Oleh Mazlan Aliman
JUMLAH 800 unit saham FGVH yang di tawar dan dipinjam oleh peneroka atas harga RM 4.55 ialah RM 3640. Pembiayaan saham dilakukan oleh 7 buah bank tempatan.
Saya dedahkan dalam Sidang Media pagi ini, mengapa pinjaman yg dibuat menerusi Maybank RM 5,000, manakala CIMB RM 4,000 dan bukannya RM 3640?
Kemana perginya wang lebihan tersebut?
Sekiranya 80% peneroka membuat pinjaman tersebut, berjuta wang peneroka telah dilesapkan!
Saya memperolehi bukti terbaru ini daripada Penasihat Undang2 ANAK, Hj Haris Abdullah. Itu baru Maybank yg menguruskan pinjaman bagi peneroka felda di Johor dan CIMB buat peneroka di Pahang. 5 lagi bank terlibat di negeri lain tidak diketahui statusnya bagaimana.
ANAK memohon penjelasan segera dari pihak Bank dan FGVH. Jika pihak2 ini gagal membuat penjelasan yg meyakinkan, suatu laporan polis akan dibuat dlm masa terdekat.
Ini suatu PENIPUAN yg melibatkan jumlah wang yg banyak. Kesian sungguh pada para peneroka....
Asyik ditipu dan tertipu sepanjang masa!!!
No comments:
Post a Comment