Cuba Banding

Thursday, September 15, 2011

Konspirasi tumbangkan Dr Mohd Khir Toyo


Konspirasi tumbangkan Dr Khir: Noh 'tak tahu menahu'
Abdul Rahim Sabri
Sep 15, 11
3:45pm
Kongsi 77
Menteri Pertananian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar "tidak tahu menahu" mengenai dakwaan bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo bahawa tiga menteri persekutuan dalam kabinet sedang berkonspirasi bagi mengenakannya.

NONE"Saya tidak tahu. Saya tidak ada komen. Awak kena tanya dia (Dr Khir)," kata Noh ketika ditemui pemberita sewaktu sambutan Aidilfitri anjuran kementeriannya di Serdang.

Diasak pemberita mengapa Dr Khir menimbulkan perkara ini di dalam blognya, Noh yang juga ahli parlimen Tanjung Karang, sambil tersenyum, berkata:

"Saya tidak tahu, awak pergi tanya dia. Kena pergi tanya dia. Saya tidak tahu".

Dalam blognya 23 Ogos lalu, Dr Khir menulis ada menteri persekutuan yang sedang berkonspirasi agar beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah supaya membolehkan Selangor dapat dirampas semula oleh BN dalam pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun Dr Khir tidak mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan walaupun yakin sumbernya sangat boleh dipercayai.

“Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,” tulisnya.

NONENoh adalah menteri kabinet mewakili Umno yang tunggal dari Selangor dan beliau juga adalah timbalan ketua badan perhubungan Umno Selangor .

Dakwaan konspirasi oleh Dr Khir timbul apabila bekas menteri besar itu diarah membela dirinya pada perbicaraan kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo, yang dijadualkan bermula pada 26 September depan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau dipersalahkan berikutan kekalahan BN di Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas memerintah negeri itu daripada 2000 hingga 2008.

Berikutan keputusan yang memalukan itu, Khir berundur diri. Jawatannya sebagai pengerusi perhubungan negeri Selangor diambil alih oleh Najib selaku presiden parti Umno.

Najib kemudian melantik Datuk Noh Omar - seteru politik Dr Khir - sebagai timbalannya dan dilihat sebagai calon menteri besar baru jika BN mampu menang pada pilihan raya negeri akan datang.

khir toyo mansion 060709 06Pada 8 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan bekas menteri besar itu membela dirinya berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Dr Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di Shah Alam dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5juta.

http://www.malaysiakini


Mahathir: Sudah pasti saya pecat Anwar jikapun Mufti Perak kata jangan

September 15, 2011
KUALA LUMPUR, 15 Sept – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan sudah pasti beliau akan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria ada menasihatkan beliau supaya tidak berbuat demikian.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata kemungkinan mufti terbabit boleh menerima seorang yang tidak bermoral sebagai pemimpin, tetapi bukan beliau.
“Meskipun jika mufti menasihati saya, dan saya menafikan beliau ada berbuat demikian, saya tidak dapat menerima nasihat seperti itu,” kata bekas perdana menteri (gambar) sambil menambah, beliau akan didapati menutup cerita jika tidak mengambil sebarang tindakan.
“Biar mahkamah yang memutuskannya,” kata beliau lagi dengan merujuk kepada keputusan mahkamah ke atas bekas timbalannya.
Dr Mahathir memecat Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri pada September 1998. Kemudian beliau dipecat daripada jawatan timbalan presiden Umno.
Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno berkata, mufti itu mungkin boleh menerima seorang yang tidak bermoral untuk menjadi perdana menteri enagar ini.
“Maafkan saya, saya memegang tanggungjawab sebagai satu amanah, kepercayaan dan saya tidak bersedia untuk menerima seorang yang tidak bermoral sebagai Perdana Menteri.
Akhir bulan lalu, Harussani mendedahkan beliau pernah cuba untuk bertemu dengan Dr Mahathir agar tidak memecat dan juga tidak mengenakan tuduhan liwat ke atas Anwar.
Namun jelas Mufti Perak. bekas perdana menteri itu enggan menemui beliau.
“Saya, banyak perkara suruh Dr Mahathir berhenti (tidak lakukan), tapi ada tiga perkara beliau tidak mahu berhenti, yang pertama bila nak pecat, Anwar saya ditahan daripada jumpa perdana menteri.
“Saya kata kepada pembantu (Dr Mahathir) pecat Anwar pengaruh bukan sikit boleh pecah Melayu... bila nak buat tuduhan liwat, saya kata kalau nak pecat Anwar (dari timbalan perdana menteri) buat rombakan Kabinet, letak di kementerian lain... tapi saya tidak dibenarkan jumpa perdana menteri,” katanya.
Tegas Harussani, tindakan Dr Mahathir memecat Anwar telah menyebabkan perpecahan orang Melayu.
Selepas dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno, Anwar berhadapan dengan kes salah guna kuasa dan liwat.
Anwar, kini Ketua Umum PKR, menghadapi tuduhan liwat kali pertama pada 1998 yang dikaitkan dengan beberapa individu yang rapat dengannya seperti Azizan Abu Bakar dan Sukma Darmawan.
Kes itu telah mencetuskan kegemparan di seluruh negara dan dunia terutamanya masyarakat Melayu kerana tokoh itu dijatuhkan dengan tuduhan yang terlalu serius.
Anwar kini berdepan dengan satu lagi tuduhan liwat yang melibatkan pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan - kes masih dalam perbicaraan.
Dr Mahathir juga berkata beliau tidak dapat ingat sama ada Harussani ada memberikan nasihat sedemikian sama ada secara peribadi ataupun ketika ditemui pada mana-mana majlis awam.
Bekas perdana menteri itu berkata kes mahkamah ke atas Anwar diambil oleh pegawai-pegawai yang bertanggungjawab.
“Tetapi katakan tiada kes mahkamah diambil, bagaimana saya boleh menjelaskan bahawa Anwar perlu dipecat sebab beliau tidak sesuai untuk menggantikannya sebagai perdana menteri?
“Jika saya menggugurkan beliau dan saya tiada pilihan tetapi untuk menggugurkannya disebabkan sikap tidak bermoralnya, bagaimana saya boleh menjelaskan kepada rakyat?” kata beliau dan menambah, orang akan menuduh tindakan itu diambil disebabkan faktor politik.

No comments: