Cuba Banding

Thursday, July 21, 2011

Awak Ingat Mat Sabu ni Pelakon Filem Ka.......


Mat Sabu: 'Saya tidak berlakon...'
Abdul Rahim Sabri
Jul 21, 11
8:48am
Kongsi 66
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu masih boleh berpidato di pentas ceramah walaupun masih berkerusi roda akibat kecederaan dirempuh kereta polis pada perhimpunan BERSIH 2.0 9 Julai lalu.

NONE"Saya (masih) boleh bersyarah (berceramah) dalam tempoh 30 minit... Doktor pun kata, boleh bergerak mengikut keupayaan kita. (Malah) doktor bagi ubat tahan sakit dan antibiotik," kata beliau ketika ditemui Malaysiakinidi kediamannya di Shah Alam pagi semalam.

Jumaat lalu, Mohamad menjalani pembedahan membetulkan ligamen lututnya yang terkoyak akibat dirempuh kenderaan Land Rover polis dalam perhimpunan BERSIH 2.0.

Beliau yang menjalani pembedahan di Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam, di mana doktor memasukkan skru sepanjang 2.5 inci ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.

NONEDitanya sama ada beliau akan menangguhkan ceramah dalam masa terdekat, Mohamad berkata beliau terpaksa menangguhkan semua programnya, tetapi tidak menolak kemungkinan hadir memenuhi beberapa jemputan.

Ketika dikunjungiMalaysiakini, Mohamad - yang keluar dari hospital tiga hari lalu - juga menunjukkan gambar sinar X mengenai kecederaan lututnya selepas menjalani pembedahan.

Sepanjang pemerhatianMalaysiakini, di sebalik menahan kesakitan, beliau masih mampu senyum dan ketawa. Doktor menasihatkannya supaya banyak berehat dan hanya bergerak mengikut keupayaan dirinya.
Lunjur kaki

Malaysiakini
 mendapati Mohamad kelihatan lebih sihat, bertenaga dan sudah mampu menggerakkan kaki kanannya jika dibanding ketika ditemui sewaktu menziarahi Allahyarham Baharudin Ahmad 10 Julai lalu.

NONEBeliau kini mampu mengangkat, melunjurkan kaki di atas sofa, manakala bila berjalan pula, dalam keadaan terhencot-hencot dengan bantuan tongkat. Sebelum ini, beliau terpaksa dipapah oleh pembantunya.

Dalam pertemuan selama 30 minit itu juga, beliau ditemani pembantunya, bergerak menaiki tangga rumah dua tingkatnya untuk bersiap ke pejabatnya di Jalan Raja Laut.

Sewaktu menuruni tangga kemudiannya, Mohamad - yang akan menyambut ulangtahun ke-58 Oktober ini - turut kelihatan penat sambil berseloroh berkata:

"Budak-budak kalau lima hari, dah melompat dah. Orang tua lambat sikit (sembuh)".

Beliau yang juga pernah ditahan ISA, juga kesal dengan laporanmedia arus perdana yang melaporkan bahawa beliau cuba menarik simpati dengan berkain pelikat dan berkerusi roda sewaktu sidang DUN Selangor minggu lalu.

NONEEkoran itu, Mohamad - yang dibenarkan keluar wad Isnin lalu - bagaimanapun enggan melayani permintaan akhbar tersebut yang berhasrat bertemu dengannya.

Bahkan beliau turut menafikan dakwaan pihak-pihak tertentu yang beliau berlakon untuk meraih simpati susulan kecederaan lututnya itu.

"Saya tidak berlakon," tegasnya sambil menegaskan kecederaan itu dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh satu hingga dua bulan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata kemungkinan hari ini beliau akan pulang ke kampung halamannya di Pulau pinang untuk mendapatkan rawatan kampung secara tradisional di samping bertemu dengan saudara-mara di sana

http://www.malaysiakini


Keganasan Polis : Pengawal Peribadi Anwar Buat Laporan
Ditulis oleh Naeem Raffie
20/07/2011
Share









































KUALA LUMPUR 20 JULAI : Tindakan polis menghalakan tembakan gas pemedih mata tepat menuju ke arah Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah cubaan terbaru untuk membunuh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.


Naib Presiden PKR, N Surendran berkata, ia merujuk kepada tindakan polis menyerang menggunakan tembakan gas pemedih mata secara terus ke terowong dekat KL Sentral 9 Julai lalu.


Menurut beliau, insiden itu sudah dirancang lebih awal oleh pasukan polis untuk mencederakan Anwar, termasuk mendatangkan kematian.


“Tembakan kanister itu memang sengaja dihalakan ke arah Anwar dan tindakan pantas Fayyadh (Afiq Al Bakqry) menarik tangan Anwar di terowong itu berjaya menyelamatkan ketua umum itu. Namun malangnya, Fayyadh pula yang cedera,” katanya.


Surendran menjelaskan hal itu pada sidang media selepas bersama-sama pengawal peribadi Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berikutan kecederaan serius yang dialami beliau dalam cubaan polis menyuraikan orang awam pada himpunan Bersih 9 Julai lalu.


Menurut peguam hak asasi manusia itu, cubaan membunuh itu susulan dari beberapa insiden seperti sabotaj kereta yang dinaiki isteri pemimpin pembangkang itu, ancaman terhadap cucu beliau dan kes cubaan membunuh membabitkan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Noor pada 1998.


“Apa sudah jadi dengan semua laporan polis yang kita buat? Sebab itu kita percaya insiden ini satu lagi cubaan membunuh Anwar dan kita menuntut siasatan segera,” tegasnya.


Turut hadir ketika laporan polis dibuat peguam dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, Pengarah Biro Guaman Keadilan, Latheefa koya dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.


Mengulas lanjut, Surendran berkata, polis harus menjalankan siasatan menyeluruh dalam kes ini memandangkan ia adalah bentuk salah guna kuasa yang serius.


" Kes ini harus disiasat ke atas siapa yang melakukan tugas dan siapa yang memberi arahan. Ini adalah satu perkara dan kes salah guna kuasa yang serius sehingga mencederakan orang awam,"kata beliau.


Pada hari kejadian, Fayyadh cedera teruk di muka apabila hampir keseluruhan tulang pipi kirinya retak akibat tembakan kanister yang dilepaskan menghala ke arah Ketua Pembangkang.


Beliau yang bertindak mahu menyelamatkan ahli parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun terkena kanister itu.


Akibat dari itu, lima plat titanium dimasukkan ke dalam tulang pipi beliau.


Oleh itu, pihaknya menggesa polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.


" Polis langgar prosuder ketika melepas tembakan. Gas pemedih mata dilepaskan pada kawasan tertutup (terowong), menembak tepat kepada orang awam,dan tembak
tanpa memberi arahan,"kata beliau.


" Kami ada video sebagai bukti, polis melepas lebih kurang 12 das dalam kawasan tertutup dan jelas arahan pada kelongsong, tidak boleh tembak tepat ke arah orang awam,"tambah beliau lagi.


No comments: