Cuba Banding

Thursday, September 22, 2011

Surat PM halang Kelantan laksana hudud

Mohd Nor Yahya
KOTA BHARU, 22 Sept: Surat Perdana Menteri mengugut mahu dikenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (II) masih lagi tersimpan di pejabat Menteri Besar.


Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad dengan tegas menjelaskan dalam surat tersebut tidak akan memberi kerjasama kepada Kelantan apabila hudud dilaksanakan.


Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, surat yang dihantar Dr Mahathir dahulu atas sifatnya sebagai Perdana Menteri.


“Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar Perdana Menteri akan tamat tempoh kuatkuasa apabila beliau tidak lagi berada pada jawatan tersebut.


“Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan Perdana Menteri.. Lucu sekali cabaran Tun Mahathir.


“Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut dan membenarkan Kelantan melaksanakan hudud jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama,” katanya pada respon melalui facebook hari ini.


Dr Mahathir seperti dillapor media hari ini mencabar Menteri Besar Kelantan melaksanakan hudud dengan segera memandangkan beliau bukan lagi berada di kerusi perdana menteri sekarang.


Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 melulus rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II).


Bagaimanpun pelaksanaan perundangan Islam tersebut tidak dapat dilaksanakan ekoran tidak ada kerjasama kerajaan pusat termasuk amaran perdana menteri ketika itu.


“Saya membaca cabaran Tun Mahathir agar Kelantan laksanakan hudud sekarang kerana beliau sudah tidak menjadi Perdana Menteri lagi,” ujar Tuan Guru Nik Abdul Aziz.


Semalam beliau juga melahirkan rasa tidak setuju pendapat bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin terhadap suasana belum sesuai dilaksanakan hukum hudud di negeri ini.


Sedangkan katanya, kerajaan Kelantan sudah lama bersedia melaksanakannya namun ia dihalang kerajaan persekutuan sehingga mengakibatkan perlaksanaannya ditangguhkan sehingga sekarang.


“Telah banyak program dan dasar kerajaan yang dilaksanakan seperti pemerintahan Kelantan berasaskan tiga teras iaitu Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan.


”Di samping itu pelbagai program kebajikan seperti skim Kifaalah, bantuan beras percuma Al-It’aam dan pelbagai lagi itu bertujuan memelihara kebajikan rakyat,” ujar beliau.


Dr Asri ketika membentang kertas kerja pada seminar ulangtahun hudud di Kelantan baru-baru ini menyifatkan suasana belum kondusif bagi membolehkan kerajaan negeri melaksanakan hukum Islam.


http://bm.harakahdaily.



PAS persoal niat Mahathir bangkit hudud

September 22, 2011
KUALA LUMPUR, 22 Sept — Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad mempersoalkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar kerajaan negeri Kelantan melaksanakan hukum hudud sambil mendakwa ia sengaja dibangkitkan untuk menggugat Pakatan Rakyat.
Dzulkefly menegaska bekas perdana menteri itu merancang untuk melemahkan Pakatan Rakyat melalui hukum hudud yang menjadi perjuangan PAS selama ini ekoran pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
“PAS semasa mengambil alih Kelantan pada 1990 mahu melaksanakan hukum hudud tetapi Tun Mahathir telah menulis dan memberi amaran keras kepada Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) supaya tidak laksanakan hukum hudud tapi sekarang bila sudah tidak jadi perdana menteri beliau cabar Tok Guru laksanakan.
“Kita tahu tentang pelaksanaan hukum hudud, mungkin ketika itu Tun Mahathir masih belum jadi perdana menteri, namun ia masih terikat di bawah Akta Mahkamah Syariah 1965 yang digubal dan membataskan pelaksanaannya,” katanya pada sidang media ringkas di ibu pejabat PAS di sini.
Semalam Dr Mahathir mencabar Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan melaksanakan hukum hudud di Kelantan sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri, yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu.
Dalam respons di laman sosial Facebook pagi ini, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS memohon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik surat, yang dikeluarkan ketika pentadbiran Dr Mahathir untuk menghalang pelaksanaan hukum hudud dan membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika Umno benar-benar Umno berjuang untuk agama.
Tegas Dzulkefly, PAS yang kini bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak akan terpengaruh dengan cabaran itu dan akan bertindak dengan matang dan bijaksana.
“Mengapa Tun Mahathir mengangkat isu ini di masa suasana pilihan raya umum ke-13 dan jelas ia berniat jahat bagi orang yang berfikiran waras... kita percaya ia sengaja ditimbulkan untuk memporakperandakan Pakatan Rakyat.
“Saya nak tegaskan kepada Tun Mahathir dan Umno bahawa PAS dengan semangat muafakat politik Pakatan Rakyat, PAS sebagai sebuah parti Islam juga merupakan parti yang demokratik, sah di sudut undang-undang dan kita akan mengambil kaedah demokrasi dan tidak akan membenarkan Islam dipaksa khususnya hukum jenayah syariah seperti mana yang ditakutkan dan dimomokkan musuh-musuh Islam,” katanya.
Ahli Parlimen Kuala Selangor ini menambah PAS yang kini diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan sentiasa berbincang bagi mendapat keputusan yang boleh diterima rakyat.
“Tun Mahathir silap kerana kemukakan cabaran pada hari ini, beliau ingat PAS sama seperti dulu... PAS tidak akan tersilap dan kita yakin rakyat tidak akan takut kepada undang-undang Islam kerana ia membawa kebaikan.
“Yang perlu takut adalah mereka yang bersalah, perompak dan pencuri yang merompak harta rakyat, mereka ini yang takut, kita ingatkan Tun Mahathir agar jangan melampau dalam perkara yang beliau sendiri larang kerana ia akan mendedahkan pekung di dada sendiri,” katanya.


Pemuda PAS Sabah kesal penjualan pulau kepada pihak asing


Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah | Sep 22, 2011 03:37:01 pm




Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah terkejut dengan penjualan tiga buah pulau iaitu Pulau Mengalum yang terletak di pesisir Kota Kinabalu, Pulau Pandanan di Semporna dan Pulau Montukod di luar pesisir kimanis yang diiklankan menerusi pusat pasaran talian terus yang berpangkalan di Toronto, Kanada.


Jesteru Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah amat kesal dengan pengakuan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri, Osman Jamal yang menyatakan kerajaan tidak boleh menghalang penjualan pulau-pulau tersebut kerana ianya adalah hak milik persendirian.


Persoalannya bagaimana pulau-pulau sedemikian begitu mudah dimiliki oleh segelintir individu tertentu sedangkan ia merupakan khazanah berharga Sabah yang seharusnya dipulihara, yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan.


Dewan Pemuda PAS juga hairan bagaimana Jabatan Tanah dan Ukur boleh dengan begitu mudah memberikan kelonggaran kepada individu tertentu untuk memiliki sebuah pulau sedangkan dalam masa yang sama Jabatan ini juga yang melakukan perampasan terhadap Hak Tanah Adat yang menyaksikan begitu ramai penduduk kampung yang tinggal di pedalaman diusir, ditangkap dan didakwa seperti laporan SUHAKAM yang menyatakan bahawa Sabah mencatat aduan tertinggi pencabulan tanah adat sebanyak 824 kes atau 82.4% antara tahun 2002 hingga suku pertama tahun 2011.


Jika Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah Adat terhadap penduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang sama bagi menjaga kepentingan rakyat Sabah.


Begitulah juga apabila kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau Sipadan dan Ligitan daripada tuntutan negara jiran sedangkan bersikap dingin dan berlepas tangan terhadap penjualan tiga buah pulau ini dari terlepas kepada pihak asing. Seluruh dunia kini menyaksikan perebutan pulau-pulau bagi memastikan sesebuah negara dapat meluaskan kawasan pesisir dan sempadannya. Tidak mustahil pembelian pulau ini akan membolehkan negara Asing dengan mudah memperluaskan kedudukan strategik mereka.


Jesteru Dewan Pemuda PAS Sabah mendesak supaya kerajaan Sabah menghalang urusniaga penjualan tersebut memandangkan ia akan memberi kerugian kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah.


Dedahkan siapa pemilik pulau-pulau tersebut yang begitu tamak sanggup menjual sebahagian dari tanahair sendiri dan siasat juga bagaimana mudahnya mereka ini memperolehi tanah seluas pulau!


*Kenyataan media oleh Lahirul b Latigu selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah.




http://merdekareview


Skandal Seks Menteri Dengan Wanita Cambodia?

PERDANA Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang sibuk menjaja cerita Skandal demi Skandal Seks Ketua Pembangkang tidak sedar bahawa majoriti menteri kabinetnya terpalit dengan Skandal seks yang memualkan.

Petang tadi Paparrazzi menerima maklumat bahawa seorang Menteri Kabinet Najib terbabit dengan Skandal Seks bersama Wanita Cambodia yang sering melawat menteri berkenaan di Malaysia dan menjadikan beberapa resort dan hotel sebagai tempat memadu kasih.

Menteri berkenaan pula sering melawat ke luar negara, sama ada untuk bermain golf atau melancong bersama kekasih hatinya; kerana jiwanya kosong setelah isterinya sakit dan tidak dapat melayan naluri menteri berkenaan yang semakin kemaruk seks.

Sebelum ini Menteri berkenaan terlibat dengan Skandal Seks di Australia dan merupakan salah seorang menteri yang mempunyai hubungan rapat dengan Najib.

Menurut maklumat yang Paparazzi terima, seorang berpangkat Dato’ memperkenalkan Menteri tersebut dengan Wanita Cambodia berkenaan.

Skandal seks ini dijangka akan menggemparkan Kabinet Malaysia tidak lama lagi kerana ada beberapa pihak sedang merundingkan harga dengan Paparazzi untuk menjual gambar dan rakaman video untuk membuktikan hubungan sulit menteri berkenaan.

Oleh : PAPARAZZI SK (sabahkini)
http://www.malaysiadaily.

No comments: