Cuba Banding

Tuesday, July 5, 2011

BERSIH 2.0 di Istana mengadap Seri Paduka updated 1.56 pm 5 july 2011


BERSIH 2.0 di Istana mengadap Seri Paduka
Abdul Rahim Sabri
Jul 5, 11
1:56pm
Kongsi 29
Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 dijadual akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ini di Istana Negara.

Peremuan itu dipercayai bagi membincangkan mengenai perhimpunan BERSIH yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

NONEMenurut sumber yang rapat dengan pihak penganjur, tidak ada ahli politik yang akan menyertai pertemuan berkenaan.

Menurut wartawanMalaysiakini yang menunggu di perkarangan Istana Negara, pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin adalah antara yang kelihatan menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sejak jam 1.30 petang tadi.

Mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan dilaporkan masuk pada jam 1.55 petang tadi.

NONEKira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan dengan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka.
[Berita penuh menyusul]
Penjual baju T Bersih disambung reman
Salmah Mat Husain
TUMPAT, 4 Julai: Pemilik D’Halal Shope Zakaria Wail, yang ditahan sewaktu menjual kemeja T di Dataran Ilmu 1 Julai lalu, ditahan reman lagi di IPD Tumpat semalam selepas ditahan reman dua hari di situ.

Zakaria sekali lagi ditahan reman di IPD Tumpat bermula hari ini sebaik sahaja dibebaskan tengah hari semalam selepas diikat jamin atas kesalahan yang sama, Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Rashid Yah, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau juga melahirkan rasa kesal di atas apa yang berlaku memandangkan tiada bukti Zakaria menghasut.

“Setakat menjual kemeja T Bersih belum boleh dikategorikan sebagai penghasut. Tiada langsung bukti yang boleh disabitkan dia seorang penghasut,”ujarnya.

Tambah Rashid lagi, banyak lagi perkara yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa untuk keamanan di negara ini, masaalah social, rasuah dan lain-lain perkara buruk berlaku tetapi tidak diambil tindakan.

Beliau juga turut memberitahu, pada hari pertama tangkapan dibuat, kemeja T Bersih dan sebuah van telah dirampas.

“Namun semalam kereta dan kemeja T Bersih yang ada di rumah di Wakaf Bharu juga turut dirampas,” ujarnya.

Ketika ditanya berhubung perkembangan Zakaria, Rashid memberitahu beliau sentiasa tenang dan biasa sahaja.

Beliau turut menyokong kenyataan anggota exco kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad, yang berkata setiap tangkapan merupakan satu paku keranda BN.

Menurutnya, ini kerana tangkapan yang dibuat akan membangkitkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap kerajaan yang bakal menggulingkannya sendiri.



No comments: