Cuba Banding

Wednesday, September 26, 2012

KANTOI! Pelakon Drama 'Krisis Air Selangor' Akhirnya Terbongkar!

 KANTOI! Pelakon Drama 'Krisis Air Selangor' Akhirnya Terbongkar!
ArtikelBlog jalanpulang1978.blogspot.com

Tindakan pemilik iPad 1Malaysia yang juga Ketua Pemuda Umno Selayang, Sohaimi Shahdan yang dikenal pasti sebagai antara pelakon utama iklan berkenaan 'krisis air Selangor' menggambarkan betapa terdesaknya Umno memperalatkan ahlinya tanpa memikirkan kesan buruk akibat penipuan terang-terangan yang bakal mengundang padah tak terduga.


Jamal yang didakwa antara penggerak utama lakonan tersebut rupanya tidak bersendirian, malah mengajak peserta 'senaman punggung' di hadapan kediaman Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Ambiga Sreevanasan berlakon bersamanya, buat kali kedua.

Pengerusi KEADILAN Selangor, Azmin Ali berkata, penggambaran iklan berkaitan masalah air di Selangor merupakan propaganda Kerajaan Pusat yang diterajui Umno kononnya berlakunya krisis air yang meruncing di negeri tersebut.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata, pembikinan iklan yang didalangi Umno BN itu bertujuan memburuk-burukkan pentadbiran Pakatan Rakyat kononnya gagal mengatasi masalah air.

“Kita telah jelaskan pada rakyat tiada krisis air di Selangor. Apa yang berlaku adalah kita hanya kekurangan air terawat.

“Air terawat ini bukan tanggungjawab kerajaan negeri tetapi di bawah tanggungjawab Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor).

“Jika Syabas gagal menguruskan dengan baik (masalah air), kerajaan negeri mendesak supaya konsesi ini dibatalkan dan pengurusan air dikembalikan kepada kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Malaysiakini melaporkan, satu penggambaran iklan berkaitan masalah air dijalankan secara rahsia di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya.

Produksi pengiklanan dikatakan membayar penduduk setempat RM50.00 seorang untuk melakonkan babak orang ramai sedang beratur untuk mendapatkan bekalan air daripada lori bekalan air milik Syabas.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa berkata, rakyat Selangor sudah matang dan tidak mudah percaya dengan isu yang cuba dimainkan Umno BN.

Katanya, rakyat Selangor juga sudah menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya memerintah jauh lebih baik berbanding BN.

Sementara itu, Exco kerajaan Selangor Xavier Jayakumar berkata penggambaran iklan video untuk menunjukkan krisis air satu kawasan pangsapuri di Petaling Jaya tidak ubah seperti usaha mengada-adakan isu dalam filem popular Wag the Dog.

"Saya fikir ini adalah langkah terdesak oleh sekumpulan individu yang kehilangan kesemuanya dan tiada tahu apa yang hendak dilakukan.

"Mereka malah membuat filem mengenai perkara yang tidak berlaku, seperti dalam filem Wag the Dog," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau merujuk kepada filem terbitan tahun 1997 yang menggambarkan usaha untuk menunjukkan peperangan yang berlaku di Albania untuk mengalih perhatian masyarakat daripada pilihan raya dan skandal seks yang dihadapi presiden Amerika Syarikat.

Xavier berkata, beliau terperanjat dan sedih dengan pembikinan iklan tersebut dan mengesyaki BN bertanggungjawab sepenuhnya dalam kes berkenaan.

Katanya, beliau mengesyaki demikian kerana pengerusi BN negeri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berikrar untuk merampas kembali negeri itu daripada Pakatan Rakyat "walau dengan apa cara sekalipun".

"Sesiapa yang melakukan perkara ini berkemungkinan besar berbuat demikian untuk BN atau NGO pro-BN," katanya.




Posted on Tuesday, September 25 @ 01:01:42 MYT by ahmadi
http://www.selatanonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=1848

No comments: