Menjelang PRU, PM timbang reformasi ISA
Beberapa pindaan dijangka dibuat oleh Perdana Menteri berhubung undang-undang keselamatan negara bagi menjamin kebebasan bersuara yang lebih luas.
Ia juga sekali gus bagi mempercepatkan reformasi bagi mendekatkan dirinya dengan pengundi menjelang pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.
Sehubungan itu, Datuk Seri Najib Razak dikatakan sedang mengkaji pindaan bagi membataskan kuasa menteri dalam negeri dan mengurangkan tempoh penahanan awal di bawah akta ISA, lapor Reutershari ini dengan memetik sumber.
Tambah sumber itu lagi, perdana menteri dijangka membuat pengumuman berhubung pembaharuan itu pada Khamis nanti.

"Langkah itu bagi mencari keseimbangan di antara kebebasan sivil dan keselamatan negara yang menjadi ikrar kerajaan.
"Yang penting, kita lakukan ini sebelum pilihan raya umum akan datang," kata sumber yang tidak mahu identitinya didedahkan.
Pegawai daripada Pejabat Perdana Menteri pula enggan mengulas berhubung perkara itu.

http://www.malaysiakini
Mohon Penjelasan Tun Dr Mahathir |
|
No comments:
Post a Comment