Cuba Banding

Monday, April 29, 2013

video - Ceramah Anwar Ibrahim di Tawau 28.4.2013 dan Libaran 26.4.2013


Monday, April 29, 2013

video - Ceramah Anwar Ibrahim di Tawau 28.4.2013 dan Libaran 26.4.2013

Kehadiran Anwar Ibrahim di Tawau semalam disambut puluhan ribu manusia yang dahagakan perubahan. Kehadiran mereka bukan kerana suka-suka tetapi kerana ingin menunjukkan sokongan kepada bakal Perdana Menteri Malaysia ke 7 selepas PRU13.

Anwar Ibrahim seperti biasa menerangkan segala yang perlu kepada rakyat agar menerima PR dan menolak BN. Segla kelemahan dan ketirisan dalam penurusan kewangan kerajaan didedahkan kepada rakyat.


Warga Tawau memberi reaksi yang menggalakkan. Ternyata pilihanraya kali ini merunsingkan BN kerana kebangkitan rakyat kelihatan dengan jelas di seluruh pelusuk negara. Semuanya kerana Anwar Ibrahim.

Nah lihat sendiri bagaimana sambutan terhadap Anwar

Sebelum itu Anwar Ibrahim telah memberi ceramah di Panampang. Seperti Tawau, penduduk Panampang juga menunjukkan hasrat padu menukar kerajaan pada PRU13.


Ribuan warga Penampang yang hadir untuk memberikan sokongan kepada calon2 Pakatan Rakyat yang akan bertanding di Moyog, Kepayan, Penampang, Putatan, Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Ini menyebabkan cybertrooper2/ahli-ahli Barisan Nasional gentar, tak senang duduk dan mulai menyerang calun-calun Pakatan Rakyat terutamanya Saudara Darell Leiking secara peribadi dengan menggunakan akaun Facebook palsu..

Cybertrooper2 yang dibayar oleh Barisan Nasional ini sudah tidak mempunyai sebarang idea lagi kerana ribuan warga Penampang sudah menetapkan hati mereka untuk mengundi Pakatan Rakyat pada hari mengundi yang akan datang ini..

Maka, mereka cuma mampu berusaha untuk memalukan Saudara Darell Leiking dengan fitnah demi fitnah yang ditabur disebalik akaun palsu.. Photo Credit : Xavier Maurice John.

 Ini pula adalah video ceramah Anwar di Libaran pada 26.4.2013


adios

No comments: