Bunuh Ambiga: Hisham arah polis siasat segera
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata polis diarahkan segera menyiasat ugutan bunuh yang dibuat ke atas pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan berhubung perhimpunan kumpulan itu 9 Julai ini.
Katanya, ugutan bunuh yang dikirim melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada beberapa anggota BERSIH 2.0 dan juga wartawan pada lewat malam semalam dan awal pagi ini harus “dipandang serius”.
“Saya akan ke Bukit Aman selepas ini dan meminta polis pastikan ugutan daripada SMS yang tersebar itu tidak menjadi kenyataan dan menyiasat dari mana SMS ini berasal,” katanya pada sidang akhbar di lobi parlimen.
SMS yang dihantar dari nombor telefon 601119732179 memuatkan ugutan bunuh ke atas Ambiga dan juga beberapa pemimpin PAS serta PKR yang akan terbabit pada perhimpunan 9 Julai bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.
“Kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu,” petik SMS itu.
Hishammuddin berkata adalah biasa bagi orang kenamaan menerima ugutan bunuh dan dirinya sendiri pernah menerima ancaman seumpama itu.
“Dalam keadaan ini, kita mesti lebih serius... saya anggap ugutan ini cukup serius, khususnya Ambiga ini saya kenal semasa mengamalkan undang-undang dahulu,” katanya.

No comments:
Post a Comment