Cuba Banding

Thursday, June 23, 2011

ISA dan lokap my second home............Ibrahim Ali

Ibrahim Ali: ISA dan lokap my second home
Posted on Wednesday, June 22 @ 09:53:20 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Kenyataan MediaOleh: bumiperak

"Dah buang tabiat Ibrahim Ali apabila melakukan perkara yang perlu-perlu sangat dihindari. Atau merasakan dirinya sangat perkasa (terbukti) bagai badang legenda Melayu
21 Jun 2011 “ISA dan lokap adalah 'my second home'” itu jawapan spontan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mengulas laporan polis dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada Sabtu mendesak Ahli Parlimen Pasir Mas dan juga presiden PERKASA itu ditangkap berhubung seruannya kepada masyarakat Cina supaya jangan keluar rumah dan menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0.

Bagaimanapun menurut Ibrahim, setiap rakyat tertakluk kepada undang-undang. “Kalau saya bersalah, wajar polis ambil tindakan. Kalau saya tak salah, tak ada sebab saya ditahan. Saya serah pada polis tetapi saya percaya profesinalisme pihak berkuasa itu,” tegasnya.

Namun kata Ibrahim, “ Jangan tahan saya atas sentimen poltik tetapi atas asas undang-undang,”. Katanya, jika beliau bercakap soal perkauman, pihak berkuasa kena kaji betul-betul bukannya berdasarkan laporan beberapa portal yang melaporkan perkara tidak betul.

“Polis kena bertindak ikut fakta. Jenis saya, kalau saya buat saya mengaku..tetapi ada orang yang terang-terang buat tetapi tak mengaku,” ujarnya. Malah Ibrahim menyatakan kehairanan kerana pihak yang mendesak beliau dikenakan ISA adalah pihak sama yang mahu ISA dihapuskan. “Mengapa mereka double standard,” ujarnya kepada Agendadaily.

Cabaran beliau merujuk laporan terhadap Ibrahim oleh Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip di ibu pejabat polis Dang Wangi pada jam 12.24 tengah hari ini. Beliau turut diiringi enam anggota AMK termasuk timbalan ketuanya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Dalam laporan polis itu, Rozan mendakwa Ibrahim telah mengeluarkan kata-kata yang didakwa berbaur hasutan yang berunsurkan keganasan yang ditujukan secara khusus kepada kaum Cina apabila mengarahkan mereka jangan keluar rumah dan perlu menyimpan stok makanan dirumah jika perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan. Kenyataan tersebut dibuat sewaktu pelancaran perhimpunan Gerak Aman di Kelab Sultan Sulaiman Ahad lalu.

Malah pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Jeff Ooi turut minta Ibrahim dikenakan tindakan dan anggap Ibrahim ada kekebalan kerana tidak dikenakan tindakan walaupun sudah banyak kenyataannya mencetuskan kontroversi.
-Agendadaily"
 


http://www.tranungkite

No comments: