Cuba Banding

Thursday, July 7, 2011

Ambiga: BERSIH tempah semula Stadium Merdeka dikemaskini 4:15pm 7 July


Ambiga: BERSIH tempah semula Stadium Merdeka
Jul 7, 11 3:12pm
Kongsi 53
Kurang 48 jam menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu ini, pengerusinya Datuk S Ambiga berkata gabungan itu akan mencuba sekali lagi membuat tempahan di Stadium Merseka dan memohon permit polis jika pengurusan perbadanan stadium itu memberikan kelulusannya.

NONEPerkara itu disampaikan oleh Ambiga kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada pertemuan mereka di ibu pejabat polis Bukit Aman petang ini.

Hadir bersama pada mesyuarat selama sejam itu adalah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0
Wong Chin Huat dan Haris Ibrahim serta Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Bercakap kepada wartawan selepas pertemuan itu, Ambiga berkata usaha BERSIH 2.0 itu membuktikan gabungan 62 NGO itu sanggup bekerjasama dengan polis bagi memastikan perhimpunan berjalan dengan lancar dan aman.
Sebelum pertemuan itu, Wong, berkata mereka membuat permohonan rasmi kepada pihak polis untuk mengadakan pertemuan tersebut.

Katanya, mereka akan memaklumkan kepada pihak secara polis rasmi mengenai perhimpunan BERSIH yang diadakan Sabtu ini






IGP: Polis minta Bersih adakan himpunan di luar KL

July 07, 2011


















KUALA LUMPUR, 7 Julai — Polis telah meminta Bersih 2.0 agar mengadakan perhimpunan mereka pada Sabtu ini di luar ibu negara.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar(gambar) berkata langkah ini perlu demi kepentingan orang ramai yang tidak terlibat dalam pergerakan tuntutan pembaharuan pilihan raya.
“Saya mengesyorkan mereka agar mengadakan di luar Kuala Lumpur. Jangan menyebabkan kesesakan di Stadium Merdeka yang dekat dengan pusat bandar raya dan menyebabkan gangguan,” kata beliau selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Bersih 2.0 termasuk ketuanya Datuk Ambiga Sreenevasan petang ini.
MENYUSUL LAGI

Ambiga, Ibrahim Ali dan Khairy antara 91 dilarang masuk KL Sabtu ini

July 07, 2011


Ambiga coming out of Bukit Aman speaking to reporters. — Picture by Jack Ooi



















 KUALALUMPUR, 7 Julai — Polis memperoleh perintah mahkamah melarang seramai 91 individu yang berkaitan dengan Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa daripada memasuki Kuala Lumpur Sabru ini.
Selain itu, perintah juga diperoleh untuk menutup sebanyak jalan yang mungkin — langkah yang dillihat akan melumpuhkan usaha mengadakan perhimpunan pada hari berkenaan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata orang ramai “sangat tidak digalakkan” ke ibu negara Sabtu ini.
Antara nama disenaraikan ialah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasen, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan anggota jawatankuasa pemandu Bersih Maria Chin Abdullah.
Amar berkata individu berkenaan telah diserahkan perintah itu hari ini.
Seramai 66 orang adalah dari Bersih, 14 melibatkan Perkasa dan 11 dari Pemuda Umno.
MENYUSUL LAGI

http://www.themalaysianinsider

No comments: