Kes bunuh Aminulrasyid: Kpl Jenain didapati bersalah
Koperal Jenain Subi, 49, hari ini didapati bersalah atas tuduhan membunuh remaja Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati di Shah Alam pada 26 April 2010.
Mahkamah Sesyen Shah Alam mendapati Jenain bersalah atas kesalahan itu mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 30 tahun penjara.
Hakim Latifah Mohd Tahar mendapati Jenain melakukan perbuatan itu di antara jam 1.10 dan 2 pagi di Jalan Tarian 11/2, Shah Alam pada tarikh tersebut.
Katannya, pendakwaan telah berjaya membuktikan peluru yang menyebabkan kematian pelajar sekolah itu merupakan salah satu daripada 21 butir peluru yang ditembak oleh Jenain menggunakan selaras senapang submesin-gan pada malam itu.
Mahkamah Sesyen Shah Alam mendapati Jenain bersalah atas kesalahan itu mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 30 tahun penjara.
Hakim Latifah Mohd Tahar mendapati Jenain melakukan perbuatan itu di antara jam 1.10 dan 2 pagi di Jalan Tarian 11/2, Shah Alam pada tarikh tersebut.
Katannya, pendakwaan telah berjaya membuktikan peluru yang menyebabkan kematian pelajar sekolah itu merupakan salah satu daripada 21 butir peluru yang ditembak oleh Jenain menggunakan selaras senapang submesin-gan pada malam itu.
Pendakwaan telah membuktikan demikian dengan melangkaui keraguan munasabah, katanya.
Menurutnya lagi, seorang pegawai polis sepatutnya tahu bahawa tembakan pada tetapan automatik itu adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.
http://www.malaysiakini
Nik Aziz: Saya masih menanti pendirian Umno sama ada Tanah Melayu dijajah
September 15, 2011
KUALA LUMPUR, 15 Sept — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau masih menanti pendirian dan jawapan rasmi Umno berhubung kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa negara ini tidak pernah dijajah oleh British dan mana-mana kuasa asing lain.
Menulis di laman Facebook pagi ini, Nik Aziz (gambar)berkata Umno sehingga ini masih belum memberikan sebarang respons perkara itu walaupun banyak pihak tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan MPN itu.
“Bismillah . . . saya membelek akhbar-akhbar tempatan dan menanti melalui media massa, pemimpin Umno sampai ke saat ini belum memberikan respons terhadap pandangan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.
“Barangkali isu ini kecil bagi mereka atau bagaimana? Atau dalam hal ini pemimpin Umno dengan bertanggungjawab sekalipun yang mengeluarkan pandangan itu adalah ahli Umno . . . bahkan bekas presiden Umno pun dilaporkan bersetuju,” kata Menteri Besar Kelantan ini.
Sebelum ini PAS mencabar Umno untuk menyatakan pendirian parti Melayu terbesar itu namun sehingga kini tiada jawapan yang diberikan.
Menurut Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, selaku kerajaan pusat yang memerintah negara sejak 54 tahun lalu, Umno yang kini diterajui Datuk Seri Najib Razak harus menyatakan pendirian parti itu.
Isu negara tidak pernah dijajah terlebih dahulu dibangkitkan jurucakap MPN Profesor Datuk Dr Zainal Kling dan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.
Mereka mengatakan bahawa kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan Raja-raja Melayu dan pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran dengan kedaulatan tetap pada raja.
Selain itu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.
Beliau berkata British telah bertindak seolah-olah “kita dijajah.”
A.Samad: Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan
Lim Hong Siang | Sep 15, 2011 03:16:10 am
"Saya tidak fikir Tunku Abdul Rahman ini pejuang, sebab sebelum itu kita dengar Mat Kilau, Mat Indera, (Ahmad) Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan sebagainya. Ini memang orang-orang yang berjuang. Dan inilah orang-orangnya yang kita namakan pejuang. Sedang bagi saya, Tunku Abdul Rahman bukan orang berjuang. Dia menyambut. Dia adalah orang yang disetujui oleh Inggeris untuk menyambut kemerdekaan."
"...Dan penyambut kemerdekaannya, orang yang dirasakan oleh British, orang yang boleh jaga kepentingan yang ditinggalkannya."
Demikianlah kata-kata Sasterawan Negara, A.Samad Said dalam satu forum berjudul "Milik siapakah kemerdekaan ini?" di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, semalam. Beliau yang pernah bekerja dengan Ahmad Boestamam, mengisahkan pengalamannya kepada kira-kira 50 orang hadirin, bagaimana Ahmad Boestamam dipanggil untuk berunding dengan Burhanuddin Al-Helmy dan Tunku Abdul Rahman, berhubung "bagaimana kemerdekaan itu harus disambut".
A.Samad Said (gambar kanan), atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, pernah bekerja di akhbar Fikiran Rakyat, di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Beliau pernah mengikut Ahmad Boestamam ke bangunan di mana perbincangan tersebut berlangsung, dan beliau dimaklumkan bahawa "British bersedia menyerahkan kemerdekaan ini, tapi perlulah diberikan kepada orang yang munasabah."
"Waktu itu, tentulah, orang yang munasabah, Tunku Abdul Rahman," katanya, yang mendakwa bahawa Tunku bekerja dengan British. Menurut beliau, British tidak berunding dengan "kelompok Boestamam, Ishak Hj Muhammad, Burhanuddin" kerana dirasakan tidak akan menjaga kepentingan British, meskipun badan yang dipimpini tokoh-tokoh tersebut ditubuhkan lebih awal daripada UMNO.
"Kita bermula dengan orang-orang yang berjuang menentang British, yang mendapat hasilnya ialah orang-orang yang bekerja dengan British," simpulnya di akhir ucapan beliau. Malah, ketika wartawan cuba mengesahkan kenyataannya itu selepas forum berlangsung, beliau mengulangi bahawa "Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan"; bahkan beliau sempat berseloroh dengan wartawan, bahawa istilah "kemerdekaan" pada gelaran "Bapa Kemerdekaan" yang diberikan kepada Tunku mungkin perlu digugurkan, kerana menurut Dr.Zainal Kling, negara kita tidak pernah dijajah.
Kuasa diwarisi oleh golongan bangsawan
"Dan sejak itu, berterus-terusan kita sebenarnya dijajah, atau (guna istilah) diperintahlah, agar lebih manis (didengar), diperintah oleh kelompok yang menyambut kemerdekaan. Dan kelompok ini datangnya daripada golongan bangsawan, selama 54 tahun."
Pak Samad menganggap kesemua Perdana Menteri Malaysia adalah daripada golongan bangsawan, termasuk Mahathir Mohamad yang mendapat gelaran "Tun" kemudiannya.
"Negara ini tidak pernah diperintah oleh orang yang berjuang untuk kemerdekaan," tegasnya. Untuk beliau, golongan bangsawan tidak dapat merasakan apa yang dirasakan oleh rakyat biasa, kerana "orang-orang ini mendapat kemewahan daripada awal, mendapat pendidikan percuma daripada awal, mendapat kedudukan daripada awal, mendapat keistimewaan daripada awal..."
"Saya dapat faham kalau orang Cina merasakan, dan saya juga dapat faham kalau orang India merasakan... Tapi akhirnya saya juga merasakan, bahawasanya betul orang Melayu mempunyai keistimewaan, tetapi keistimewaan kelompok atas saja. Rakyat lain...hampir sama saja," katanya.
Pak Samad berkata, keadaan sedemikian menimbulkan rasa ketidaksenangan, maka adalah mudah untuk mereka yang berada di atas untuk memainkan perasaan perkauman, agar tempat mereka dikekalkan. Beliau pernah diajukan soalan sama ada dirinya berasa terancam sebagai Melayu di negara ini, dan jawapannya tidak, kerana sejak merdeka, jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kebanyakan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri disandang oleh Melayu. Seandainya Melayu merasakan dirinya terancam, maka ia bererti pemimpin kita gagal, jelasnya.
Lee Ban Chen: UMNO mewarisi penjajahan
Sementara itu, penganalisa politik Lee Ban Chen menyifatkan kemerdekaan yang dicapai pada tahun 1957 sebagai "kemerdekaan tiga suku", dan bukan "kemerdekaan yang tulen". Ini kerana British telah menolak perlembagaan rakyat ketika itu, sebaliknya memilih UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 untuk kerjasama.
Bagaimanapun, UMNO dalam Perikatan ataupun Barisan Nasional kemudiannya tidak mengisi nama dan bentuk kemerdekaan, sebaliknya mewarisi penggunaan akta-akta zalim dalam zaman penjajahan, misalnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang merintangi proses reformasi dan pendemokrasian negara kita, kata Lee Ban Chen (gambar kiri).
Pak Samad turut bersetuju bahawa "kita sebenarnya masih dalam pemerintahan penjajahan", kerana undang-undang zalim yang digubal ketika zaman British masih kekal sehingga kini. Malah, Menteri Dalam Negeri siang-siang mengingatkan tentang ISA ketika menangani isu BERSIH 2.0.
Dengan nada menyindir, Pak Samad berkata "yang menjadi wira sentiasanya UMNO", sementara "orang awal yang berjuang semuanya tenggelam". "Dan paling mudah untuk mengatakan bahawasanya mereka semua ini kelompok komunis yang jahat, dan komunis yang ingin mencengkam...",dan pada waktu yang sama pula kita berbaik-baik dengan komunis (China) yang ada - antara beberapa "keanehan" yang sedang berlaku di negara dewasa ini, katanya.
Seorang lagi panelis dalam forum ini adalah Arumugam, selaku Penasihat Tamil Foudation dan Pengerusi SUARAM. John Brian, iaitu Pengerusi Majlis Penasihat Dayak dan blogger Dayak baru yang dibariskan sebagai panelis sebelum ini, gagal menghadirkan diri kerana masalah tertentu. Forum ini dipengerusikan oleh Adam Adli Bin Abd Halim, iaitu Pengerusi Legasi Mahasiswa Progresif UPSI.
*Lim Hong Siang ialah editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.
**Forum "Milik siapakah kemerdekaan ini?" ini dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Masyarakat Madani Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Free Public Forum, Solidarity Mahasiswa Malaysia, Bahagian Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL& Selangor dan Seniman Paksi Rakyat Malaysia (PAKSI).
http://merdekareview
Mahathir Tiada Autoriti Bercakap Soal Sejarah
Posted on Wednesday, September 14 @ 20:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Oleh RIDUAN MOHD NOR
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Tun Dr Mahathir berdiam diri dari bercakap soal sejarah negara kerana beliau bukan ahlinya untuk bercakap demikian. Ini ekoran kenyataan beliau yang menyokong Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British.
Kenyataan Tun Dr Mahathir menyebabkan rakyat semakin keliru terhadap sejarah kemerdekaan negara. Dengan kenyataan penuh kontroversi oleh Profesor Zainal Kling telah menimbulkan keserabutan dalam pemikiran rakyat Malaysia, Tun Dr Mahathir pula menambah lagi kekeruhan terhadap rakyat Malaysia. Banyak persoalan yang bermain di fikiran rakyat sekarang ini, jika Malaya tidak pernah dijajah, mengapa kita sambut Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos setiap tahun? Dan jika Malaysia tidak pernah dijajah, apakah UMNO boleh dianggap pejuang kemerdekaan?
DPPM menegaskan, Tun Dr Mahathir bukan ahli sejarah yang layak memberi komentar terhadap apa yang pernah berlaku. Beliau hanyalah seorang ahli politik negara. Sejarah perlu dibentangkan dengaan fakta dan kajian ilmiah secara terperinci. Justeru, beliau tidak berhak memberikan pandangannya mengenai sejarah negara.
Apakah Dr Mahathir berani mengaku bahawa UMNO bukanlah pejuang kemerdekaan sebenar kerana negara tidak pernah dijajah. Apakah juga Dr Mahathir mahu menafikan sumbangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang diangkat selama ini seperti Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn Jaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang dan lain-lain? Beranikah Tun Dr Mahathir menyebut bahawa British layak diangkat sebagai pejuang negara manakala Dr Burhanuddin Al Helmi, Ahmad Bostamam, Tok Janggut, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Mat Saleh, Rentap, dan lain-lainnya sebagai pengkhianat negara?
DPPM menjelaskan gerakan-gerakan menuntut kemerdekaan lebih dahulu ditubuhkan sebelum UMNO. Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada 1938, diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan pada 1945 dan badan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API)yang ditubuhkan pada Februari 1946 , Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Tanah Air (BATAS). UMNO hanya ditubuhkan pada tahun 1946 lewat beberapa tahun selepas penubuhan gerakan-gerakan ini.Saat gerakan nasionalis kiri ini melaungkan slogan merdeka ,UMNO masih dengan slogan “hidup Melayu”.
UMNO pula telah diharamkan pada tahun 1988. UMNO yang ada kini hanya UMNO baru yang ditubuhkan selepas diharamkan tahun 1988. Roh UMNO zaman ‘kemerdekaan’telah berkubur sejak itu. Zaman Tun Dr Mahathir yang menyebabkan UMNO diharamkan. Apakah Tun Dr Mahathir melupakannya dan mahu sejarah menggelapkan sejarah ini.
DPPM mempunyai pandangan yang tegas bahawa Dr Mahathir hendaklah berdiam diri dalam isu untuk tidak menyerabutkan lagi perbahasan sejarah kemerdekaan yang berlaku.
Disediakan oleh;
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
http://www.tranungkite
Mudahnya anggota PKMM dituduh komunis
Posted on Wednesday, September 14 @ 21:00:00 PDT by paktam
Oleh AHMAD TAJDID
DARURAT yang diIsytiharkan penjajah British di Tanah Melayu pada Jun 1948 bagi menghapuskan penentangan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) adalah salah satu episod hitam dalam sejarah negara.
Dalam usaha mengekang penularan pengaruh komunis, penjajah British mengambil tiga langkah utama iaitu mengharamkan parti politik berhaluan kiri; menangkap sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dengan kegiatan komunis serta dibuang negeri; juga menjatuhkan hukuman bunuh kepada sesiapa yang dianggap bersubahat dengan komunis.
Dalam usaha mengekang pengaruh gerakan komunis yang dipelopori Parti Komunis Malaya (PKM), ramai aktivis politik Melayu yang terlibat dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) serta sayapnya, Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (Awas) turut ditahan, dipenjara dan diseksa dalam tahanan atas dakwaan bersubahat dengan PKM.
Salah seorang anak bekas aktivis PKMM yang menjadi ‘saksi mata’ era tersebut, Shaukany Hamzah, 69, tampil mencerita pengalaman dialami ayahnya yang menjadi mangsa penjajah Inggeris sematamata kerana terlibat dalam PKMM.
Menurut Shaukany, ayahandanya, Hamzah Binu ialah aktivis PKMM (atau disebut Pekemam) di Hulu Beranang. Penglibatan Hamzah dalam PKMM juga menyebabkan beliau bergaul rapat dengan aktivis API dan Awas di daerah tersebut.
Perjuangan PKMM pimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Muhammad (Pak Sako) dalam memupuk kesedaran orang Melayu bagi menuntut kemerdekaan pada waktu itu sampai ke kemuncak apabila slogan “Merdeka” sentiasa berkumandang dalam rapat umum dan pertemuan dianjurkan PKMM.
PKMM ditubuhkan pada 1946 dan menjadi parti Melayu paling awal dibentuk selepas era pemerintahan Jepun (1942-1945) di Tanah Melayu. Ketua API, Ahmad Boestamam, pada 21 Disember 1946 menghasilkan buku kecil Testament Politik API yang menggariskan tujuan-tujuan politik kewujudan API dengan slogan “Merdeka Dengan Darah.”
Sifat radikal PKMM, API dan Awas dalam menuntut kemerdekaan dilihat sebagai ancaman oleh penjajah British. Ekoran pembunuhan tiga pengurus ladang berbangsa Inggeris di Sungai Siput, Perak pada 1948 oleh gerila komunis, British mengisytiharkan darurat di seluruh Malaya. Sebulan kemudiannya, PKM dan parti-parti politik berhaluan kiri termasuk PKMM diharamkan British.
Ramai aktivis PKMM ditahan dan merengkok dalam penjara British atas dakwaan bersubahat dengan PKM.
Antara yang menjadi mangsa ialah Hamzah dan empat rakannya. Mengimbau kisah pada hari kejadian, Shaukany masih teringat bagaimana ayahnya bersama empat lagi rakan iaitu Ariffin Gunung, Mohamad Hashim, Salleh Ubi dan Haji Nukman diarahkan datang ke rumah pasong Broga oleh seorang mata-mata gelap British berbangsa Melayu dikenali sebagai Daimun. Lima orang aktivis PKMM itu kemudiannya ditahan tanpa sebarang pertuduhan dan dibawa ke Rumah Pasong Kajang.
Beliau yang ketika itu baru berusia enam tahun menceritakan bagaimana ketika melawat ayahnya di Kajang, satu kain rentang dipasang polis British di luar rumah pasong tersebut. Beliau dimaklumkan abangnya yang kain rentang itu bertulis Communist arrested (komunis ditangkap) dengan menyenaraikan nama ayahnya dan empat lagi penduduk kampung yang ditahan.
“Saya hairan bagaimana polis penjajah begitu mudah melabelkan ayah saya sebagai komunis sedangkan beliau ahli PKMM yang taat beragama. Beliau tidak pernah masuk hutan apatah lagi menyertai gerila komunis.
“Ayah saya bekerja kampung dengan mengusahakan sawah. Dia juga mendapat hasil daripada kebun getah yang dimilikinya. Dia sibuk dengan aktiviti hariannya untuk menyara kami empat beradik,” jelasnya
Hamzah dan empat rakannya kemudian dibawa pula ke Penjara Pudu dan ditahan selama 14 hari sebelum dipindahkan ke Kem Tahanan Tanjung Beruas, Melaka.
Beliau ditahan selama satu setengah tahun di kem tahanan tersebut. Apa yang mendukacitakan Shaukany adalah tekanan dan diskriminasi dihadapi keluarganya sepanjang ayahnya ditahan penjajah British.
“Tali barut penjajah British menakut-nakutkan orang kampung supaya jangan bergaul dengan kami, malah melarang penduduk daripada melintasi kawasan rumah kami. Alasannya kami sekeluarga menyokong komunis,” ujarnya mengingati saat getir itu.
Hasil propaganda talibarut penjajah British, abang sulung beliau tidak diterima masuk ke sekolah Inggeris manakala kakaknya gagal mendapat tempat di Malay Girl College, Melaka.
Nasib menyebelahi beliau apabila diterima masuk ke Sekolah King George V, Seremban setelah ayahnya dibebaskan daripada tahanan. Itu pun setelah lulus peperiksaan khas di peringkat daerah.
Shaukany bagaimanapun menerima biasiswa negeri walaupun meyakini Pengetua Sekolah King George V G Sucklif ialah seorang perisik British.
Beliau pernah terserempak dengan Sucklif di kampungnya ketika sedang menjual buah-buahan.
Beliau yakin pengetuanya itu membuat kerja-kerja risikan. Selepas menamatkan pengajian di King George V College, Shaukany diterima bekerja dengan Keretapi Tanah Melayu (KTM) sebagai juruteknik. Beliau kemudiannya mengikuti pengajian luar kampus di Institut Teknologi Mara (ITM) dan berkhidmat sebagai Pegawai Penguatkuasa Majuternak setelah lulus Diploma Pentadbiran Awam (DPA).
Shaukany kemudiannya melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama dan sarjana di Amerika Syarikat dan menjawat Penolong Pengurus di Haulage Industry, Kontena National sekembalinya ke tanah air.
Ketua Pegawai Operasi (CEO) Yayasan Pengurusan Ilmu itu juga pernah berkhidmat di Inspen dan Unisel sebagai pensyarah. Sebagai anak aktivis PKMM, beliau menggesa agar perjuangan golongan kiri politik Melayu diiktiraf dalam sejarah negara.
“Ramai yang tidak mengetahui bahawa ada sebuah kampung bernama Jenderam di Sepang dibakar hangus tentera British hanya semata-mata kerana majoriti penduduknya menyokong PKMM.
Penduduk kampung itu dihalau keluar dari kampung dan terpaksa berhijrah ke tempat lain,” ujarnya.
Bagi Shaukany, kontroversi Mat Indera dan serangan komunis terhadap rumah pasong Bukit Kepong membabitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu perlu dijadikan iktibar untuk para sejarawan tanah air menilai kembali penulisan sejarah negara.
Menurutnya, dalam usaha British memerangi dan membanteras pengaruh komunis, ramai pejuang kemerdekaan Melayu yang terlibat dalam PKMM, API dan Awas dituduh sebagai komunis dan didakwa bersubahat dengan PKM.
“Propaganda British ini menyebabkan mereka dipandang serong dan dipinggirkan dalam pengkisahan sejarah kemerdekaan negara,” ujarnya.
http://www.detikdaily
No comments:
Post a Comment