Kira-kira 300 perserta himpunan di tahan
Harakahdaily, | 28 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 peserta himpunan Bersih 3.0 ditahan oleh polis dan sebahagian mereka diletak di Pusat Latihan Polis (Pulapor).
Turut ditahan adalah wartawan Harakah dari Kedah, Izwan Abdul Halim.
Bekas Profesor Universiti Islam Antarabangsa, Dr Abdul Aziz Bari juga turut ditahan di samping Tian Chua, anggota Parlimen Baru.

(Gambar: Antara peserta yang ditahan)
Menurut wartawan Harakah itu, Abdul Aziz dan Tian Chua telah dimasukkan ke dalam trak yang sama dengan beliau.
Kesemua mereka sebelumitu dikumpulkan di Dataran Merdeka sebelum dibawa ke Pulapol menaiki bas PDRM dan trak polis.
Di dalam trak itu, ramai antara mereka yang cedera dan berdarah.

2 peserta Bersih cedera parah dirawat di HKL
Harakahdaily, | 28 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR: Dua peserta Bersih 3.0 yang cedera parah dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur petang tadi.
(Haji Habizal [kiri] dan Su Kwang Hong terlantar di wad kecemasan HKL)
Haji Habizal bin Nadzir cedera pada kepalanya akibat terkena tembakan botol gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis.
Beliau dikatakan parah dan ditempatkan ke wad kecemasan HKL.
Seorang lagi, Su Kwang Hong cedera akibat dilanggar oleh kereta polis ketika bersama-sama orang ramai dalam perhimpunan itu.
Beliau juga dilaporkan parah dan sedang dirawat di wad kecemasan HKL.
Menurut sumber, ramai lagi yang cedera semasa perhimpunan kali ini sedang dirawat di HKL.
Mereka ditempatkan di wad bersebelahan dengan wad kecemasan dan tidak dibenarkan orang awam melawatnya.

No comments:
Post a Comment