Cuba Banding

Monday, July 25, 2011

Kematian Teoh tidak berlaku jika siasatan ikut standard


Nazri: ‘Kematian Teoh tidak berlaku jika siasatan ikut standard’

July 24, 2011
KUALA LUMPUR, 24 Julai — Putrajaya memperakui bekas setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock tidakmati dua tahun lalu jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mematuhi prosedur-prosedur siasatan yang sewajarnya dengan betul.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz(gambar) menegaskan, beliau tetap bersetuju dengan cadangan suruhanjaya diraja kerana apa yang telah berlaku adalah satu kematian.
Pada sidang media Khamis lalu juga, Nazri berkata kerajaan memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai yang melanggar prosedur SPRM berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada.
Katanya, hasil siasatan suruhanjaya itu juga mendapati bahawa tiga pegawai penyiasat yang terbabit dalam kes ini telah menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan keterlaluan ke atas Teoh yang didapati melanggar prosedur sedia ada.
Dalam satu temu bual hari ini, tegas Nazri, kematian melibatkan Teoh tidak berlaku kalau sisatan dijalankan mengikut standard siasatan yang telah ditetapkan dan menepati piawaian yang memuaskan.
“Apabila berlaku keadaan macam ini kita kena teima hakikat bahwa ada perkara-perkara yang tidak patut dilakukan,” kata Nazri sambil menambah, “saya ingin mencadangkan supaya SPRM yang bekerja rapat dengan badan pencegahan rasuah di Hong Kong supaya mengikut cara mereka bekerja.”
“Dulu mereka belajar daripada kita, sekarang mereka berada di kedudukan nombor satu,” katanya lagi.
Nazri menambah, prosedur operasi standard (SOP) di Hong Kong mempunyai piawaian yang sangat tinggi dan SPRM seharusnya berunding dengan badan pencegahan rasuah berkenaan.
“Ikut dan contohilah mereka,” kata beliau lagi dalam temu bual dengan Mingguan Malaysia edisi hari ini.
“Di Hong Kong tuntutan kepada demokrasi sangat kuat, mereka tidak akan bertolak ansur dengan badan pencegahan rasuah di sana kalau SOP yang diamalkan adalah tidak baik,” kata menteri yang bertanggungjawab atas hal ehwal perundangan dan Parlimen ini.
Nazri juga berkata, kerajaan perlu mengakui bahawa sudah tentu ada kelemahan dalam sistem semasa.
“Jangan nafi. Saya bukan tidak hendak mempertahankan pegawai-pegawai ini tetapi saya percaya dan tahu ada perkara yang berlaku.
“Berdasarkan laporan yang kita baca jelas menunjukkan bagaimana siasatan dijalankan secara berterusan,” katanya yang turut mahu SPRM membetulkan diri.
“Dunia dahulu mungkin berbeza, orang tak banyak buat aduan, aliran maklumat juga sangat perjalan, tetapi sekarang apa saja berlaku sekelip mata, semua orang tahu. Mereka mesti berubah,” katanya lagi.
Suruhanjaya siasatan terdiri daripada lima anggota diketuai oleh seorang hakim telah menjalankan prosiding siasatan selama 50 hari dan memanggil 70 saksi.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.
Bagaimanapun menurut Nazri, beliau tidak melihat imej SPRM terjejas dengan penemuan siasatan diraja atas alasan dalam mana-mana organisasi ada segelintir kakitangan yang membuat sesuatu tidak mengikut peraturan.
“Namun pada saya ia tidak menjejaskan kerja baik yang selama ini dilakukan SPRM untuk membendung rasuah,” katanya.

http://www.themalaysianinsider


[Wajib Baca] Pendedahan Susulan Kontroversi Cincin RM 24/73 Juta!!!
Politik & Isu SemasaAnda semua jangan terkejut. Namanya pegawai kastam ini Abd Najid Razak, seakan-akan nama Perdana Menteri kita. Pegawai inilah yang menurunkan tandatangan ke atas borang kastam K2 yang kononnya menjadi petunjuk utama cincin berlian 'Natural Fancy Blue-Gray Cushion Cut Diamon' bernilai RM24Juta itu telah keluar dari Malaysia dan dibawa ke Singapura.

Sebelum diteruskan entry ini, jangan kita lupa bagaimana pihak-pihak terdesak menggunakan hujah yang kononnya terdapat sebuah pameran 'sulit' di tempat yang juga 'sulit', untuk tetamu VVIP yang sulit. Semuanya serba sulit hingga rakyat agak kesulitan untuk mempercayainya. Pameran serba sulit itu dikatakan berlangsung selama 3 hari iaitu dari 17-19 April 2011 dan seterusnya di'terbangkan' ke Singapura pada 20hb April. Atas sebab itulah terbitnya borang kastam K2.
Dengan borang K2 yang sama, Imelda Rosmah cuba diselamatkan kerana telah tertera nama Imelda Rosmah pada borang kastam K1(rekod kemasukkan/import barang dagangan). Anda boleh klik entry bertajuk 'Cetakan Borang Kastam Diubah Untuk Selamatkan Imelda Rosmah!!' untuk mengetahui bagaimana cubaan selamatkan Imelda Rosmah diikhtiarkan. Entry ini khas untuk pegawai kastam yang bertanggungjawab ke atas borang yang di'lulus' olehnya.

Di bawah ini adalah satu keratan yang menunjukkan nama, tandatangan, jawatan dan cawangan pegawai tersebut, perhatikan dengan baik semua maklumat yang tertera;


Sila klik gambar ini untuk melihat imej penuh borang K2

Antara maklumat yang tertera dan dapat dibaca mengikut turutan (dan juga 'case sensitive') ialah;
ABDUL NAJID BIN ABDUL RAZAK
Penguasa Kastam
Cawangan Pemeriksaan Penumpang
PUSAT PERDAGANGAN ZON BEBAS
KLIA SEPANG
bp. Penolong Kanan Pengarah Kastam
Cawangan Pemeriksaan Penumpang
KLIA
Tetapi ada satu line maklumat yang tidak dapat dibaca melainkan dengan pemerhatian mendalam. 'Line' tersebut ialah;
B/P PENOLONG PENGARAH KASTAM
LIA KUALA LUMPUR
Ini menimbulkan keraguan pada borang kastam K2 yang digunakan untuk menyelamatkan Imelda Rosmah. Anda lihat betul-betul, seolah-olah ada cop yang bertindan dua kali. Tunggu siri pendedahan akan datang sedikit masa lagi. Pendedahan yang akan memperincikan segala kepincangan borang K2. Kita tinggalkan dulu keraguan ini, bak lagu nyanyian Vanessa William hasil nukilan Phil Galdston - "Save the Best for Last".

Berbalik kepada pegawai kastam di atas. Setelah diusul periksa dengan keterbatasan maklumat yang diperolehi, dapat dikenalpasti melalui laman web rasmi Kastam Diraja Malaysia yang telah dikemaskini hingga bulan Julai 2011, bahawa Abd Najid sebenarnya bertugas di Cawangan Perkhidmatan/Latihan (Latihan) yang bertempat di Aras 9 Selatan. Daripada maklumat online tersebut, 'Aras 9 Selatan' merujuk kepada alamat Putrajaya kerana maklumat nombor telifon pejabatnya yang berpangkal 03-888X XXXX. 

Lihat printscreen di bawah, dan disertakan juga pautan-pautan dari mana datangnya printscreen tersebut;

Pautan : http://www.customs.gov.my/index.php/bm/muat-turun/finish/5/533


Keratan di bawah ini pula maklumat yang juga menunjukkan Abd Najid bertugas di bawah Cawangan Perkhidmatan/Latihan yang juga tertera nombor sambungan sepertimana keratan di atas;

Pautan : http://www.customs.gov.my/index.php/bm/component/qcontacts/233-cawangan-perkhidmatanlatihan-latihan/611-abd-najid-b-abdul-razak

Bukankah perkara berbangkit ini menimbulkan keraguan? Siapa sebenarnya Abd Najid ? Adakah Abd Najid merupakan pegawai yang sepatutnya menurunkan tandatangan le atas borang K2 tersebut, sedangkan beliau bukan dari Cawangan Pemeriksaan Penumpang yang berpejabat di KLIA ?

Imej printscreen bersama pautan-pautan di laman rasmi KDRM (yang diupdate hingga bulan Julai 2011) seharusnya menjadi satu petunjuk betapa ragunya nama pegawai yang bertanggungjawab menurunkan tandatangan pada borang K2. Tidakkah Cawangan Pemeriksaan Penumpang mempunyai pegawainya sendiri untuk meluluskan borang K2 tersebut? Atau adakah kerana suatu misi sulit, terpaksa mengimport pegawai dari cawangan lain dari Putrajaya untuk kelulusan borang kastam K2 ?

Untuk pengetahuan, perakuan K2 dilakukan di kargo KLIA untuk eksport berkapasiti kargo manakala untuk kapasiti 'hand carry'pula, terdapat kaunternya dalam lapangan terbang KLIA itu sendiri. Diyakini kaunter itu juga menempatkan pegawai bertugas untuk memberi pengesahan borang K2 dan seterusnya pelepasan eksport dengan menandatangan borang kastam K2 sepertimana yang dilakukan oleh Abd Najid.

Kita rakyat berhak merasa curiga di atas kepincangan demi kepincangan yang tidak dapat dielakkan ketika 'kemungkinan' cubaan menipu untuk menyelamatkan VVIP tertentu kerap berlaku. Cukup-cukuplah kita lebih 50 tahun ditipu, kini dengan teknologi maklumat, dengan adanya maklumat, dengan kekuatan maklumat, rakyat tidak lagi mudah terpedaya.

Sebagai penutup, ingin saya ulang pendirian dalam entry ini. Nama Abd Najid dilibatkan dalam entry ini kerana nama tersebut tertera dalam borang kastam K2 yang kita bincangkan. Tiada niat untuk mempersenda si penama, tetapi hanya menampilkan maklumat di atas keterbatasan maklumat. Ini kerana terdapat usaha untuk menghalang daripada maklumat diperolehi dengan mudah, sedangkan maklumat itu sepatutnya tiada masalah untuk didedahkan demi kepercayaan rakyat ke atas agensi-agensi terpenting kerajaan. Ia termasuklah agensi polis, imigresen, SPR dan juga termasuklah kastam.

Nilaikanlah setiap maklumat itu dengan kebijaksanaan yang telah dikurniaNya. Tok Kaduk sudah habis zamannya, Pak Pandir makin bijaksana, Lebai tidak lagi malang. Ayuh bersama ombak perubahan.


EDYES @ edyesdotcom
Tunggu siri pendedahan seterusnya...

Posted on Sunday, July 24 @ 16:51:58 MYT by tok_aji
http://www.selatanonline


Perbetulkan cara kendali Bersih 2.0 
Harakahdaily 

KOTA BHARU, 24 Julai: Kerajaan BN diperingatkan, cara mereka mengendalikan isu Bersih 2.0 dengan terus mengejar para pimpinan Pakatan dan aktivis tidak betul.
Full Story...

No comments: