PAS: 'Dr M masuk gelanggang tekan Najib'
PAS mendakwa cadangan Dr Mahathir Mohamad supaya pilihan raya umum dilewatkan, sebenarnya memberikan mesej khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Ini memberi mesej dia (Najib) tidak lagi boleh memberikan kemenangan kepada BN (jika pilihan raya dilangsungkan segera)," kata naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
Mahfuz (kiri) mendakwa, bukan sahaja Dr Mahathir, malah dalaman Umno juga kini melihat Najib sebagai beban.
Keadaan ini, tambah Mahfuz, sama dengan keadaan ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila Dr Mahathir didakwa terlibat memberikan tekanan.
"Cuma pentadbirannya berbeza," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara.
"Dia (Dr Mahathir) cuba mengambil masa supaya Najib berundur sebelum pilihan raya. Dia jadi mastermind."
"Ini memberi mesej dia (Najib) tidak lagi boleh memberikan kemenangan kepada BN (jika pilihan raya dilangsungkan segera)," kata naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
Mahfuz (kiri) mendakwa, bukan sahaja Dr Mahathir, malah dalaman Umno juga kini melihat Najib sebagai beban.
Keadaan ini, tambah Mahfuz, sama dengan keadaan ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila Dr Mahathir didakwa terlibat memberikan tekanan.
"Cuma pentadbirannya berbeza," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara.
"Dia (Dr Mahathir) cuba mengambil masa supaya Najib berundur sebelum pilihan raya. Dia jadi mastermind."
10,000 pengundi kes 'MyKad palsu' dikeluarkan - PAS
Pemuda PAS mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh dua bulan telah mengeluarkan nama lebih 10,000 pengundi yang dikaitkan dengan kes kad pengenalan palsu.
Pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi dewan itu Suhaizan Kaiat berkata, perkara itu dikesan setelah pihaknya rancak mengenalpasti keraguan dalam daftar pemilih.
"Bukan mudah untuk sesuatu jabatan kerajaan menjejaki lebih 10,000 kes kad pengenalan palsu dalam waktu dua bulan.
"Persoalannya apakah JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) sememangnya sudah memiliki senarai kad pengenalan palsu yang akan dimasukkan dalam daftar pemilih SPR untuk tujuan manipulasi pilihan raya?" soalnya.
Pada sidang media di pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Suhaizan turut mengedarkan senarai sepuluh nama bagi membuktikan dakwannya.
Ia melibatkan kes di Selangor, Perak dan Johor yang telah didedahkan sebelum ini.
Pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi dewan itu Suhaizan Kaiat berkata, perkara itu dikesan setelah pihaknya rancak mengenalpasti keraguan dalam daftar pemilih.
"Bukan mudah untuk sesuatu jabatan kerajaan menjejaki lebih 10,000 kes kad pengenalan palsu dalam waktu dua bulan.
"Persoalannya apakah JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) sememangnya sudah memiliki senarai kad pengenalan palsu yang akan dimasukkan dalam daftar pemilih SPR untuk tujuan manipulasi pilihan raya?" soalnya.
Pada sidang media di pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Suhaizan turut mengedarkan senarai sepuluh nama bagi membuktikan dakwannya.
Ia melibatkan kes di Selangor, Perak dan Johor yang telah didedahkan sebelum ini.
http://www.malaysiakini
Bukit Kepong: Mat Sabu fail saman hari ini, Ezam gesa diusir Negara
September 14, 2011
KUALA LUMPUR, 14 Sept — Senator Ezam Mohd Nor menyertai pemimpin-pemimpin Umno menggesa agar Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dikenakan tindakan tegas - kali ini digesa agar diusir keluar dan dilucutkan kerakyatan ekoran kenyataan berkenaan tragedi Bukit Kepong bulan lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad yang turut dikenali sebagai Mat Sabu (gambar) akan memfailkan kes saman ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan Mohamad akan memfailkan kes saman beliau.
Sebelum ini kerajaan berkata Mohamad tidak boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebab tindakannya tidak mengancam keselamatan negara.
“Saya dimaklumkan beliau (Mohamad) akan memfailkan kes hari ini, setakat ini satu pihak sahaja... Utusan, beliau akan mengadakan sidang media selepas itu,” kata beliau lagi.
Penghujung minggu lalu, Mohamad berkata akan memfailkan saman ke atas Utusan Malaysia berhubung satu berita berkenaan ceramahnya yang menyentuh tragedi Bukit Kepong bulan lalu.
Tempoh 24 jam yang diberikan oleh Mohamad kepada akhbar milik Umno itu agar memohon maaf berakhir Jumaat lalu.
“Masanya dah tiba saya saman Utusan Malaysia sampai bankrap sesuai dengan fitnah yang sengaja diatur untuk menjatuhkan maruah saya sekali gus bertujuan melumpuhkan pengaruh PAS bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus kekal,” kata beliau Sabtu lalu.
Katanya, masa telah diberikan kepada Utusan Malaysia selama 24 jam untuk menarik balik siaran muka depan ‘Mat Sabu hina pejuang’ sudah berakhir dan saman akan bermula 12 September.
Serangan bertubi-tubi ke atas Mohamad masuk minggu ketiga sekarang.
Dalam kenyataannya, Ezam, bekas ketua sayap muda PKR mendakwa tiada tempat bagi orang yang menghina pengasas negara di mana-mana negara bertamadun.
“(Mohamad) Mat Sabu jelas melanggar garisan bagi seorang rakyat yang beradab dan bertamadun apabila menghina (Bapa Kemerdekaan) Tunku Abdul Rahman... tidak ada negara bertamadun akan kompromi dengan kebiadapan dan sifat tidak bertamadun ini.
“Rakyat Malaysia mesti diajar hidup secara bermaruah dan bertamadun. Justeru Mat Sabu mesti dihukum dan diusir keluar dari negara ini. Banyak negara komunis lain boleh jadi pilihannya,” katanya lagi.
Ahad lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan terhadap Mohamad berhubung kenyataannya mendakwa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh anggota polis dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950 sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara.
Beliau berkata kes Mohamad banyak berkisar kepada undang-undang dan oleh itu hanya Peguam Negara yang dapat menentukan bentuk tindakan terhadap beliau.
Hishammuddin bagaimanapun berkata kenyataan Mohamad tidak mengancam keselamatan negara dan oleh itu bukan satu opsyen untuk menyiasat beliau di bawah ISA.
http://www.themalaysianinsider
Apabila Mat Sabu "dikepong" oleh pengkritik
Kupasan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, terhadap peristiwa Bukit Kepong dalam sejarah silam negara kita telah, seperti kita sedia maklum, mendapat perhatian, malah kritikan serta cemuhan dari pelbagai kelompok pengkritiknya. Mengikut pensejarahan rasmi, "Peristiwa Bukit Kepong" ini merujuk kepada pertempuran berdarah pada 23 Februari 1950 di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong, Muar antara pihak polis dan anggota Parti Komunis Malaya yang diketuai oleh Muhammad Indera, atau lebih terkenal sebagai "Mat Indera". Tetapi bagi Mat Sabu, Mat Indera inilah merupakan salah seorang "pejuang kebebasan" tanah air yang melawan pihak penjajah British. Turut penting akibat dari insiden ini ialah kenyataan yang dianggap kontroversi ini telah mencetuskan kesedaran umum bahawa sejarah tanah air memerlukan "bacaan semula" dan kajian mendalam lagi kritis oleh para sejarawan dan juga rakyat yang prihatin terhadap kesahihan "fakta" sejarah yang selama ini didedahkan kepada orang ramai, khususnya kepada anak-anak muda di bangku sekolah dan universiti. Keperluan untuk melihat semula sejarah negara menjadi mendadak lebih-lebih lagi apabila Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Dr.Zainal Kling, mendakwa bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British tetapi sekadar berperanan untuk "melindungi" (dasar protectorate) kawasan di bawah "naungan" British. Seperti yang disangkakan, pernyataan akhbar profesor ini sudah tentunya mendatangkan keluh kesah dalam kalangan rakyat kerana ini menafikan perjuangan rakyat yang menuntut kemerdekaan tanah air pada masa yang lalu. Lagipun, kerakusan pihak British - yang disifatkan "pelindung" itu - dalam usahanya untuk mengeksploitasi kekayaan sumber asli di Tanah Melayu dan juga tindakan menentukan hal ehwal dalam tanah air ini, selain daripada perkara yang menyentuh agama dan adat istiadat orang Melayu, berada dalam genggamannya tentunya membayangkan tindak tanduk suatu kuasa kolonial atau penjajah. Keadaan ini sudah tentunya bercanggahan dengan konsep negara bebas dan tidak dijajah yang sepatutnya mempunyai keupayaan dan kuasanya sendiri untuk menentukan hala tuju masyarakatnya serta perancangan dan persiapan dari segi sosio-ekonomi dan juga hak politik rakyat jelatanya. Seperkara lagi, sepertimana yang dihujahkan oleh seorang pengkaji sosiologi Australia, dakwaan Zainal Kling ini juga mempunyai kesan untuk memajukan idea bahawa "kedaulatan Melayu" di semenanjung ini tidak terjejas kerana kesinambungan pemerintahan raja Melayu terpelihara melalui "perlindungan" British. Perspektif ini juga boleh mencetuskan respons dari pelbagai pihak dalam masyarakat kita. Dalam konteks ini, istilah "pelindungan" atau protectorate yang digunakan khususnya oleh pihak British boleh dilihat sebagai satu eufemisme (euphemism) bagi melindungi agenda atau tujuan asas dan tersirat pemerintah British di semenanjung Melayu ketika itu, iaitu menjajah dan meraih keuntungan ekonomi dan politik pada masa yang sama. Istilah tertentu yang digunakan boleh mewarnai tanggapan kita tentang sesuatu perkara yang berlaku dalam masyarakat kita di masakini dan masa yang lampau. Itulah sebabnya ada pengkaji sejarah dan politik dalam negara ini yang berhujah bahawa kita jangan terikut-ikut dengan, atau telan bulat-bulat, istilah, malah perspektif, yang dimajukan oleh si penjajah dan sekutunya. Dengan kata lain, isu sejarah ini mencadangkan bahawa satu pengkajian atau scholarship yang lebih kritis, mendalam lagi bebas amat diperlukan bagi menentukan kualiti keilmuan yang lebih mantap dan disegani. Pensejarahan rasmi negara kita, khususnya mengenai detik segolongan rakyat berjuang untuk mencapai kemerdekaan bagi tanah air yang dikatakan dijajah oleh British itu, sudah semestinya mendapat perhatian sebilangan pengkaji dan ahli politik yang berhujah bahawa terdapat tokoh-tokoh pejuang kebebasan (selain daripada orang UMNO) yang tidak diambil kira perjuangan mereka. Dengan kata lain, jika peminggiran tokoh ini dilakukan, ia bukan sahaja merupakan satu usaha untuk menyanjung satu pihak saja dalam perihal tindakan memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara malah ini telah mengherotkan naratif sejarah tanah air yang sudah tentunya mencairkan kesahihan pensejarahan negara rasmi. Tidak kurang seriusnya ialah, pensejarahan masyarakat yang menyeluruh lagi inklusif juga berkaitan rapat dengan usaha untuk mencapai satu identiti politik dan budaya kolektif di mana kelompok-kelompok rakyat dalam masyarakat merasakan "keahlian" dirinya (sense of belonging) terhadap negara yang akhirnya dinamakan Malaysia. Itulah sebabnya usaha, peranan dan perjuangan gigih tokoh-tokoh politik, misalnya, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakub dan Dr.Burhanuddin Al-Helmy dan juga pertubuhan politik seperti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malayu (PKMM) dan Angkatan Pemuda Insaf (API), antara lain, memerlukan pertimbangan serta pengiktirafan sewajar daripada sejarawan dan ahli politik semasa. Pendek kata, ini adalah satu usaha mulia untuk mencari dan mendekati kebenaran sejarah sebaik mungkin. Sesungguhnya, persengketaan mengenai penulisan sejarah bukanlah perkara yang baru dalam sejarah dunia. Pernah kita diberitahu bahawa sejarah sesebuah negara atau masyarakat selalunya ditulis oleh pihak yang menang (dalam percakaran politik atau pepeperangan), dan oleh itu memungkinkan pensejarahan yang kurang adil dan benar. Misalnya, Jepun tidak lama dahulu terjerumus dalam kontroversi untuk "membersihkan" dirinya dalam hubungannya dengan negara China. Pada bulan Mac 2007, perdana menteri Jepun, Shinzo Abe, cuba menafikan bahawa militer Jepun memaksa wanita China mengalami keabdian seks dalam Perang Dunia Kedua. Dalam hal ini, kita juga harus ingat bahawa sesuatu perspektif sejarah itu bukan sahaja "hidup" dan berkembang semata-mata melalui buku sejarah untuk, misalnya, pelajar sekolah. Wacana sejarah sedemikian rupa berlaku melalui perbincangan dalam akhbar arus perdana, novel, drama dan filem seperti "Bukit Kepong" (yang diterbitkan oleh Jins Shamsudin pada tahun 1981). Kontroversi yang berkisar pada apa yang dilafazkan oleh Mat Sabu (gambar atas) diharap tidak dilihat semata-mata sebagai sesuatu yang negatif. Ini seharusnya mencetuskan perbincangan yang serius dan bertamaddun dalam kalangan pihak yang berkenaan dan prihatin. Kerana hanya melalui wacana yang bebas dan bertamaddun boleh kita mendabik dada untuk mengatakan bahawa Malaysia sudah mulai matang dari segi intelek dan politiknya. |
No comments:
Post a Comment