengan tindakan pihak berkuasa mengenakan perintah larangan daripada mahkamah untuk menghalang 91 individu daripada berada di Kuala Lumpur esok.
“Ini melambangkan penafian kebebasan untuk bergerak. Mereka yang berkuasa lupa bahawa ibu negara kita, seperti tempat-tempat lain di negara yang kita cintai dimiliki oleh rakyat dan bukannya oleh kerajaan.
“Tidak ada sebab bagi mengharamkan sesiapa sekalipun daripada memasuki ibu negara. Kami telah nyatakan berulang-kali bahawa BERSIH 2.0 cuma ingin melaksanakan hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.”

Semalam, timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.
"Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan dari perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia," katanya.
Daripada 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur esok, seramai 66 orang adalah dari kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan dan beberapa ahli jawatankuasa pemandunya.
Manakala ahli politik yang Pakatan Rakyat terdiri daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, presidennya Datuk Seri Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu.
Turut dilarang adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
BERSIH 2.0 juga berkata kerajaan telah gagal memahami bahawa gabungan 62 NGO itu bukan mengenai mana-mana individu tetapi memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil,
“Tidak kira seteruk mana kami ditekan dan dihambat atau didakwa, suara aman rakyat akan kedengaran di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini,” kata BERSIH 2.0.
Menurut gabungan yang diharamkan oleh kerajaan itu, belum terlambat bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertindak sebagai seorang negarawan dan menghentikan segala hambatan yang sering-kali dilakukan oleh seseorang diktator.
“Bekerjasamalah dengan BERSIH 2.0 bagi memastikan perhimpunan aman di Stadium Merdeka dan situasi menang-menang bagi semua pihak,” katanya.

Suhakam: Hak perhimpunan aman mesti dilindungi
Kebebasan berhimpun secara aman adalah terkandung dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR), kata
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)
Dalam satu kenyataan pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam juga mengulangi ingatan bahawa kebebasan menyuarakan pandangan dan pendapat pula terkandung dalam Perkara 19 UDHR.
Justeru, katanya Suhakam mengalu-alukan konsultasi di antara pihak berkuasa dan BERSIH 2.0 berhubung dengan cadangan perhimpunan, yang akan diadakan di sebuah stadium.
“Suruhanjaya berharap agar resolusi awal berkenaan perkara ini dapat dicapai antara pihak berkuasa dan BERSIH dalam semangat perdamaian, seperti yang dititahkan oleh baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong, dan akan memantau perhimpunan itu sewajarnya,” katanya.
Menurut Hasmy, Suhakam juga bimbang dengan penangkapan dan penahanan beberapa ahli parlimen serta aktivis baru-baru ini di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969.
Sehubungan itu, katanya Suhakam menuntut kerajaan supaya segera membebaskan mereka yang masih ditahan itu.
“Mereka seharusnya berhak kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam seperti yang disebut dalam Perkara 9, 10 dan 11 UDHR yang menyatakan bahawa tiada sesiapapun boleh dikenakan tangkapan secara sewenang-wenangnya; setiap orang adalah berhak dengan sama rata sepenuhnya kepada perbicaraan adil dan terbuka; dan setiap orang berhak dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya,” katanya.
Hasmy juga mengingatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), adalah menjadi tanggungjawab mereka menyokong standard tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak rakyat.
“Dalam perkara ini, Suruhanjaya telah berulangkali menyeru agar semua undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan dan mengulangi bahawasanya penahanan tanpa bicara adalah melanggar prinsip hak asasi manusia,” akhirnya.

Polis: Permohonan permit PERKASA ditolak
Permohonan kumpulan pendesak Melayu - PERKASA untuk berhimpun di Stadium Titiwangsa di Kuala Lumpur esok telah ditolak.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan dalam satu kenyataan berkata penolakan itu kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang menguruskan stadium berkenaan tidak meluluskan tempahan mereka.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan dalam satu kenyataan berkata penolakan itu kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang menguruskan stadium berkenaan tidak meluluskan tempahan mereka.
Ini kerana, menurut beliau, stadium itu telah ditempah oleh satu pertubuhan sukan yang akan menganjukan satu acara sukan pada 9 dan 10 Julai ini.
"Pemohon telah dimaklumkan mengenai keputusan ini dan mereka akur tidak akan mengadakan sebarang perhimpunan di lokasi tersebut,” katanya.
Pada 6 Julai lalu, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata rancangannya untuk berhimpun pada 9 Julai di satu stadium akan diteruskan kerana BERSIH 2.0 juga merancang untuk berbuat demikian.
Sehubungan itu, beliau merancang untuk mengadakan perhimpunan berkenaan sama ada di Stadium Merdeka, Stadium Negara atau di Stadium Titiwangsa.
Sehubungan itu, beliau merancang untuk mengadakan perhimpunan berkenaan sama ada di Stadium Merdeka, Stadium Negara atau di Stadium Titiwangsa.
http://www.malaysiakini
http://www.themalaysianinsider
Walaupun dilarang, pemimpin PAS akan hadir |
Harakahdaily | |
SHAH ALAM, 8 Julai: Pemimpin PAS tetap turun menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai (jam 2 petang esok) meskipun terdapat larangan berada di Kuala Lumpur seperti perintah mahkamah yang dikeluarkan semalam. |
Suhakam gesa bebaskan tahanan Ordinan Darurat |
Harakahdaily | |
KUALA LUMPUR, 8 Julai: Suhakam bimbang penangkapan dan penahanan aktivis Bersih baru-baru ini di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat 1969 dan menyeru pihak berkuasa membebaskan mereka yang masih ditahan dengan segera. |
Bersih lonjak kesedaran politik generasi muda |
Harakahdaily | |
KUALA LUMPUR, 8 Julai: Himpunan aman Bersih 2.0 yang diadakan esok telah memberikan satu lonjakan kesedaran politik rakyat Malaysia, terutama generasi muda. |
Tak kan ke pejabat sendiri pun tak boleh |
Nazri Abdullah | |
KUALA LUMPUR, 8 Julai: "Saya tak kisah kalau tidak dibenar ke tempat lain, tapi tak kan pejabat sendiri pun tak boleh," kata Naib Presiden PAS, Datuk http://bm.harakahdaily Suhakam harap Bersih dibenar himpun di stadium, patuh ‘resolusi 5 Julai’July 08, 2011 KUALA LUMPUR, 8 Julai — Sementara polis mempertingkatkan tindakan mereka termasuk memperoleh perintah mahkamah semalam, Suhakam mengulangi pendiriannya bahawa rakyat - dalam kes semasa Bersih 2.0 - mempunyai kebebasan berhimpun secara aman sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan itu Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam berkata, pihaknya berharap agar resolusi awal berkenaan perkara itu, yang dicapai selepas pertemuan Bersih 2.0 dengan Yang di-Pertuan Agong 5 Julai lalu, dapat dicapai antara pihak berkuasa dan gabungan tersebut dalam semangat perdamaian. “(Suhakam) akan memantau perhimpunan itu sewajarnya,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Hasmy berkata Suhakam mengalu-alukan konsultasi yang sedang berjalan antara pihak berkuasa dan Bersih 2.0 berhubung dengan cadangan perhimpunan esok, yang mahu diadakan di Stadium Merdeka, setelah menurut titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 4 Julai dan majlis menghadap pada keesokan hari. “Walaupun mengalu-alukan perkembangan positif ini, dalam keadaan sekarang, Suhakam ingin mengulangi bahawa kebebasan berhimpun secara aman adalah terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan serta Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan kebebasan menyuarakan pandangan dan pendapat,” katanya. Polis yang tidak membenarkan perhimpunan aman Bersih di Stadium Merdeka juga telah memperoleh perintah mahkamah melarang 91 orang daripada memasuki Kuala Lumpur esok. Ia termasuklah pemimpin Bersih 2.0, Perkasa dan Pemuda Umno. Hasmy berkata, Suhakam juga ingin menyatakan rasa kebimbangan tentang penangkapan dan penahanan beberapa Ahli Parlimen dan aktivis baru-baru ini di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 dan menyeru pihak berkuasa untuk membebaskan mereka yang masih ditahan dengan segera. Kata beliau, mereka seharusnya berhak kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam seperti yang disebut dalam Perkara 9, 10 dan 11 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang menyatakan bahawa tiada sesiapapun boleh dikenakan tangkapan secara sewenang-wenangnya dan setiap orang adalah berhak dengan sama rata sepenuhnya kepada perbicaraan adil dan terbuka, selain setiap orang berhak dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. “Sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyokong standard tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak rakyat. “Dalam perkara ini, Suhakam telah berulang kali menyeru agar semua undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan dan mengulangi bahawasanya penahanan tanpa bicara adalah melanggar prinsip hak asasi manusia,” katanya lagi. |
No comments:
Post a Comment