Cuba Banding

Sunday, July 24, 2011

Adakah Ini petanda Tuntutan bersih 2.0 akan dilaksanakan .

Kerajaan hari ini bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya nanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

najib tun razak may 2011Beliau berkata ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.

"Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini," katanya semasa berucap pada Majlis Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020 di Kangar hari ini.
Perdana Menteri berkata BN komited kepada pilihan raya yang bersih serta adil dan tidak memerlukan 'BERSIH' untuk memastikan tindakan itu.

"Kalau nak buat penambahbaikan kita akan buat. Kita akan buat yang terbaik (menggunakan biometrik bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bersih) walaupun negara-negara maju pun tak buat," katanya.

bersih rally petaling street 090711Beliau berkata tidak perlulah untuk mengadakan demonstrasi atau perhimpunan kerana kerajaan akan sentiasa membaiki sistem pilihan raya di negara ini dari semasa ke semasa.

"Di peringkat nasional, kita (Barisan Nasional-BN) ada masa dapat undi banyak ada masa undi sikit. Tetapi majoriti masih di tangan kita. Kalau kita boleh jamin kita boleh menang, takdelah menteri kalah (pilihan raya) dan ada negeri kalah," katanya.
Memanipulasi
Beliau berkata selepas pilihan raya 2008, pembangkang tidak membangkitkan tentang pilihan raya tidak adil tetapi sejak dua tahun lepas apabila BN banyak menang pilihan raya kecil, tiba-tiba timbul cerita pilihan raya di negara ini tidak betul.
NONENajib berkata jika BN boleh memanipulasikeputusan pilihan raya, ia sudah lama dilakukan, oleh itu pembangkang apabila kalah jangan mengatakan pilihan raya tidak adil.

"Di Kelantan, dari 2004 hingga 2008, pada pertengahan penggal Dewan Undangan Negeri (DUN), kerajaan negeri hanya berdiri atas majoriti satu DUN sahaja (DUN Kemuning) dan DUN itu hanya menang dua undi. Kalau boleh manipulasi, tak susah cari tiga undi.

"Bagaimanapun, kita dalam pembangkang tak ganggu-gugat kerajaan negeri dan tak buat demonstrasi. Kita hormati suara rakyat dan prinsip demokrasi. Jadi janganlah gembar-gemburkan kita boleh manipulasi keputusan pilihan raya. Kalau boleh manipulasi, kerajaan PAS Kelantan dah tumbang tetapi apa yang berlaku Kelantan 21 tahun PAS pegang," katanya.

azlanPada pilihan raya umum 2004, calon PAS Zakaria Yaacob memperoleh 6,078 undi untuk menewaskan calon BN Wan Mohamad Zin Mat Amin yang mendapat 6,076 undi bagi kerusi DUN Kemuning.

Perdana Menteri berkata Malaysia merupakan negara contoh kepada banyak negara lain dan kerana itu, rakyat tidak sepatutnya merasa terpesong dan gusar sekiranya ada pihak yang cuba membangkitkan pelbagai isu seolah-olah berlaku kepincangan dalam pentadbiran di negara ini.
Serang institusi

azlan"Mereka menyerang institusi kita seperti kehakiman, polis dan institusi lain. Hakikatnya kita tak mungkin dianggap negara contoh jika tidak ditadbir dengan tekun dan adil," katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Md Isa Sabu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pemimpin Umno dan parti komponen BN negeri serta pemimpin kerajaan negeri.
- Bernama



Biometrik tidak dapat atasi masalah mengundi dua kali dan pengundi hantu
Berita, Komentar, Ulasan & PendapatKerajaan hari ini bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya nanti, kata Najib Razak.

Beliau berkata ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil."Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini," katanya semasa berucap pada Majlis Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020 di Kangar hari ini.

Ternyata kerajaan dan SPR sengaja mengenepikan tuntutan rakyat yang mahukan kaedah celupan jari dalam dakwat yang sudah pasti dapat mengatasi masalah mengundi dua kali. 

Tidak ada jaminan bahawa sistem biometrik ini dapat mengatasi masalah penipuan dan penyelewengan. Ianya boleh berlaku apabila seseorang itu diberikan kad pengenalan walaupun ia tidak layak. Sebagai contoh jika seseorang pendatang tanpa izin diberikan kad pengenalan oleh Jabatan Pendaftaran dan didaftarkan sebagai pemilih maka beliau layak mengundi kerana data biometrik dalam Kad Pengenalan memang kepunyaannya sendiri. 

Orang asing ini sudah tentu boleh mengundi jika diberikan Kad Pengenalan yang sah oleh Jabatan tertentu dan namanya di daftarkan menggunakan Kad Pengenalan yang sah diberikan oleh jabatan berkenaan.

Dengan itu kaedah biometrik ini tidak mampu untuk mengatasi pendaftaran pengundi yang tidak layak dan juga pengundian lebih dari sekali.
 
Posted on Sunday, July 24 @ 03:23:48 MYT by ahmadi
http://www.selatanonline

1 comment:

Anonymous said...

nnt bangla sama indonesia sama thailand kena celup dakwat kekal kantoi lah bn