Cuba Banding

Thursday, September 15, 2011

Bakpo Terbalik Kok Pulak Nih.........

Kecewa PM tak sudi jumpa, blogger Umno ugut potong kaki Nawemee
Berita, Komentar, Ulasan & PendapatGambar diatas ialah gambar rakaman screen sebuah blogger tegar Umno, Blog RBF atau lebih dikenali sebagai Ruang Bicara Faisal ialah antara blogger tegar Umno yang telah menyuarakan kekecewaan terhadap Perdana Menteri kerana tidak dapat bertemu dengan PM walaupun mempunyai idea dan aspirasi, sedangkan Nawemee yang dikatakan telah menghina negara, bangsa dan agama diberikan peluang untuk bertemu dengan Perdana Menteri.


Dengan tajuk "Parang Panjang Untuk Potong Kaki Namewee Sudah Tersedia", sebuah blog penyokong kerajaan telah bertindak liar di atas ketidak-puas-hatian kepada Perdana Menteri, iaitu orang yang selama ini dipertahankan habis-habisan.



dalam blog tersebut jelas menyatakan;
Kawan-kawan sekalian, sepertimana yang anda tahu bagaimana saya serta kawan-kawan saya, siang malam, pagi petang kami berusaha mempertahankan kerajaan serta PM. Bukan setakat mempertahankan PM, malah terpaksa mempertahankan juga isteri PM daripada fitnah-fitnah yang dilemparkan termasuklah isu cincin 24 juta , tapi kami tidak pernah pun dijemput seperti namewee untuk berjumpa PM.

Tapi si bangsat tersebut sudah melakukan bermacam-macam dajal dan sial serta menghina kaum serta agama , tiba-tiba mendapat layanan istimewa untuk berjumpa PM. Mana pergi namewee ketika Rosmah difitnah beli cincin 24 juta. Kenapa dia tak buat lagu yang mengatakan tuduhan itu fitnah ?

Kawan-kawan semua, saya dah lama menyimpan impian untuk berjumpa PM bagi memberitahu beberapa perkara termasuk idea-idea, tapi tak kesampaian. Saya terfikir , siapalah saya ini untuk berjumpa pemimpin tertinggi negara. Kalau ada pertemuan dengan PM pun di majlis-majlis besar yang melibatkan ramai orang. Maka sudah tentulah sukar untuk kita bercakap di majlis-majlis seperti itu.

Tapi anak haram itu senang-senang sahaja dapat jumpa PM. Siapa yang tak berasap beb ?
Kekecewaan RBF dilihat tidak dapat lagi disorok apabila secara terbuka menempelak pimpinan sendiri beserta dengan satu ancaman bunuh terhadap Nawemee yang akan berjumpa dengan PM. Ia seolah-olah mencabar kewibawaan PM sekiranya mengambil tindakkan kepada RBF akan dilihat sebagai tidak prihatin ke atas bangsa sendiri tetapi membela Nawemee.

Mari kita lihat sejauh mana pihak berwajib berani mengambil tindakan dalam ugutan yang memang terang dan jelas ini.

Namun kemarahan blogger ini ada asasnya. Masih ingat kita bagaimana Nawemee yang dikenali sejak video klipnya mengolah semula lagu negaraku menjadi "Negarakuku" disiarkan di youtube. Beliau bukan saja berdepan dengan tindakan undang - undang tetapi media mengolah kebencian yang melampau dengan mengaitkan Nawemee dengan Pakatan Rakyat dan kebencian melampau diwujudkan dengan api perkauman sebagai asas bahan bakar.

Maka Najib (baca: pimpinan UBN) meraih sepenuhnya keuntungan dengan menunggang sentimen yang dibakar blogger dan 'ngo-ngo' ciptaan mereka tampil ke depan menyemarak kemarahan. Ingat lagi bagaimana Arman ketika itu dia ketua pemuda PERKASA mengamuk dan membakar barang di depan pagar dewan himpunan china dimana Nawemee berada didalam dewan untuk satu program.

Akhirnya setelah melihat semuanya gagal meraih sentimen majoriti rakyat malah di kelas pertengahan imej UBN menjadi lebih negatif kerana tindakan tersebut maka Najib telah tukar strategi. Nawemee diberi ruang membuat filem pula dan semalam bertemu secara peribadi dengan Najib sendiri.

Jika difikirkan kesian dengan kawan - kawan 'bawah' yang begitu emosi pada satu ketika dahulu dalam isu Nawemee ini dan akhirnya dia sendiri mendapat ruang istimewa.

Walaupun memahami kekecewaan kawan-kawan ini tetapi che'GuBard nasihat janganlah sampai ugut-ugut bunuh...itu kurang tamadunnya. Jadikan ini sebagai pengajaran berpada dalam tindakan.
Posted on Wednesday, September 14 @ 22:01:04 MYT by ahmadi
http://www.selatanonline




GERPAR!! RM80,000 Sebulan Untuk Parpukari Bagi Kerja-Kerja Fitnah ?
Posted on Wednesday, September 14 @ 08:45:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

BeritaOleh edyesdotcom

Pernahkah anda dengar ayat ini dari Parpukari - "DEMI ALLAH SAYA TAK MAKAN DUIT"?Percayakah jika saya katakan pendapatan parpukari adalah 80ribu sebulan?& Tidak menuduh, tetapi menjadi persoalan bagaimana seorang blogger Umno memperolehi sebanyak RM80,000 sebulan ? Apa pekerjaan Parpukari atau nama sebenarnya Mohamad Salim bin Iskandar selain dari blogging ?

Sahabat saya MiloSuam yang blognya berada di kedudukkan ranking paling atas pun amat jauh sekali untuk mencecah pendapatan RM80ribu sebulan. Blog Parpukari adalah jauh lebih tertinggal daripada blog MiloSuam. Persoalan ini bukan hanya perlu dijawab tetapi perlu disiasat oleh SPRM.


Sila lihat slip di bawah yang tertera nama dan nombor IC sekali ;





Berikut pula adalah maklumat peribadi parpukari

Nama Penuh: Mohamad Salim bin Iskandar.
Nama Samaran: Parpukari
Blog :  www.parpukari.blogspot.com/
Nombor IC: 730709-08-5123
Nombor A/C Maybank: 114124062908

Lagi menjadi persoalan ialah, menteri manakah sugardaddy parpukari ?
GERPAR!! RM80,000 Sebulan Untuk Parpukari Bagi Kerja-Kerja Fitnah ? 



http://www.tranungkite

No comments: