Cuba Banding

Sunday, September 11, 2011

Budak Nya Baik , berpotensi jadi pemimpin PAS


'KJ budak baik, berpotensi jadi pemimpin PAS'
Sep 11, 11 1:51pm
Kongsi 323
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau menolak debat dengan Khairy Jamaluddin kerana ketua pemuda Umno itu tidak banyak 'menghentam' dan menyerangnya secara peribadi.

azlanSebaliknya, pada ceramahnya di Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar malam semalam, Mohamad berkata beliau memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana timbalan presiden Umno itu yang banyak menyerangnya supaya "bertaubat dan bertakwa".

"Bagi saya Khairy budak baik dan berpotensi jadi pemimpin PAS akan datang. Buat apa nak berdebat dengan adinda Khairy.

"Muhyiddin yang banyak kata pada saya, jadi biarlah saya berdebat dengan Sohibussamahah Muhyidin Yassin," katanya dengan nada menyindir dan dipetik Harakahdaily.

NONEMenurut pemimpin PAS itu, Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri yang banyak memaki hamunnya, justeru, elok bagi mereka bertemu.

Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu menjadi sasaran pemimpin Umno dan BN apabila Utusan pada 27 Ogos lalu mendakwa beliau berkata Mohamad Indera yang menyerang balai Bukit Kepong adalah hero sebenar dan bukannya polis yang mempertahankannya.

Beliau bagaimanapun berkata laporan Utusan mengenai ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu itu adalah "satu putar belit dan tokok tambah cerita untuk memfitnahnya dan PAS".

Ini bukan kali pertama Mat Sabu memilih untuk memuji Khairy.

Pada 5 September lalu, beliau menjelaskan bahawa beliau tidak menolak pelawaan pelawaan untuk berdebat kerana beranggapan lebih sesuai bagi kedua-dua sayap PAS dan Umno itu berbuat demikian.

khairy jamaluddin and umno youth pemuda"Saya tidak tolak (berdebat). (Tetapi) biar Pemuda dengan Pemuda (berdebat) kerana mereka layak.

"Saya serah kepada Pemuda PAS. Dia (Khairy) seorang yang bijak dan saya hormati. Biar dia berdepan dengan Pemuda PAS," katanya.

Muhyiddin menjadi sasaran PAS untuk berdebat kerana sering 'menghentam' Mohamad dalam isu Mat Indera, lelaki itu didakwa pernah menjadi anak murid kepada bapa timbalan perdana menteri itu.

Malah, Mat Indera didakwa mahu berkahwin dengan kakak Muhyuddin tetapi tidak dipersetujui oleh bapanya.

http://www.malaysiakini


Mahathir: Subjek sejarah di sekolah kurang tepat

September 11, 2011









ALOR SETAR, 11 Sept ─ Subjek sejarah yang diajar di sekolah-sekolah dilihat kurang tepat kerana tidak mempunyai latar belakang perjuangan kemerdekaan, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata subjek itu tidak begitu tepat kerana salah satunya cerita mengenai peranan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang memperjuangkan kemerdekaan negara tidak banyak disebut dalam silibus subjek berkenaan.
“Ramai daripada generasi muda tidak begitu faham dengan sejarah dan asal-usul negara kerana ada percubaan untuk mengubah sejarah daripada fakta kepada khayalan,” katanya di sini hari ini.
Malah sejak kebelakangan ini muncul polemik baru sama ada negara ini dijajah oleh British ataupun hanya memperoleh naungan kuasa Eropah tersebut.
Dipetik Bernama Online. Dr Mahathir (gambar) berkata, kerana itulah kerajaan perlu menumpukan apa sebenarnya berlaku supaya tulisan tentang sejarah negara tidak dipengaruhi oleh kepentingan politik semasa.
“Bukan mengkaji semula sejarah tetapi perlu balik kepada benda yang benar. Sejarah sudah berlaku dan kita tidak boleh ubah sejarah dan apa yang berlaku dahulu... berlakulah,” kata perdana menteri keempat ini.
Kelmarin, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sukatan pelajaran subjek sejarah peringkat sekolah akan dikaji semula selepas didapati beberapa fakta sebelum ini tidak lengkap dan terdapat percanggahan fakta mengenainya hasil kajian ahli falsafah dan teologi negara, Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas di dalam buku terbarunya ‘Historical fact and fiction’.
Dr Mahathir berkata sekarang ini generasi muda menganggap bahawa perjuangan untuk kemerdekaan itu perkara biasa kerana mereka dilahirkan dalam sebuah negara yang sudah merdeka dan makmur.
“Jadi mereka (generasi muda) menganggap bahawa dalam mana-mana negara pun akan berlaku demikian, tapi kalau kita buat lawatan ke negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan semasa kita mencapai kemerdekaan, kita akan dapati bahawa mereka tak dapat bangunkan negara mereka seperti Malaysia,” katanya.


AWER: Cadangan penswastaan Indah Water melanggar Akta Industri Perkhidmatan Air 2006

Piarapakaran.S | Sep 11, 2011 01:09:15 pm


Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) membantah cadangan penswastaan Indah Water Consortium (IWK) oleh 1MDB (1 MalaysiaDevelopment Berhad) kerana ia memudaratkan keadilan sosial dan ekonomi serta tidak sehaluan dengan undang-undang di Malaysia.

Perkhidmatan air dibahagikan kepada perawatan air, bekalan air dan perkhidmatan pembentungan. Akta IndustriPerkhidmatan Air 2006 (WSIA) adalah undang-undang yang mengawalselia semua perkhidmatan air dari segi teknikal, ekonomi dan kualiti perkhidmatan bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Undang-undang ini mula dikuatkuasakan pada tahun 2008.

Objektif utama WSIA adalah untuk mengelakkan SEBARANG JENISPERJANJIAN KONSESI serta operator-operator perkhidmatan air dan perkhidmatan pembentungan dikehendaki untuk bermigrasi ke rejim pelesenan di mana mereka akan dipantau dengan ketat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Undang-undang ini ingin juga mencapai imbangan di antara keperluan ekonomi dan sosial dalam pengurusan perkhidmatan air supaya ia mempunyai kos yang berpatutan dan setaraf dengan standard antarabangsa. Ini akan memastikan penetapan tarif yang SAKSAMA dan pengurusan yang TELUS untuk keseluruhan perkhidmatan air.

Berdasarkan beberapa laporan akhbar tempatan, 1MDB dengan beberapa ahli perniagaan yang tidak bertanggungjawab yang berada di sebalik perancangan ini telah mengelirukan rakyat dan melanggarWSIA.

Penyelesaian-penyelesaian yang dikatakan oleh kumpulan ini adalah sama dengan langkah-langkah yang telahpun dicadangkan oleh Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) dan masih menanti persetujuan Kerajaan Persekutuan sejak beberapa tahun yang lalu. Cadangan-cadangan ini bukanlah sesuatu yang baru. Pengurusan IWK sekarang tersepit disebabkan KEGAGALAN PENSWASTAAN sebelum ini. Maka, penswastaan semula menggunakan konsesi seperti yang dicadangkan oleh 1MDB merupakan satu penyelesaian yang salah dan tidak mempunyai ruang di sisi undang-undang selepas WSIA dikuatkuasakan sejak tahun 2008.

Kini, SPAN telahpun menghentikan IWK daripada monopoli pe-nyahenapan kumbahan (desludging) bagi sistem pembentungantidak bersambung dan membuka lesen kepada syarikat-syarikat yang lain. Bagi sistem pembentungan bersambung (yang dibil oleh IWK atau Kerajaan Tempatan),terdapat beberapa rancangan untuk pembangunan sama seperti sektor perawatan dan bekalan air. Hala tuju untuk perkhidmatan pembentungan adalah juga melalui rejim pelesenan. TIADA LAGI PERJANJIAN KONSESI.

Jika mana-mana pihak berkuasa meluluskan cadangan 1MDB ini, AWER tidak akan teragak-agak untuk mengheret mereka ke mahkamah. Berhenti menggunakan cara-cara jahil untuk mendapatkan perniagaan. Apa-apa pelaksanaan yang tidak sehaluan dengan WSIA adalah satu kesalahan.

*Kenyataan media oleh Piarapakaran.S selaku Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER).

http://merdekareview

No comments: