Blog idrisahmad.wordpress.com
Strategi Datuk Seri Najib Tun Razak masih tidak menjadi untuk membolehkan beliau membubar Parlimen. Keresahan jelas terukir di wajah beliau yang akan memimpin pilihanraya pada kali ini. Tekanan daripada dalam Umno juga begitu kuat, jika Umno kalah bererti beliau akan dihambat oleh Umno daripada kerusi Presiden.
Walaupun sepatutnya pilihanraya diadakan pada tahun lepas, sehingga persidangan Umno ditangguhkan bagi menumpukan kepada gerak kerja pilihanraya
Bajet yang dibentangkan ialah bajet pilihanraya. Berbagai-bagai pemberian diberikan seperti bantuan Rakyat 1 Malaysia, Kedai 1 Malaysia, Bantuan kepada pelajar sekolah RM100 dan bantuan pelajar universit RM200.00 dan banyak lagi skim untuk pancing undi.
Umno di bawah kepimpinan Najib cuba menggunakan tektik supaya negeri Pakatan Rakyat digambarkan oleh media Umno sebagai tidak mampu. Isu ini dijawab dengan amalan bukan dengan percakapan. Kerajaan Pakatan Rakyat mampu mentadbir dengan baik dengan penuh ketelusan. Banyak manfaat yang diperolehi oleh rakyat, kerana 51 tahun Umno memerintah rakyat tidak merasai lebihan kekayaan negeri, terutama di Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat tidaklah mendabit dada ia kerajaan yang terbaik, namun rekod hampir lima tahun memeritah ia lebih baik daripada Umno memerintah 51 tahun di negeri tersebut. Ketika negeri-negeri di bawah pemerintahan BN yang sedang menggigit jari, rakyat di negeri Pakatan Rakyat mendapat berbagai nikmat dan peningkatan kualiti hidup.
Tektik fitnah kepada kerajaan Pulau Pinang melalui media Umno kononnya anti Melayu telah terjawab, apabila sudah dua kali Utusan Malaysia didapati bersalah oleh mahkamah. Tujuanya supaya orang Melayu jangan dekat dengan Pakatan Rakyat.
Atas faktor inilah Najib belum berani mengadakan pilihanraya, kerana takut kalah. Suasana politik tidak menyebelahi BN, beliau cuba untuk menunggu peluang terbaik. Namun masa terus berjalan, iddah pemerintahan Najib hanya Sembilan bulan lagi, inilah menjadi kerungsingan kepada beliau. Semua tektik tidak menjadi, pakar-pakar strategi sudah habis digunakan namun nasib tidak menyebelahi Najib.
No comments:
Post a Comment