Cuba Banding

Saturday, September 29, 2012

Sekitar Bajet 2013

  • 'Sekolah tak berniat politikkan isu BERSIH 3.0'
  • school studentdikemaskini 1.55pm Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Johor Baharu yang mengeluarkan soalan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkaitan perhimpunan BERSIH 3.0 menjelaskan pihaknya tidak berniat untuk mempolitikkan isu itu. 
  • Timbalan perdana menteri Thai letak jawatan
  • Kelayakan Yongyuth Wichaiditm menimbulkan keraguan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan mendapati beliau melakukan salah laku sebagai penjawat awam. 
  • Lagi isyarat pilihan raya tahun depan
  • NONEdikemaskini Selain bayaran BR1M, perdana menteri mengumumkan kerajaan akan membayar bonus setengah bulan gaji lagi kepada penjawat awam pada Januari depan. 
  • PM akhiri ucapan dengan hentam pembangkang
  • najib razak anwar ibrahimdikemaskini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil peluang ketika membentangkan belanjawan terakhirnya dalam penggal pentadbiran kali ini untuk menyerang pemimpin pembangkang.
     
  • Pendapatan RM10,000 layak Skim Rumah Pertamaku
  • NONEdikemaskini Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, kerajaan meningkatkan had pendapatan isi rumah untuk kelayakan membeli kediaman bawah Skim Rumah Pertamaku kepada RM10,000. 
  • Pro-M kekal menang tipis di UM selepas undi semula
  • NONEKumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) mengekalkan kemenangan tipis selepas menambah satu lagi kerusi selepas pengundian semula dijalankan untuk dua kerusi hari ini - fakulti pendidikan serta fakulti sains dan teknologi maklumat. 
  • Diskaun 20% jika langsai hutang PTPTN sekali gus
  • ptptn perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional malaysiadikemaskini Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian diskaun 20 peratus kepada peminjam dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang melangsaikan pinjaman mereka sekali gus. 

Wednesday, September 26, 2012

Kajian UM: Keyakinan kepada Pakatan meningkat


Kajian UM: Keyakinan kepada Pakatan meningkat

Harakahdaily,25 Sep 2012
(Kajian sokongan peringkat pusat menunjukkan peningkatan sokongan kepada Pakatan)


KUALA LUMPUR: Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya menunjukkan sokongan ke atas Pakatan Rakyat meningkat sekarang berbanding dengan kajian yang dibuat pada awal tahun ini.

Sokongan juga meningkat ke atas kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan juga Kedah namun sedikit penurunan di Kelantan.

Kajian itu juga menunjukkan penurunan terhadap keyakinan rakyat bahawa BN akan terus menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum nanti.
Kajian itu dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya  Universiti Malaya (UMCEDEL) yang bertajuk Pola Pengundian Menjelang Pilihanraya Umum ke-13.

Kajian terbaru yang dibuat adalah pada 1 -16 September 2012  di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kajian sebelum ini dibuat dalam tempoh 31 Mac 2012 - 15 April 2012.
Bilangan responden ialah 1536. Kajian dilakukan secara bersemuka dengan melibatkan etnik Melayu, etnik Cina dan etnik India.

Pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur.
Apabila ditanya, parti mana akan menang dalam PRU-13, kajian Mac - April menunjukkan keyakian kepada BN akan menang adalah 49% sedangkan kajian terbaru menunjukkan ianya menurun kepada 44% sahaja.

Keyakinan kepada Pakatan pula meningkat dari hanya 21% kepada 30%.
Keyakinan kepada kerajaan Pakatan di Selangor juga meningkat dengan ketara dari 38% kepada 50% manakala untuk BN dari 28% jatuh kepada 16%.

Begitu juga di Kedah. Keyakinan kepada Pakatan naik dari 37% kepada 48% dan kepada BN turun dari 40% kepada 32%.

Namun untuk negeri Kelantan, keyakinan kepada Pakatan jatuh sedikit dari 44% kepada 41% manakala BN naik dari 27% kepada 32%. Namun, kecondongan pengundi tetap kepada Pakatan Rakyat.

Debat
(Populariti Najib jatuh merudum)

Kajian itu juga mendapati, harapan rakyat amat tinggi agar berlaku perdebatan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

72% berharap ianya diadakan manakala hanya 17% tidak bersetuju dan 11% tidak pasti.

Menurut kajian itu, populariti Najib juga menurun dari 61% pada bulan Mac lalu kepada 58% pada September 2012 ini.

KANTOI! Pelakon Drama 'Krisis Air Selangor' Akhirnya Terbongkar!

 KANTOI! Pelakon Drama 'Krisis Air Selangor' Akhirnya Terbongkar!
ArtikelBlog jalanpulang1978.blogspot.com

Tindakan pemilik iPad 1Malaysia yang juga Ketua Pemuda Umno Selayang, Sohaimi Shahdan yang dikenal pasti sebagai antara pelakon utama iklan berkenaan 'krisis air Selangor' menggambarkan betapa terdesaknya Umno memperalatkan ahlinya tanpa memikirkan kesan buruk akibat penipuan terang-terangan yang bakal mengundang padah tak terduga.


Jamal yang didakwa antara penggerak utama lakonan tersebut rupanya tidak bersendirian, malah mengajak peserta 'senaman punggung' di hadapan kediaman Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Ambiga Sreevanasan berlakon bersamanya, buat kali kedua.

Pengerusi KEADILAN Selangor, Azmin Ali berkata, penggambaran iklan berkaitan masalah air di Selangor merupakan propaganda Kerajaan Pusat yang diterajui Umno kononnya berlakunya krisis air yang meruncing di negeri tersebut.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata, pembikinan iklan yang didalangi Umno BN itu bertujuan memburuk-burukkan pentadbiran Pakatan Rakyat kononnya gagal mengatasi masalah air.

“Kita telah jelaskan pada rakyat tiada krisis air di Selangor. Apa yang berlaku adalah kita hanya kekurangan air terawat.

“Air terawat ini bukan tanggungjawab kerajaan negeri tetapi di bawah tanggungjawab Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor).

“Jika Syabas gagal menguruskan dengan baik (masalah air), kerajaan negeri mendesak supaya konsesi ini dibatalkan dan pengurusan air dikembalikan kepada kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Malaysiakini melaporkan, satu penggambaran iklan berkaitan masalah air dijalankan secara rahsia di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya.

Produksi pengiklanan dikatakan membayar penduduk setempat RM50.00 seorang untuk melakonkan babak orang ramai sedang beratur untuk mendapatkan bekalan air daripada lori bekalan air milik Syabas.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa berkata, rakyat Selangor sudah matang dan tidak mudah percaya dengan isu yang cuba dimainkan Umno BN.

Katanya, rakyat Selangor juga sudah menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya memerintah jauh lebih baik berbanding BN.

Sementara itu, Exco kerajaan Selangor Xavier Jayakumar berkata penggambaran iklan video untuk menunjukkan krisis air satu kawasan pangsapuri di Petaling Jaya tidak ubah seperti usaha mengada-adakan isu dalam filem popular Wag the Dog.

"Saya fikir ini adalah langkah terdesak oleh sekumpulan individu yang kehilangan kesemuanya dan tiada tahu apa yang hendak dilakukan.

"Mereka malah membuat filem mengenai perkara yang tidak berlaku, seperti dalam filem Wag the Dog," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau merujuk kepada filem terbitan tahun 1997 yang menggambarkan usaha untuk menunjukkan peperangan yang berlaku di Albania untuk mengalih perhatian masyarakat daripada pilihan raya dan skandal seks yang dihadapi presiden Amerika Syarikat.

Xavier berkata, beliau terperanjat dan sedih dengan pembikinan iklan tersebut dan mengesyaki BN bertanggungjawab sepenuhnya dalam kes berkenaan.

Katanya, beliau mengesyaki demikian kerana pengerusi BN negeri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berikrar untuk merampas kembali negeri itu daripada Pakatan Rakyat "walau dengan apa cara sekalipun".

"Sesiapa yang melakukan perkara ini berkemungkinan besar berbuat demikian untuk BN atau NGO pro-BN," katanya.




Posted on Tuesday, September 25 @ 01:01:42 MYT by ahmadi
http://www.selatanonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=1848

Monday, September 24, 2012

Tindakan Tidak Beradab UMNO

Tindakan Tidak Beradab UMNO di Hadapan Masjid
ArtikelBlog yusofwahab.blogspot.com

Tindakan Ketua Menteri Melaka melakukan demontrasi kononya mempertahankan nabi sebenarnya lebih kepada mencari publisiti murahan dan berselindung disebalik semangat sayangkan nabi.

Demontrasi itu lebih dilihat lebih kepada demontrasi anti-DAP untuk memperoleh keuntungan politik.

 

Lebih malang lagi ianya dilakukan diperkarangan masjid negeri.

Pembakaran gambar pemimpin DAP, Ngeh Koo Ham dihadapan pintu masjid menyerlahkan lagi tindakan UMNO yang mempergunakan masjid untuk kepentingan politik mereka.

Perbuatan membakar secara terbuka tersebut juga menunjukkan retorik kerajaan BN Melaka tentang Bandar Teknologi Hijau.


Posted on Monday, September 24 @ 11:00:00 MYT by ahmadi

http://www.selatanonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=1844

Sunday, September 23, 2012

Gempar ! Peneroka Ditipu Lagi

Gempar ! Peneroka Ditipu Lagi
Berita
Oleh Mazlan Aliman

JUMLAH 800 unit saham FGVH yang di tawar dan dipinjam oleh peneroka atas harga RM 4.55 ialah RM 3640. Pembiayaan saham dilakukan oleh 7 buah bank tempatan. 

Saya dedahkan dalam Sidang Media pagi ini, mengapa pinjaman yg dibuat menerusi Maybank RM 5,000, manakala CIMB RM 4,000 dan bukannya RM 3640?

Kemana perginya wang lebihan tersebut?
Sekiranya 80% peneroka membuat pinjaman tersebut, berjuta wang peneroka telah dilesapkan!

Saya memperolehi bukti terbaru ini daripada Penasihat Undang2 ANAK, Hj Haris Abdullah. Itu baru Maybank yg menguruskan pinjaman bagi peneroka felda di Johor dan CIMB buat peneroka di Pahang. 5 lagi bank terlibat di negeri lain tidak diketahui statusnya bagaimana.

ANAK memohon penjelasan segera dari pihak Bank dan FGVH. Jika pihak2 ini gagal membuat penjelasan yg meyakinkan, suatu laporan polis akan dibuat dlm masa terdekat.

Ini suatu PENIPUAN yg melibatkan jumlah wang yg banyak. Kesian sungguh pada para peneroka....
Asyik ditipu dan tertipu sepanjang masa!!!
Posted on Sunday, September 23 @ 08:40:26 MYT by ibn_bacoks


http://www.selatanonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=1833

Saturday, September 22, 2012

Hina Nabi: PAS desak Dun Perlis buat sidang khas


Hina Nabi: PAS desak Dun Perlis buat sidang khas

Bashir Ishak,21 Sep 2012
KANGAR: Ekoran bantahan umat Islam di seluruh dunia ke atas penerbitan filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad saw, PAS Perlis mendesak Dewan Undangan Negeri Perlis untuk mengadakan sidang khas berkaitan isu ini.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir (gambar), sidang khas DUN Perlis ini perlu diadakan untuk mengambil ketetapan mengutuk perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini.

"Kita minta sidang ini diadakan sebagai satu tanda bahawa ini adalah kemuncak kepada kemarahan umat Islam khususnya di negeri Perlis dan sebagai satu tanda kesatuan umat Islam di negeri ini yang menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk penghinaan terhadap Nabi s.a.w mahupun terhadap Islam itu sendiri," jelasnya.

Mohd Anuar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat juga menyarankan kepada PAS supaya mendesak parlimen Malaysia untuk mengadakan sidang bagi tujuan yang sama.

"Dijangkakan parlimen akan bersidang tidak lama lagi, maka perlu juga dibuat satu ketetapan atau usul yang sama di parlimen nanti," katanya.

Bantah


(Umat Islam Perlis berdemo di Masjid Putra bantah filem hina Nabi)

Sementara itu, laungan takbir dan kutukan "Laknat Nakoula", "Laknat Yahudi" bergema di perkarangan Masjid Putra dekat sini sebagai tanda protes umat Islam di negeri Perlis ke atas penghinaan terhadap Nabi Muhammad saw melalui penerbitan filem Innocence of Muslims.

Himpunan aman ini yang diterajui oleh Dewan Ulama PAS Perlis ini  bermula sejurus para jemaah selesai menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut.

Perhimpunan bermula dengan ucapan ringkas oleh Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman sebelum ucapan penuh bersemangat oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir.

Dalam ucapannya, Mohd Anuar mengajak umat Islam di negeri Perlis bersatu hati untuk menentang sebarang penghinaan terhadap Rasul Junjungan yang dimuliakan oleh Allah.

"Banyak bentuk penghinaan terhadap Islam yang sebelum ini kita bersabat. Kita tak buat apa bila orang hina janggut Nabi, kita juga bersabar bila ada orang baling kasut dalam masjid, tapi hari ini marilah kita seluruh umat Islam bangun menentang penghinaan terhadap Nabi s.a.w melalui penerbitan filem ini.

"Kita mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan laknat oleh penulis dan penerbit filem ini, Nakoula Basseley Nakoula," demikian antara kata-kata yang diucapkan beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Perhimpunan ini turut dihadiri Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Rus'sele Eizan, Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ustaz Idris Yaacob serta pimpinan KeADILan negeri Perlis.

Thursday, September 20, 2012

Kunjungan Tamrin Ghafar Dan Kobat Bakal Memanaskan Pekan

Kunjungan Tamrin Ghafar Dan Kobat Bakal Memanaskan Pekan
ArtikelOleh WFAUZDIN NS

PEKAN, Pahang terus menjadi kawasan yang semakin hangat dan menjadi tumpuan Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU ke 13 nanti.  Untuk kali ini, Najib tidak boleh merasa selesa jika masih ingin bertanding di Parlimen Pekan walaupun kita maklum di kawasan tersebut `aset' berharga buat Najib adalah undi tentera (undi pos) dan undi di kalangan Orang Asal ditambah dengan undi kaum Kemboja.


Tamrin Ghafar
Pada 23hb Sept ini jam 09.00 malam, di kawasan Pekan akan dikunjungi oleh bekas tokoh Umno, anak kepada bekas TPM, Almarhum Tun Ghafar Baba.  Tamrin Ghafar yang baru sahaja menyertai PAS akan berceramah di Markas PAS Makasar, Pekan.  Pekan dikatakan kubu kuat Umno di Pahang dan pada PRU ke 12 yang lalu, Najib mendapat majoriti lebih dari 20 ribu.  Justeru itu, memang wajar Tamrin Ghafar berkunjung ke Pekan untuk `mentarbiyyah' orang-orang Pekan.

Wakil dari KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera), saya sendiri, InsyaAllah, akan bersama beliau dan sudah tentunya isu berkaitan hal ehwal tentera dan bekas tentera akan diperkatakan.  Pertamanya, saya akan nyatakan mengapa tentera perlu melakukan perubahan.  Dari pengalaman sewaktu berkhidmat dahulu, kita gagal mendapatkan sokongan warga tentera ini adalah kerana kita tidak serius untuk mendampingi mereka bagi membekalkan maklumat.  Kelemahan lain adalah sikap warga tentera itu sendiri yang tidak peka dan prihatin akan isu-isu semasa yang melibatkan juga kepentingan mereka.

Mewakili KOBAT
Bukan sekadar ceramah, KOBAT juga mempunyai strategi tertentu untuk menyalurkan maklumat kepada warga tentera tanpa memaksa mereka melanggar etika dan peraturan di dalam Angkatan Tentera.  Selaku bekas tentera, saya pastinya memahami sejauh mana dan di tahap mana saya boleh berinteraksi dengan mereka kerana saya tetap menghormati peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk warga tentera.

Sehubungan itu, saya menyeru rakan-rakan di kalangan warga tentera dan bekas tentera termasuk pasukan keselamatan yang lain seperti pesara Polis untuk kita bertemu di Pekan pada tarikh tersebut. /wfauzdin.blogspot.com
Posted on Thursday, September 20 @ 10:30:00 MYT by ahmadi
http://www.selatanonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=1813

Tuesday, September 18, 2012

Dedah konspirasi dalam UIA


'Ops Kantoi 2020' dedah konspirasi dalam UIA

Harakahdaily,18 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Sebelum ini gerakan mahasiswa di peringkat nasional seperti Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Pro-Mahasiswa Nasional dan sebagainya telah mendedahkan dan membongkarkan rahsia di sebalik perancangan konspirasi Ops 2020 yang menunjukkan keterlibatan Umno dalam pilihan raya kampus kali ini.

Rentetan daripada itu, beberapa orang mahasiswa yang bertindak sebagai kumpulan volunteer untuk membuat siri-siri pendedahan konspirasi di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah melancarkan ‘Ops Kantoi 2020’.

Secara umumnya, perancangan ini telah melibatkan pihak tertinggi dalam Umno dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Pejabat Rektor UIA.

Siri-siri pembongkaran ini akan disalurkan dan dimuatkan melalui medium FB Buletin Uiam.

Semenjak kehadiran rektor yang baru, pelbagai sekatan dan kes yang telah berlaku dan ianya sangat tidak disenangi oleh warga UIA bahkan masyarakat di luar.

Tujuan pendedahan ini dibuat bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak tetapi adalah untuk menyelamatkan UIA sebagai institusi ilmu yang menjadi kebanggaan Malaysia serta menjaga imej baik UIA untuk jangka masa panjang.

Sunday, September 16, 2012

Terkini ! AS tahan lelaki disyaki terbit filem hina Nabi

AS tahan lelaki disyaki terbit filem hina Nabi
Posted on Saturday, September 15 @ 00:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh teori

Luar NegaraSumber SH

Nakoula Basseley NakoulaLOS ANGELES - Seorang lelaki yang disyaki menghasilkan filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, sehingga mencetuskan kemarahan dan protes mengorbankan hampir 10 orang setakat ini, ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), semalam.
Lelaki berkenaan, Nakoula Basseley Nakoula, pernah disabitkan kesalahan berhubung kes menipu bank pada 2010, dan diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun dan tidak boleh akses kepada

Lelaki berkenaan, Nakoula Basseley Nakoula, pernah disabitkan kesalahan berhubung kes menipu bank pada 2010, dan diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun dan tidak boleh akses kepada Internet.

Nakoula, 55, dilaporkan telah menafikan terbabit dalam pembikinan filem tersebut, yang dinamakan Innocense of Muslims.

Protes ekoran tayangan filem itu merebak ke banyak negara Timur Tengah dan Mesir. Semalam, protes juga diadakan di Malaysia. Hari ini, protes merebak ke Australia.

Nakoula ditahan sejurus selepas tengah malam tadi.
Wakil media menunggu kemunculan lelaki itu selama 48 jam di hadapan rumahnya di selatan California.
Dia muncul dengan mengenakan skarf, kot dan cermin mata bagi mengelakkan wajahnya dirakam oleh media.
Berdasarkan rekod hartanah, rumah dia ditahan ada miliknya.
Jurucakap Jabatan Sherif Los Angeles, Steve Whitmore mengesahkan bahawa Nakoula dibawa ke stesen sherif Cerritos untuk disoal siasat oleh pegawai-pegawai pemantauan persekutuan bagi menentukan sama ada dia telah melanggar syarat hukuman dipantau selama lima tahun yang dikenakan.
Whitmore menambah, Nakoula telah bersetuju untuk ditemu siasat oleh pihak berkuasa sebelum tiba di rumahnya.
Oleh itu katanya, keputusan dibuat Nakoula adalah secara sukarela.
"Lelaki itu memberi kerjasama," katanya lagi.
Nakoula ada memberitahu Associated Press bahawa dia bukan pengarah filem itu tetapi hanya pengurus logistik.
Pengarah filem itu dikatakan menggunakan nama Sam Bassiel.
Laporan terdahulu menunjukkan Nakoula menggunakan sekurang-kurangnya lapan nama yang lain
Nakoula Basseley Nakoula
AS tahan lelaki disyaki terbit filem hina Nabi

Saturday, September 15, 2012

Pemimpin korporat Umno Sabah sertai pembangkang



5:55PM Sep 15 2012 
Tokoh korporat Umno Sabah Ibrahim Menudin hari ini mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti Melayu itu, sekali gus menyatakan sokongannya terhadap pembangkang.

Mengumumkannya dalam acara bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Labuan, beliau berikrar memberikan kesetiaan kepada PKR.

Ibrahim MenudinPerkara itu disahkan Naib Presiden PKR Tian Chua di akaun Twitter miliknya hari ini.

Ibrahim - antara pemimpin perintis yang membawa masuk Umno ke Sabah - berkata, beliau meletakkan jawatan ekoran wabak rasuah dalam parti.

Ibrahim (lihat gambar) bertugas sebagai pengerusi di Suria Capital Holdings Berhad - pemilik penuh Sabah Ports Sdn Bhd - yang menguruskan kesemua lapan pelabuhan di Sabah.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai bendahari Umno Sabah.

Muhyiddin tak perlu tipu rakyat Kelantan


KUALA LUMPUR:
 Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Kelantan sudah maju jika di bawah BN, dilihat cuba menipu rakyat negeri itu.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Muhyiddin tidak perlu mengungkap penipuan seperti itu kepada rakyat Kelantan semata-mata mahu mendapat sokongan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Menurutnya, rakyat Kelantan tidak mudah ditipu dengan cakap-cakap politik seperti itu kerana sudah tahu realiti sebenar yang berlaku.

"Sebelum dia sebut nak majukan Kelantan dia kena buktikan dulu BN sudah majukan negeri lain.

"Rakyat Kelantan nak tanya dia, apa sudah jadi di Sabah dan Sarawak. Negeri paling banyak hasil tapi rakyat paling miskin," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau ditemui pada Majlis Jamuan Santai Tertutup sempena Aidilfitri anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia di Dewan Datuk Fadzil Noor di KUIZM malam tadi.

Muhyiddin ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Bharu semalam mendakwa, Kelantan sepatutnya sudah menjadi sebuah negeri maju jika ia bersama Barisan Nasional (BN) sejak lebih 22 tahun lalu.

Beliau juga menyatakan bahawa BN mahu memberi ruang yang cukup untuk Kelantan berjaya, jika diperintah BN kelak.

Mengulas lanjut, Nik Mohamad Abduh yang juga anak kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, jika BN ikhlas mahu memajukan Kelantan, mereka tidak perlu tunggu memerintah negeri itu kerana kerajaan pusat mempunyai ruang yang besar untuk membantu pembangunan Kelantan jika mahu.

Malangnya, dalam banyak isu, Kelantan sering dinafikan hak mendapat bantuan pusat hanya kerana kerajaan negeri dari parti politik yang berbeza.

Beliau memberi contoh pemberian bayaran royalti terhadap Kelantan yang sehingga kini dinafikan pusat.

Contoh lain termasuk juga isu pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai yang ditarik balik walaupun sudah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 sehingga kerajaan negeri terpaksa mengusahakan untuk membinanya sendiri.

"Kalau dia kata BN mahu kayakan pemimpin Umno dan kroni, itu kita percaya.

"Tapi kalau nak jadikan rakyat Kelantan harmoni dengan kekayaan yang nak dibawa, itu tak perlu sebut di Kelantan," katanya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/13155-muhyiddin-tak-perlu-tipu-rakyat-kelantan

Menteri Dalam Negeri : Tiada jaminan keselamatan pada program pembangkang


Tiada jaminan keselamatan pada program pembangkang
  • Ahmad Fadli KC
  • 5:44PM Sep 14 2012
 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.
NONE"Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri," katanya kepada Malaysiakiniketika ditanya sama ada kerajaan boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang.

"Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak.

"Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan."

Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini.

Sebelum ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada minggu lalu

'Kena tanya orang Johor sendiri'
Beliau bagaimanapun enggan mengulas langsung berhubung kejadian di Tangkak itu.

"Itu kena tanya orang Johor sendiri," kata anggota Parlimen Sembrong itu.
NONETerdahulu pada sidang medianya Hishammuddin menegaskan beliau telah lama menolak sebarang bentuk politik ganas.

"Saya telah membuat kenyataan tegas tentang politik ganas merentasi semua pihak. Kita tolak (keganasan politik)," katanya.

Menurutnya, politik yang menyemai kebencian dan perpecahan perlu ditolak dengan tindakan yang jelas dari semua pihak.

"Politik kebencian, politik perpecahan, politik menghasut, politik pecah-belah, ini bukan sahaja memerlukan kenyataan, tetapi lebih penting lagi ialah tindakan," katanya.

Friday, September 14, 2012

Bas PKR disimbah cat lagi di luar masjid


Bas PKR disimbah cat lagi di luar masjid
  • Kuek Ser Kuang Keng
  • 2:19PM Sep 14 2012
 
Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ketua Umum PKR Datuk Anwar Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengahari ini.

Menurut Pengerusi PKR Negeri Datuk Chua Jui Meng, bas tersebut diserang di luar sebuah masjid di Tangkak, Johor.


Thursday, September 13, 2012

500 Ribu Pengundi Baru Di Selangor


500 Ribu Pengundi Baru Di Selangor

Posted on the September 13th, 2012 under Politik by admin
Penambahan pengundi di Selangor yang cukup tinggi. Mengikut angka terkini hampir 500,000 (lima ratus ribu) pengundi baru berada dalam daftar Suruhanjaya Pilhanraya Malaysia (SPR) dalam tempuh masa empat tahun. Siapa yang melakukaan?. Mungkin manusia yang berwajahkan syaitan melakukan. Betul dan tepat Tun Mahathir bersabda “parti UMNO/BN parti syaitan yang dikenali”.
Tepat keputusan yang dibuat oleh menteri besar Selangor Tan Sri Khalid dan saf pemimpinan Pakatan Rakyat tidak ikut serta dalam membubarkan dewan undangan negeri bagi mengadakan pilihanraya serentak dengan pusat. Salah satu alasan ialah SPR gagal membersihkan daftar pengundi Negeri Selangor dan Jabatan Pendaftaran Negara dengan mudah memberi kad pengenalan biru kepada bangsa asing .
SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia adalah ajen utama dalam perubahan dan penambahan pengundi baru disetiap negeri dan daerah. Inilah kerja jahat dan kerja samseng berwatakkan syaitan yang dikenali didsokong dan disokong sepenuhnya dari kalangan pemimpin UMNO/BN bermula dari perdana menteri dan JKKK.
Dari maklumat yang boleh terimapaka, UMNO dan pemimpin UMNOyang beribu pejabat di Kuala Lumpur mengadakan satu badan khas pemindahan dan pendaftaran baru pengundi serta pengundi luar bagi negeri negeri Pkatan rakyat. Sasarn utama ialag Negeri Selangor dan Negeri Pulau Pinang.
Modas operandi dan taktik yang diguna pakai ialah cara dan bentuk serat strategi penambahan pengundi naru dan pemindahan pengundi dari satu lokaliti dengan kerjasama SPR dan Jabatan Pendaftran Negara. Teknik tersebut digunapakai diTerengganu semasa Terengganu diperintah oleh PAS.
Mengikut maklumat dewan parlimen akan dibubarkan dalam tempuh yang terdekat (selepas bajet 2013 dibentang di Parlimen). Jika andaian ni betul pilihanraya umum diadakan bulan November 2012. Tarikh pilihanraya umum hak peribadi Najib Razak .
Pokok utama ialah SPR gagal berfungsi dengan adil. Bagaimana penambahan pengundi yang mendadak terutama di Selangor?… Ini kerja siapa dan siapa yang mengarahkan?. Mungkin pemimpin UMNO dan SPR mendapat mandat dan bisikkan syaitan yang berwajahkan manusia seperti Tun Mahathir dan orang yang sama damn sejiwa dengannya.
Dari cakap politik dan soseh soseh dikalangan kumpulan UMNO, PRU13 adalah pilihanraya umum yang paling sukar dalam sejarah Malaysia dan UMNO umumnya. Maka bentuk pilihanraya bakal paling jahat dan paling kotor serta UMNO menggunakkan SPR danJabatan Pendaftran Negara sebagai kuda dan lembu UMNO. Bagi memastika UMN/BN dapat berkuasa.
TKO

Wednesday, September 12, 2012

Bukti baru keluarga Shahrizat terlibat pemindahan wang haram


PKR dedah bukti baru keluarga Shahrizat terlibat pemindahan wang haram

Oleh Md Izwan
PETALING JAYA, Sept 11 — Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendedahkan bukti terbaru pemindahan wang haram melibatkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil kepada Global Biofuture Pte Ltd yang didakwa mengendalikan urusan pembelian dan jualan pukal (trading) lembu.
Dalam sidang media di ibu pejabat PKR, Rafizi mengemukakan satu transaksi Global Biofuture —  sebuah syarikat broker berpusat di Singapura yang dikawal oleh keluarga Shahrizat —  yang disyaki melakukan pemindahan wang bertentangan dengan fungsi dan tujuan Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Menerusi bukti dokumen e-mel, cek dan invois yang didedahkan, Rafizi mendakwa wang NFC telah dipindahkan secara haram kepada Global Biofuture melalui National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC), yang mana ia diluluskan oleh anak Shahrizat, Wan Shahinur Izran Mohamed Salleh selaku ketua pegawai eksekutif.
Rafizi juga mempersoalkan tujuan pemindahan wang berjumlah US$990,402 (RM3,065,000) kepada Global Biofuture, yang didakwanya langsung tiada kena mengena dengan NMLC atau NFC.
Bagi mengesahkan lagi dakwaan tersebut, Rafizi mengemukakan satu invois bernombor V14/10 dari South East Asian Livestock Services Pty Ltd (SEALS), yang berpusat di Darwin, kepada Global Biofuture bagi menguatkan buktinya berlaku pemindahan tersebut.
Berdasarkan bukti-bukti tersebut, Rafizi menggesa Bank Negara dan pihak berkuasa mengambil tindakan dan menyiasat keluarga Shahrizat atas kemungkinan melanggar Akta Anti Pengubahan Wang Haram (AMLA).
“Yang membayar invoisnya adalah NMLC tetapi bukannya Global Biofuture. Perkara ini terang-terang menyalahi undang-undang kerana ini bermakna NMLC sebenarnya telah membayar invois satu syarikat lain dan pengarahnya perlu didakwa kerana membuat pembayaran secara tidak sah walaupun syarikat itu dimiliki oleh orang yang sama.
“Perkara ini jelas menunjukkan ia telah melanggar Akta Syarikat dan berlakunya pemindahan secara tidak sah, ini bermakna ia melanggar AMLA,” kata Rafizi.
Ekoran urusniaga yang meragukan ini berlaku, Rafizi meminta penjelasan samaada keluarga Shahrizat mengaut untung dua kali dalam pembelian lembu-lembu dari luar negara yang dibekalkan kepada NFC, apakah Global Biofuture mengaut untung atas angin dengan mengenakan margin apabila ia menjual pula lembu-lembu kepada NFC dan mengapakah NFC tidak boleh membeli terus lembu-lembu tersebut dari pembekal tanpa melalui orang tengah yang kebetulannya pula dimiliki keluarga Shahrizat.
Walaupun tidak memiliki bukti untuk menunjukkan hubungan NFC dengan Global Biofuture secara langsung, Rafizi tetap mencabar NFC untuk menafikan dakwaannya memandangkan banyak keraguan di dalam transaksi yang berlaku melibatkan MNLC.
Berdasarkan bukti-bukti tersebut, Rafizi menggesa Bank Negara dan pihak berkuasa mengambil tindakan dan menyiasat keluarga Shahrizat atas kemungkinan melanggar Akta Anti Pengubahan Wang Haram (AMLA).
Pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga suami kepada Shahrizat menghadapi dua dakwaan kes pecah amanah dan dua kes melanggar Akta Syarikat membabitkan wang melebihi RM49 juta hari ini.
Dua pertuduhan pertama itu adalah atas kesalahan menggunakan RM9,758,140 dana National Feedlot Corporation (NFC) untuk membeli dua unit kondominium di Komplek One Menerung, di Bangsar, pada 2 dan 4 Disember, 2009.
Kesalahan berikutnya pula membabitkan pemindahan RM40 juta dana NFC kepada National Meat ands Livestock Corporation dari 5 Mei hingga 16 Nov 2009.
Dalam kedua-dua kes, Mohamad Salleh yang merupakan pengerusi eksekutif NFC didakwa menggunakan dana tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC.
Perkara ini menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat 1965.