Cuba Banding

Saturday, May 25, 2013

{Update} Terkini... Suasana Himpunan SuaraRakyat505: Padang Timur PJ masih tenang Written By canang on Sabtu, 25 Mei 2013 | 5/25/2013 08:42:00 PTG


{Update} Terkini... Suasana Himpunan SuaraRakyat505: Padang Timur PJ masih tenang

Written By canang on Sabtu, 25 Mei 2013 | 5/25/2013 08:42:00 PTG


Alhamdulillah..rakyat makin ramai hadir di padang timur petaling jaya dalam waktu jam baru jam menunjuk pukul 7.15pm...









Now! sekitar jam 5. HITAM menandakan DEMOCRACY is DEAD! 

- dunia tahu BN menipu. 
- dunia tahu pru malaysia kotor.
- dunia tahu negara malaysia adalah negara demokrasi 1 hala.

- MACAI BN tak tahu mereka sedang di rompak!
- MACAI BN bodoh sebab di perbodohkan pemerintah BN
- MACAI BN tak tahu pemerintah dia hanya 46% saja sokongan.


SuaraRakyat505: Padang Timur PJ masih tenang

KUALA LUMPUR: Menjelang dua jam sebelum perhimpunan rami SuaraRakyat505 yang kan bermula jam 5 petang ini, keadaan jalan raya menuju ke Padang Timur (Amcorp Mall) iaitu tempat himpunan dijadual berlangsung, dilaporkan masih lagi lancar.

Ada peserta sudahpun tiba di tempat himpunan itu lebih awal dan memaklumkan sehingga jam 3 petang ini tiada sebarang sekatan jalan raya oleh pihak polis di jalan menuju ke situ.

Kemeriahan himpunan ini juga sudah mula terasa apabila semakin ramai kini sedang menuju ke padang tersebut.

Para peniaga antara yang paling awal mengambil tempat di tepi padang dan mula membuka gerai seawal tengah hari tadi.

Pelbagai barangan dijual bukan sahaja makanan dan minuman, malah juga termasuk barangan lain seperti baju, pengikat kepala dan lain-lain yang berkaitan dengan himpunan hari ini.

Himpunan hari ini adalah anjuran gabungan NGO bagi menyatakan bantahan terhadap penipuan yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Selain wakil parti politik dan aktivis, penganjur juga turut menampilkan individu yang mengalami secara langsung penipuan pada PRU13 lalu.

Mereka dijangka akan berucap bagi berkongsi pengalaman tersebut kepada orang ramai yang hadir.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin polis mampu menangani serta mengawal perhimpunan hari ini dengan cara bijaksana dan berhemah.

Bercakap dalam rancangan bual bicara Hello Malaysia kelolaan Bernama TV malam tadi beliau turut berpesan agar peserta himpunan tidak menimbulkan kekacauan serta provokasi yang boleh menggugat ketenteraman awam.

"Saya harap tidak berlaku sebarang provokasi sama ada daripada peserta perhimpunan mahupun pihak polis sendiri... jangan mencabar serta menghina pihak berkuasa, kita harus faham tugas masing-masing, jangan perlekehkan pihak polis," katanya.-HD



No comments: