Cuba Banding

Monday, August 29, 2011

Dr M: Salahkan pemimpinnya, bukan sistemnya


Dr M: Salahkan pemimpinnya, bukan sistem BN
S Pathmawathy
Ogos 28, 11
5:35pm
Kongsi 205
Konsep kerajaan campuran dengan perwakilan semua kaum di negara ini masih merupakan satu "sistem yang baik", kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

mahathir mohamad book signing ceremony 280811 on smilingBeliau menyalahkan masalah dan rasa tidak puas hati, sejak beberapa tahun yang lalu, bukan kerana sistemnya, tetapi dasar-dasar pemimpin yang mentadbir kerajaan.

Katanya, bukan BN yang salah, tetapi dasar-dasar yang diikuti.

Beliau menegaskan demikian di majlis pelancaran autografi beliau dalam versi bahasa Cina di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

"Di bawah sistem kerajaan campuran, kita hidup makmur selama hampir 50 tahun," tambah Dr Mahathir.

Menurutnya, "sistem BN" adalah baik, tetapi apabila berlaku perubahan pucuk pimpinan, dasar-dasar yang dilaksanakan juga bertukar.

Kadang-kadang, tegasnya, perubahan itu adalah untuk kebaikan dan ia memperbaiki keadaan, tetapi Kadang-kadang perubahan itu untuk sebab yang salah dan negara tidak akan makmur.

Last day of Abdullah Ahmad Badawi. Najib Abdul Razak takes over as prime minister in PutrajayaMenurutnya, apabila beliau bersara, dasar-dasar negara mengalami perubahan 190 darjah, menyebabkan ekonomi, malah hubungan kaum, merosot.

Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Dr Mahathir, beliau terus membatalkan projek-projek mega pentadbiran sebelumnya - jambatan bengkok Malaysia-Singapura dan projek landasan berkembar.

Abdullah juga cuba memperkenalkan beberapa pembaharuan, seperti IPCMC, sebelum berdepan dengan tekanan dari dalam parti tersebut, yang memaksannya berundur dan digantikan oleh timbalannya ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Surau Al-Musyrikin, TV3 cuba hilangkan bukti!

MEDIA propaganda TV3 telah menyiarkan berita yang didapati palsu berkenaan bantahan Qariah surau Al-Musyrikin di depan sebuah kelas tuisyen Jalan Klang lama pada 21 Ogos 2011, rujuk sini [Al-Musyrikin]

Media propaganda TV3 ini jelas sekali biadap kerana mencipta nama Al-Musyrikin (Orang yang menyekutukan Allah) sebagai nama surau dan surau ini telah dibuktikan sebagai tidak wujud.

Satu laporan Polis telah dibuat oleh Jingga 13, sebuah NGO bebas terhadap laporan berita palsu ini, rujuk sini [Laporan Polis TV3]

Video rakaman berita palsu oleh media propaganda TV3 itu sebelum ini boleh disaksikan terus di laman sesawang rasmi TV3 di link ini [http://www.tv3.com.my].


Bagaimanapun tinjauan hari ini menunjukkan bahawa TV3 telah menyingkirkan video rakaman berita palsu itu dari laman sesawang rasminya dipercayai untuk menghilangkan bukti.

Bagaimana pun anda masih boleh mengakses paparan asal laman tersebut di dalam simpanan googlecache (buat sementara waktu sebelum dipadam oleh goole) klik sini [googlecache]


Di bawah ini rakaman video berita palsu surau Al-Musyrikin yang pernah disiarkan di Buletin Utama TV3. Walaupun TV3 sudah memadam bukti, video tersebut kini sudah disimpan dan diupload di YouTube.


 .

 

Posted on Sunday, August 28 @ 19:55:41 MYT by ahmadi
http://www.selatanonline

No comments: