Cuba Banding

Wednesday, June 29, 2011

Polis serbu, gelidah sekretariat BERSIH 2.0 ............ dikemaskini 1:30pm


Polis serbu, gelidah sekretariat BERSIH 2.0
Jun 29, 11 12:38pm
Sekretariat BERSIH 2.0 hari ini diserbu dan digelidah oleh polis.


Lima belas anggota tiba kira-kira 15 minit lalu, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah yang juga mengetuai kumpulan NGO Empower.


NONEPejabat BERSIH 2.0 terletak di Seksyen 4, Petaling Jaya.


Maria berkata pihaknya menerima pelbagai tekanan hebat daripada pihak berkuasa bagi membatalkan perhimpunan aman pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya adil dan bebas diadakan di negara ini.
Sementara itu, menurut seorang petugas di pejabat BERSIH yang tidak mahu dikenali berkata, kumpulan polis itu tiba dengan membawa pemotong besi.
Tetapi mereka tidak menggunakannya apabila pekerja membenarkan mereka masuk.
NONEAnggota polis didakwa tidak membawa sebarang waran dan kemudiannya terus menyelongkar fail dan menggelidah pejabat itu.
Tumpuan mereka adalah baju-T BERSIH yang kemudiannya dihitung jumlahnya oleh polis.
Adalah dipercayai serbuan dilancarkan dari IPD Selangor dan diketuai oleh seorang pegawai yang hanya dikenali sebagai ASP Rosli.
Pada sidang akhbarnya di lobi parlimen, Maria berkata beliau dimaklumkan bahawa polis kemudiannya merakamkan kenyataan daripada kakitangan BERSIH.


NONEBeliau juga mencabar ketua polis negara bagi membuktikan bahawa mereka telah melakukan jenayah dan hentikan 'menakut-nakutkan' rakyat.


Menurut Maria sejak beberpa hari lalu hampir 100 orang telah ditahan kerana memakai kemeja T BERSIH dan mengedarkan risalah berhubung perhimpunan 9 Julai ini.


“Ini adalah hak asasi manusia, adlah hak kita untuk berhimpun secara aman dan kami telah berulang-kali tekankan bahawa ia adalah perhimpunan aman.Kita tidak akan timbulkan huru-hara seperti yang didakwa,” katanya.


http://www.malaysiakini





Kemeja-T Bersih 2.0 haram, kata Hishammuddin

June 29, 2011

PUTRAJAYA, 29 Jun — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kemeja-T yang menyokong Himpunan Bersih 2.0 diharamkan kerana ia ada kaitan dengan perhimpunan haram itu bulan depan.
“Kemeja-T Bersih ada berkaitan dengan perhimpunan haram, maka apa sahaja yang mereka pakai adalah haram,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Bagaimanapun Hishammuddin tidak mengatakan di bawah undang-undang apa yang soal penjualan, pembelian dan pemakaian kemeja-T itu dianggap haram.
Polis mula menahan mereka yang menjual, membeli atau memakai kemeja-T berwarna kuning yang tertera mesej “Bersih 2.0” sejak minggu lalu.
Ketika bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau juga mengetepikan dakwaan bahawa tindakan polis ke atas mereka yang menyokong perhimpunan 9 Julai ini, menuntut pembaharuan sistem pilihan raya, bermotifkan politik.
“Di pihak mana? Saya boleh bertanya perkara yang sama kepada mereka,” kata beliau.
Naib Presiden Umno ini berkata, tindakan akan diambil ke atas ahli-ahli Pemuda Umno yang mengepung ibu pejabat PKR malam kelmarin, yang didakwa mengugut untuk membakar premis itu.
“Saya memberitahu polis agar melayan mereka macam Bersih. Tiada sesiapa pun bebas daripada undang-undang,” katanya lagi.

No comments: