K'jaan jamin tiada cukai 6% tanpa kelulusan kabinet
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memberi jaminan caj cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna perkhidmatan mudah alih prabayar tidak akan dilaksana selagi belum ada keputusan kerajaan.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata syarikat telekomunikasi (telco) perlu berbincang dan mendapat persetujuan kerajaan terlebih dahulu sebelum melaksanakan tindakan tersebut.
"Kementerian memberi jaminan bahawa tiada kenaikan akan berlaku pada masa terdekat ini, dan sebarang kenaikan hanya boleh dilakukan selepas mendapat persetujuan dari kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia," katanya pada sidang media, di Petaling Jaya, malam tadi.
D'Cruz yang ditemui selepas majlis Malam Kebudayaan Onam 2011, diminta mengulas mengenai keputusan telco pada 8 Sept lepas untuk mengenakan caj tersebut bagi produk tambah nilai dan pek permulaan bermula Khamis ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan juga tidak terbabit langsung dengan keputusan telco tersebut.
D'Cruz turut menegaskan tindakan telco yang mengeluarkan notis singkat berhubung isu yang boleh membebankan pengguna sebagai tidak wajar.
Terdahulu pada majlis anjuran Persatuan Malayalee Selangor dan Wilayah Persekutuan itu, D'Cruz menyampaikan anugerah kepada enam individu atas sumbangan mereka terhadap komuniti Malayalee antaranya Rajan Nair, Datuk Dr Nirmala Menon, AC Pereira dan Prof Dr Aruna Gopinath.
- Bernama
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata syarikat telekomunikasi (telco) perlu berbincang dan mendapat persetujuan kerajaan terlebih dahulu sebelum melaksanakan tindakan tersebut.
"Kementerian memberi jaminan bahawa tiada kenaikan akan berlaku pada masa terdekat ini, dan sebarang kenaikan hanya boleh dilakukan selepas mendapat persetujuan dari kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia," katanya pada sidang media, di Petaling Jaya, malam tadi.
D'Cruz yang ditemui selepas majlis Malam Kebudayaan Onam 2011, diminta mengulas mengenai keputusan telco pada 8 Sept lepas untuk mengenakan caj tersebut bagi produk tambah nilai dan pek permulaan bermula Khamis ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan juga tidak terbabit langsung dengan keputusan telco tersebut.
D'Cruz turut menegaskan tindakan telco yang mengeluarkan notis singkat berhubung isu yang boleh membebankan pengguna sebagai tidak wajar.
Terdahulu pada majlis anjuran Persatuan Malayalee Selangor dan Wilayah Persekutuan itu, D'Cruz menyampaikan anugerah kepada enam individu atas sumbangan mereka terhadap komuniti Malayalee antaranya Rajan Nair, Datuk Dr Nirmala Menon, AC Pereira dan Prof Dr Aruna Gopinath.
- Bernama
http://www.malaysiakini
Gosip Terhangat : Kedudukan Najib sebagai PM 1Malaysia dalam bahaya. Mengapa?? |
|
Populariti Najib jatuh merundum: Giliran Muhyiddin Pula ! |
Posted on Sunday, September 11 @ 18:00:00 PDT by paktam Oleh Wong Choon Mei Keadaan baru-baru ini nampaknya tidak memihak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dalam komen mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, beliau jelas menunjukkan dia telah menjauhkan dirinya daripada anak didiknya. Beliau bersetuju dengan penemuan kaji selidik baru-baru ini yang menunjukkan kedudukan populariti Najib menjunam 6 mata peratusan kepada 59% daripada 65% sejak tiga bulan yang lalu pada bulan Mei. Reaksi Mahathir, walaupun kurang menyenangkan, adalah penting memandangkan ramai ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin BN mempertikaikan atau menolak tinjauan pendapat oleh Merdeka Centre ini. Walaupun berusia 85 tahun, Mahathir masih merupakan broker kuasa yang masih bersuara dalam UMNO, parti politik terbesar yang telah memerintah secara autoritarian di Malaysia sejak 5 dekad yang lalu. Tetapi Mahathir masih lagi berhati-hati dalam memberi komen. Dia lebih menyalahkan kejatuhan populariti Najib yang berusia 58 tahun itu atas kesilapannya menangani perhimpunan Bersih 9 Julai yang lalu. Dalam keadaan terdesak untuk menghentikan demonstrasi itu, Najib telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri untuk memghalang gerakan untuk pilihanraya yang bebas dan adil dengan memberi kuasa kepada pihak polis untuk menangkap sesiapa sahaja yang memakai baju kuning iaitu warna Bersih. " Datuk Seri Najib telah dipersalahkan tetapi saya tidak tahu apa yang Datuk Seri Najib fikir dengan melarang orang ramai dari memakai baju kuning. Saya tidak terfikir beliau akan memberitahu pihak polis agar menangkap sesiapa yang berbaju kuning. Hakikatnya orang-orang yang memakai baju kuning telah dilihat sebagai musuh. Ini adalah satu kesilapan kerajaan Malaysia dan sekaligus memberi imej buruk kepada kerajaan, "Malaysian Insider melaporkan kenyataan Mahathir pada hari Jumaat. Sebab untuk menyalahkan Bersih Tetapi sambil mengakui Bersih mencetuskan kejatuhan Najib, Mahathir terus menyalahkan gerakan untuk cuba untuk menjatuhkan kerajaan persekutuan pimpinan UMNO-BN. Ini adalah taktik pembawa bencana yang sama diterima pakai oleh Najib, dengan menggunakan tindakan kejam yang mendorong perasaan jelik terhadap pentadbiran dan kepimpinan beliau di seluruh negara serta seantero dunia. Pada kemuncak penganiayaan Bersih, beberapa pemerhati berkata Najib mungkin rasa tercabar untuk menunjukkan bahwa dia boleh juga bermain kasar sperti Mahathir. Si mantan perdana menteri telah memerintah Malaysia dengan kuku besi selama 22 tahun dan pada masa itu, dia tidak ragu-ragu untuk melaksanakan undang-undang darurat sementara untuk menghapuskan serta memenjarakan saingan politiknya. "Saya rasa bahawa Bersih berjaya mencapai misinya untuk menjatuhkan imej kerajaan. Mereka tahu bahawa jika mereka melakukan demonstrasi, kerajaan akan meletakkan pasukan untuk mencegah mereka. Oleh kerana itu, imej kerajaan terjejas kerana adanya tindakan seperti melarang orang ramai dari memakai baju kuning dan sebagainya, "kata Mahathir. Si Machiavelli Mahathir Sambil mengakui pengaruh beliau dalam UMNO, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berkata Mahathir merupakan ikon masa lalu dan pandangan beliau tidak memberi banyak kesan kepada rakyat di Malaysia sekarang. Mereka tidak bersetuju dengan kritikan Mahathir terhadap Bersih dan percaya beliau pasti akan mengambil pendirian yang sama tegas seperti Najib, jika dia masih memegang kuasa kerana itu adalah gayanya. "Mahathir boleh kata apa sahaja yang dia mahu. Bersih sudah berlalu dan Najib harus menelan pahitnya. Apa yang kita nampak adalah orang lama seperti Muhyiddin Yassin dan Mahathir memberi pendirian yang Bersih bukanlah suatu yang baik. Mereka terus menggalakkan Najib dan Hisham supaya bertegas dan kedua-dua sepupu itu telah mengambil tindakan yang keterlaluan. Tiada seorang pun di antara golongan elit UMNO menasihatkan Najib untuk berhenti dan tidak melampaui batas " Naib Presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle. "Sekarang sang Machiavelli Mahathir berkata, kemerosotan dalam populariti adalah salah Najib sendiri. Namun demikian, Bersih tetap kotor dan patut kekal diharamkan. Dalam erti kata lain, tidak ada keperluan untuk reformasi pilihan raya. Bagi saya, ini adalah bercanggah dan ia adalah satu isyarat daripada UMNO bahawa ia bersetuju Najib perlu memberi laluan kepada Muhyiddin, tetapi membersihkan sistem pengundian, tidak sama sekali. " Peralihan kepimpinan dalam UMNO tidak boleh dielakkan Muhyiddin yang berusia 64 tahun, Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran, sekarang berada di London untuk lawatan rasmi untuk 4 hari. Seorang ahli politik dari Johor, berprofil rendah, belum lagi mampu menawan hati rakyat Malaysia. Muhyiddin juga masih belum boleh memberi harapan kepada mereka. Begitu juga Najib. Walaupun berbagai skandal besar melanda Najib dan isterinya Rosmah Mansor, namun ramai juga rakyat Malaysia dan ahli-ahli UMNO akan terkilan untuk melihat berakhirnya era pasangan mewah ini. Dalam pada itu, mereka tidak juga mengharapkan pembaharuan kepimpinan dari Muhyiddin. "Muhyiddin bukanlah nafas baru bagi kita. Namun demikian, dalam UMNO, beliau dilihat sebagai pilihan yang lebih stabil dan bukannya Najib yang telah meletakkan kepentingan sendiri dihadapan. Terdapat juga isu Rosmah yang menambah kepada kurangnya populariti itu," Eddie Lee, seorang veteran PKR, berkata kepada Malaysia Chronicle. Bagi rakyat Malaysia, jika UMNO menang pilihanraya ke-13, mereka sudah tahu bahawa tidak akan ada apa-apa perubahan yang datang dari UMNO. Jadi, tidak kiralah jika penggantinya adalah Muhyiddin. Sekurang-kurangnya, imej Malaysia akan jadi lebih baik di mata dunia dan pembaziran dalam perbelanjaan dapat dikurangkan. Ramai juga yang merasakan bahawa Muhyiddin hanya akan menjadi perdana menteri untuk satu penggal sahaja jika UMNO memenangi pilihanraya nanti." - Malaysia Chronicle |
Kita mangsa sebenar 9/11 ( 11 September )
Kalau anda mahu menyaksikan drama paling menyedihkan, tunggulah tarikh 11 September.
Sejak 2001, tarikh itu akan dipenuhi berita dan paparan televisyen memperingati dan menekankan kesan serangan yang didakwa dilakukan pengganas ke atas negara paling berkuasa di dunia, Amerika Syarikat (AS).
Dan hari ini, tentunya sekali lagi kita menerima kedatangan 11 September, dan tentu juga, media AS mula menerbitkan pelbagai berita yang memerlukan anda menyediakan sekotak tisu untuk membacanya.
Tiada siapa menafikan serangan itu memang kejam dan tidak berperikemanusiaan, malah semua orang bersimpati dengan hampir 3,000 orang yang terbunuh dalam serangan itu.
Tetapi adakah AS mangsa sebenar serangan yang, secara sahihnya, tidak pernah dapat dibuktikan siapa dalangnya itu?
AS masih lagi berdiri teguh menjadi polis dunia seperti dulu, sesuatu yang bukan karakter seorang mangsa.
Tetapi kanak-kanak tanpa ibu bapa di Afghanistan, kemusnahan warisan sejarah dunia berusia ribuan tahun di Iraq, mangsa pengeboman berani mati di Pakistan dan penduduk Islam di AS yang didera secara mental kerana dipandang seperti pengganas, adalah mangsa sebenar tragedi 10 tahun lalu itu.
Perkataan Islamofobia, yang membawa maksud kegerunan atau ketakutan melampau terhadap Islam, hanya muncul selepas peristiwa malang itu.
Ya, malang, tetapi bukan malang buat AS; ia malang buat lebih satu bilion penganut Islam di dunia yang menjadi mangsa propaganda dunia Barat.
Tanda pertama menggambarkan tragedi 9/11 akan memberi kelebihan kepada pelbagai agenda Barat datang daripada mulut Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, seperti dilaporkan New York Times pada 11 September 2001.
“Ianya (serangan itu) sangat bagus. Tidak, tidaklah sangat bagus, tetapi ia akan menghasilkan simpati dan mengukuhkan hubungan AS-Israel kerana kami (Israel) telah berhadapan keganasan selama puluhan tahun, kini AS pula merasainya sendiri,” kata pemimpin rejim itu.
Sejak detik itu juga, kita disogokkan dengan perkataan Osama Laden, Al-Qaeda, pengganas Islam dan banyak lagi sehinggakan penduduk Barat yang berfikiran sempit melihat semua orang Islam berjanggut sebagai pengebom berani mati.
Sehingga kini, AS telah membelanjakan lebih AS$3 trilion (RM9 trilion) untuk perang di Afghanistan dan Iraq. menurut penyelidikan pakar ekonomi, Joseph Stiglitz dan Linda Bilmes pada 2008.
Tentunya sesiapa pun yang waras tidak akan membelanjakan wang sebanyak itu untuk memburu hanya seorang lelaki, kecuali jika mereka tahu pelaburan itu akan memberikan pulangan jauh lebih lumayan, sesuatu yang juga bukan karakter bagi mangsa keganasan.
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam blognya, Che Det, sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa serangan itu bukan dilakukan oleh pengganas Islam seperti dicanang AS kerana beliau percaya orang Arab tidak mampu melakukan serangan sebegitu.
Dan jangan tidak tahu, selepas peristiwa 9/11, pelbagai usaha dijalankan pihak tertentu bagi memastikan dunia takut dan benci kepada orang Islam dan Arab, seperti didedahkan dalam laporan Pusat Pembangunan Amerika (CAP) yang bertajuk Fear Inc: The Roots of the Islamophobia Network in America.
Penduduk Islam di AS, sejak 10 tahun lalu, hidup menderita di bawah pengawasan terperinci pihak berkuasa, dicerca, diejek dan dipandang serong setiap kali melangkah keluar dari rumah.
Merekalah mangsa sebenar 9/11.
Kanak-kanak di Afghanistan yang dulunya bebas bermain bola sepak dan layang-layang, kini hanya mampu memerhatikan padang permainan mereka dihiasi lubang dalam dan serpihan bom.
Merekalah mangsa sebenar 9/11.
Lebih 290 pengeboman berani mati di Pakistan yang membunuh hampir 4,700 orang awam sejak AS mengisytiharkan perang terhadap keganasan membuktikan.
Merekalah mangsa sebenar 9/11.
Kita, orang Islam yang diberikan layanan khas di lapangan terbang hanya kerana nama kita atau bapa sama seperti Nabi Muhammad SAW, kita yang dirujuk sebagai pengganas setiap kali ke negara luar, kita yang hanya mampu melihat agama kita dicerca di pentas dunia.
Kitalah mangsa sebenar 9/11.
http://www.sinarharian
No comments:
Post a Comment