Cuba Banding

Sunday, July 8, 2012

Mahathir Dia Tetap Jahat

 Saya Setuju Degan Mahathir Tetapi Dia Tetap Jahat
ArtikelBlog msomelayu.blogspot.com

SAYA bersetuju dengan pandangan Mahathir Mohamad sehingga menyebabkan Lim Kit Siang sampai terasa hati iaini mengenai orang Cina akan jadi 'kingmaker' di dalam pilihan raya akan datang.


Sara raya pandangan Mahathir itu tepat, munasabah dan perlu diberi perhatian serius oleh orang Melayu, kalaulah orang Melayu ingin bersuci hati dalam politik. Tetapi saya tidak setuju dengan Mahathir kalau dia tidak tahu kenapa Lim Kit Siang benci sangat kepadanya.

Mahathir Mohamad
Saya sependapat dengan bekas PM itu mengenai hal ini. Malahan sudah saya sebut perkara ini beberapa kali, melihat senario terkini politik orang Melayu; Umno, PKR dan Pas yang hilang waras ia membimbangkan. Orang Melayu semacam sudah tidak rasional di dalam politik kerana sanggup mengenepikan kepentingan-kepentingan yang harus diperjuangkan bersama. Orang Melayu semacam sudah berkerat rotan berpatah arang sesama sendiri.

Keparahan politik Melayu ini dapat dibaca oleh orang Cina baik DAP, MCA maupun Gerakan dan juga yang tidak berparti. Di sinilah mereka mencelah untuk mendapat apa yang mereka inginkan selama ini.  Orang Cina hatta 'little India' juga gembira dengan apa yang berlaku di antara Melayu sesama Melayu ini. Formula mudah yang saya bentangkan, sekiranya Melayu Pas dan bangsa Umno tidak mendapat mandat penuh katakan dalam keduduka 50 -50 ketika inilah orang Cina akan mengambil kesempatan menjual dirinya. Dalam menjual diri ini mereka akan melihat kepada pihak mana yang akan membida dengan harga yang mahal.

Apa yang saya jangka satu kecelakaan besar terjadi kalau keadaan ini berlaku, orang Cina pasti akan berada setanding dengan orang Melayu di mana-mana institusi yang tidak memerlukan pindaan perlembagaan dan kelulusan (perkenan) raja-raja Melayu. Salah satu tempat yang saya kira ialah selaku timbalan perdana menteri dan kouta kabinet, kedudukan dalam GLC, agensi kerajaan dan sebagainya.

Mereka akan tenguk pihak mana yang sedia memenuhi tuntutan mereka, mereka akan bersama. Ketika itu konsensus awal sudah tidak penting lagi kerana sifat politik itu sendiri tidak tetap. Perjanjian di dalam politik bukan untuk disetai tetapi untuk dimungkiri. Dalam politik tidak ada kejujuran dan keikhlasan, kerana itu adalah umpan untuk dikhianti. Sebab politik tidak mengambil Quran dan Hadith menjadi saksi dan panduan.

Bak ini (orang Cina akan jadi kingmaker) saya sependapat dengan Mahathir. Namun apabila beliau mengakui beliau ada pengalaman kerana menjadi PM 22 tahun dan selepas itu menyalahkan Abdullah Ahmad Badawi kerana gagal memperkukuhkan kedudukan orang Melayu dan Umno, saya jadi berang dan nampak Mahathir sebagai angkuh dan sombong. Perasaan atau nafsu inilah bagi saya menjadikan Mahathir sehuduh-huduh manusia yang pernah diberikan kuasa oleh Tuhan di bumi Malaysia ini.

Benarkah beliau sayangkan kepada negara dan keadaan Melayu tidak akan jadi bagaikan telor di hujung tanduk seperti hari ini? Benarkah Abdullah telah mejahanamkan institusi yang beliau bina seperti mana didakwa Mahathir? Mahathir selamanya tidak pernah mengaku kalah dan melihat orang lain bagaikan tahi cicak di celah syiling sahaja. Dia tetap merasa dialah pemimpin yang sempurna dan perfect, najis busuknya sama besar dengan gajah.

Barang kali kerana terlalu berperasaan dia lupai bahawa dialah yang menjadi pengkhianat dan pemecah belah kepada Melayu (Umno dan Pas). Mahathirlah syaitan di dalam hal ini? Kenapa saya berkata begitu, selama 22 tahun Mahathir tidak pernah cuba membawa Pas bersama Umno? Sepatutnya beliau berusaha merapatkan hubungan orang Melayu dan menebalkan keimanan dan ukhawah orang Melayu. Dia boleh buat kerana dia berkuasa.

Tetapi kerana ketika itu, rambutan, durian, duku, langsat dikebunnya semua berbuah manis, Mahathir lupa kepada buah binjai di pagar Pas yang pahit. Dia tidak tahu binjai yang pahit itu akan menjadi penawar kepada segala macam buah-buahnya yang manis itu. Hari ini sesudah beliau diserang dibetis kronik baru dia meraba-raba mencari ubah dengan menyalah orang itu dan orang ini. Cis...

Sepanjang 22 tahun tidak ada usaha dan pendekatan dibawa oleh Mahathir untuk memadukan Melayu Pas dengan bangsa Umno. Dia lebih seronok dengan pujian bangsa lain terhadap pengembangan pembangunan dibuatnya. Seronok dengan KLIA, seronok dengan KLCC, terhibur dengan Proton dan lain-lain. Keseronokan ini menyebabkan beliau terlupai kepada Melayu Pas.

Dalam perhimpunan agung Umno setiap kali dia membentangkan ucapan dasar 1/4 dari ucapan itu diambil untuk menghentam Pas. Teks ucapan beliau boleh digali dan dibaca untuk mengsahihkan dakwaan saya ini. Berani saya mengatakan tidak ada satu pun usaha atau simbol yang boleh kita melihat Mahathir melakukan ikhtiar untuk memadukan Melayu. Konsep atau kepercayaan teori pecah dan perintah diamalkan tanpa mengira batas-batas bangsa dan kaum juga agama.

Diawal pemerintahan Pas di Kelantan, Mahathirlah orang yang mengancam kerajaan Tokguru Nik Aziz bila mana Kelantan bercadang hendak melaksanakan hudud. Beliau memberi warning apa-apa yang terjadi ekoran perlaksanaan hudud beliau tidak akan bertanggungjawab. Kalau Mahathir ikhlas, benar dan jujur beliau tidak akan tergamak membuat ancaman demikian. Beliau perlu menyokongnya dari jauh menandakan keperihatinan dan juga tanda kasih sesama sendiri. Beliau perlu menghormati kalaupun dia tidak yakin dengan Quran yang menjelaskan mengenai hudud.

Mahathir jahat dan beliau kena bertanggungjawab atas tahi kejahatan yang beliau tinggalkan itu.  Beliau jangan cuba mengelak dan terus merasakan dirinya hebat dan dewa suci. Umno punah ranah sehinggakan hampir berkubur dalam pilihan raya 2008 lalu puncanya dari Mahathir juga. Beliau tidak boleh mencampakkan kekalahan dan kedukaan atas batu jemalan Abdullah. Kecelakaan menimpa Umno menyebabkan Abdullah telah dijadikan kambing hitam yang tidak ada seurat pun bulu putih oleh Mahathir.

Mahathir lupa ketika dia memberi Umno kepada Abdullah, Umno dalam keadaan berpenyakit dan lemah. Semua ini kerana kekejaman dan kerakusan Mahathir terhadap Anwar Ibrahim. Beliau bertindak memecat Anwar kerana yakin Umno jadi lebih kuat. Namun hakikat ini tidak pernah diakui oleh Mahathir. Sekiranya pilihan raya 2004 masih dipandu oleh Mahathir mungkin Umno sudah tewas dan kerajaan UBN sudah jadi gemulah. Jadi Abdullah lah yang cuba menguatkan semula Umno menerusi wibawa dan syaksiah yang ada kepadanya.

Ternyata Abdullah mampu memulihkan keyakinan rakyat kepada Umno. Mana-mana orang Umno yang tidak dapat menerima sikap kejam dan zalim Mahathir kepada Abdullah, membuat mahasabah semula dan terus bersama Umno. Pilihan raya umum ke 12 adalah pilihan raya bersejarah buat UBN apabila parti itu mendapat undi popular hampir 60% di mana angka ini tidak pernah dicapai di zaman Mahathir. Manakala kemuncak kebaikan dan tindakan mendamaikan perasaan orang Melayu dilakukan Abdullah ialah dengan terbebasnya Anwar setelah setahun beliau menjadi PM. Pembebasan ini yang dibuat menerusi mahkamah dilihat sebagai budi Abdullah kepada Anwar dan penyokong bekas TPM itu tetapi didedanmi ke tulang hitam oleh Mahathir.

Sayang hakikat itu tidak difahami oleh Mahathir. Sebaliknya timbul rasa cemburu dan irihati dengan kejayaan Abdullah itu. Mahathir mengambil kesempatan atas kelemahan dan sikap diplomasi Abdullah sebagai orang Islam sebagai satu kesalahan dan liabiliti buat Umno. Mahathir mengkritik Abdullah habis-habisan. Bagi beliau tidak ada satu pun polisi, dasar dan pendekatan Abdullah dapat diterimanya.

Apa jadi... akhirnya serangan penuh dendam kesumat itulah menyebabkan Umno kembali menjadi lemah. Umno lemah bukan berlawan dengan musuh, Pas dan Anwar... tetapi lemah kerana Abdullah hilang paksi apabila diserang bertubi-tubi kali oleh Mahathir dan anasir dalaman sendiri. Sikap Abdullah pula tidak akan berlawan dan sedia menyerahkan dirinya kepada keadaan.

Grand design dilakukan untuk menjatuhkan Abdullah dan menaikkan Muhyuddin Yassin (Udin anak Yassin) benar-benar melemaskan Abdullah. Ia ditambah pula oleh kumpulan Najib yang memakan Abdullah dalam senyum dan menikam dalam gelap. Semua aksi dan konspirasi ini menyebabkan Abdullah akhir berundur dan melepas jawatan kepada Najib.

Perletakan jawatan itu ....telah diambil kesempatan oleh Mahathir untuk menyusun semula Umno kononnya. Walhal para pemerhati dan pakar politik sedar tindakan Mahathir itu kerana mahu memastikan kuasanya masih ada dalam Umno. Dalam masa sama, beliau mencaturkan bagaimana untuk meletakkan pesaka politiknya di dalam Umno. Akhirnya agenda itu berjaya juga. Hari ini Mukhriz bin Mahathir telah menjadi timbalan menteri, menjadi timblaan pengerusi Umno Kedah yang mana dicanang-canangkan pula bakal menjadi MB Kedah.

Memerhati kepada game politik yang dimainkan Mahathir tidak salah kalau Lim Kit Siang menyebut Mahathir cuba hendak menghidupkan semula Mahathirlisme kerana parti itu sudah terdesak dan nazak. Kejahatan berterusan Mahathir itu juga tidak salah bagi saya kalau beliau digelarkan sebagai Mahafiraun.
Posted on Saturday, July 07 @ 13:55:33 MYT by ibn_bacoks
http://www.selatanonline.net

No comments: