Cuba Banding

Saturday, July 23, 2011

Kematian Teoh: SPRM lucutkan tugas tiga pegawai


Kematian Teoh: SPRM lucutkan tugas tiga pegawai
Jul 23, 11 5:11pm
Kongsi 87
Dua hari selepas laporan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock didedahkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengumumkan tiga pegawainya yang dikatakan bertanggungjawab telah dilucutkan daripada tugas operasi siasatan.
NONEKetiga-tiga mereka adalah - pengarah SPRM Negeri Sembilan Hishamuddin Hashim (kiri), yang ketika itu timbalan pengarah SPRM Selangor dan dua pegawai penguatkuasanya Mohd Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus yang terbabit menyoal-siasat Teoh.


Suruhanjaya itu juga telah membentuk sebuah panel siasatan khas yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pengurusan dan Professionalisme) Datuk Zakaria Jaffar untuk menjalankan siasatan dalaman susulan yang menyeluruh serta menyediakan laporan yang komprehensif berhubung dakwaan dalam laporan itu ke atas ketiga-tiga mereka.


"Sementara hasil laporan susulan tersebut diperolehi, ketiga-tiga pegawai berkenaan dilucutkan atau dikecualikan daripada sebarang tugas operasi siasatan.


"SPRM ingin menegaskan bahawa Suruhanjaya ini tidak akan bertolak ansur atau melindungi mana-mana pegawai yang didapati bersalah melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau tatakelakuan," kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.
azlanHasil laporan yang disediakan kelak akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Aduan yang terdiri daripada empat orang individu bebas, yang dipengerusikan oleh mantan Hakim Mahkamah Rayuan dengan keanggotaannya terdiri daripada mantan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, mantan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam dan seorang peguam. 


“Mereka-mereka ini adalah Datuk Mohd Noor Abdullah, Datuk Muhammad Mohd Noor, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah dan V Ravindran,” petik kenyataan itu.
SPRM juga berkata pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang melanggar peruntukkan undang-undang atau melakukan sebarang perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang.
Menurut kenyataan itu, SPRM menerima dan memandang serius terhadap cadangan-cadangan penambahbaikan yang dinyatakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang dikeluarkan pada Khamis lalu.


NONE“Beberapa cadangan dalam Suruhanjaya tersebut telah dan sedang diambil tindakan seperti pemasangan kamera litar (CCTV), mewujudkan 'Video Interview Room' (VIR), semua pelanggan dilayan di aras bawah bagi bangunan milik SPRM, pelanggan sentiasa diiringi semasa berada dalam premis SPRM dan sebagainya. 


“Cadangan lain akan terus diteliti dan diambil tindakan penambahbaikan yang sewajarnya.,” petik kenyataan itu.


Ia juga berkata SPRM akan menyerahkan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan berkaitan secara bebas dan telus

http://www.malaysiakini



Kes Teoh: SPRM tubuh pasukan khas siasat tohmahan atas tiga pegawai

July 23, 2011
KUALA LUMPUR, 23 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan pasukan khas siasatan berhubung tohmahan ke atas tiga pegawainya termasuk seorang bertaraf pengarah ekoran hasil laporan suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian bekas setiausaha politik DAP, Teoh Beng Hock dua tahun lalu.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, SPRM juga berkata, sementara hasil laporan susulan tersebut diperolehi, tiga pegawai yang dinamakan dalam laporan suruhanjaya diraja itu akan dilucutkan atau dikecualikan daripada sebarang tugas operasi siasatan.
Malah kata SPRM, pihaknya tidak akan bertolak ansur atau melindungi mana-mana  pegawai yang didapati bersalah melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau tatakelakuan.
“(SPRM) akan menubuhkan  satu pasukan khas siasatan berhubung tohmahan ke atas ketiga-tiga pegawai tersebut. Pasukan ini diketuai oleh Datuk Zakaria Jaffar, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) yang akan menjalankan siasatan susulan dalaman yang menyeluruh serta menyediakan laporan yang komprehensif,” kata kenyataan itu.
Suruhanjaya diraja siasatan berkata Teoh ‘terganggu’ ekoran sikap tiga pegawai SPRM yang dilabel sebagai “Arman yang membuli, Ashraf salah guna (kuasa) dan HH pemimpin yang angkuh.”
Malah, ia juga memutuskan bahawa pegawai-pegawai SPRM di Selangor sebagai terbuka kepada pembohongan.
Ketiga-tiga mereka yang dinamakan ialah bekas pengarah SPRM Selangor Hishammuddin Hashim, dua pegawainya Arman Alies dan Mohd Ashraf Mohd Yunus.
Hishammuddin kini bertugas sebagai pengarah SPRM Negeri Sembilan.
Ketiga-tiga mereka dinamakan sebagai pegawai soal siasat kes Teoh dalam laporan suruhanjaya itu, sebagai pihak yang ‘menundukkan’ Teoh ketika sesi soal siasat empat peringkat, yang bermula 15 Julai sehingga keesokan pagi.
Dalam kenyataannya SPRM memberi jaminan hasil laporan yang disediakan kelak akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Aduan yang  terdiri daripada empat orang  individu bebas, yang dipengerusikan oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan.
Malah jelas SPRM, merujuk kepada kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazi Aziz yang meminta pihak polis menjalankan siasatan mengenai salah laku tiga pegawai terbabit, pihaknya akan menyerahkan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa itu dalam menjalankan siasatan berkaitan secara bebas dan telus.
“SPRM tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang melanggar peruntukkan undang-undang atau melakukan sebarang perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang,” kata SPRM lagi.
Kenyataan ini dikeluarkan tiga hari selepas pengumuman kandungan laporan suruhanjaya diraja kepada umum oleh Nazri.
SPRM menambah, ia menerima dan memandang serius terhadap cadangan-cadangan penambahbaikan yang dinyatakan dalam laporan suruhanjaya siasatan yang telah dikeluarkan Khamis lalu.
Katanya, beberapa cadangan dalam suruhanjaya tersebut telah dan sedang diambil tindakan seperti pemasangan kamera litar, mewujudkan ‘video  interview room’, semua pelanggan dilayan di aras bawah bagi bangunan milik SPRM dan pelanggan sentiasa diiringi semasa  berada dalam premis SPRM.
“Cadangan lain akan terus diteliti dan diambil tindakan penambahbaikan yang sewajarnya,” katanya lagi.
Suruhanjaya diraja yang memutuskan Teoh membunuh diri mendapati bekas setiausaha politik itu mengalami perubahan pada mindanya berikutan keraguan, konflik dan emosi keterlaluan yang disumbangkan oleh beberapa faktor.
Dalam kenyataannya kelmarin, Nazri berkata kerajaan memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai yang melanggar prosedur SPRM berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada.
Nazri berkata hasil siasatan suruhanjaya itu juga mendapati bahawa tiga pegawai penyiasat yang terbabit dalam kes ini telah menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan keterlaluan ke atas Teoh yang didapati melanggar prosedur sedia ada.

1 comment:

Hj Shah said...

Salam, satu lagi lawak antarabangsa antara banyak-banyak lawak antarabangsa 1Malaysia....bunoh orang dapat cuti free....