Cuba Banding

Thursday, April 5, 2012

KHALID SAMAD DEDAH BUKTI HASAN ALI MINUM ARAK ?

KHALID SAMAD DEDAH BUKTI HASAN ALI MINUM ARAK!!?

E-mailPrintPDF
KHALID SAMAD DEDAH BUKTI HASAN ALI MINUM ARAK!!?
Hasan Ali merupakan Exco Pertama yang dilihat 'beraksi' di Pusat Hiburan. Adakah kehadiran beliau ini untuk berhibur? Tidak sama sekali. Hasan Ali mengambil langkah berani bukan sahaja melancarkan Unit Selamatkan Akidah, malah turut serta bersama JAIS dan beberapa pihak penguatkuasa menyerbu Pusat2 Hiburan memantau aktiviti2 haram Umat Islam di lokasi tersebut.
KHALID SAMAD DEDAH BUKTI HASAN ALI MINUM ARAK!!?
Lain pula tabiat musuh dalam selimut Hasan Ali iaitu Khalid Samad. Pemimpin No. 1 Parasit PAS Selangor ini pula membuat sessi lawatan ke Kilang Arak bagi menawarkan lokasi baru untuk Kilang tersebut yang lebih strategik. Di samping itu beliau juga hadir bagi memastikan hasil penjualan arak di Selangor mampu menjana Ekonomi Negeri tersebut.
Siapakah DAJAL tulen antara kedua2 Pemimpin ini?
Kerajaan BN terdahulu dituduh tidak serius menangani masalah Akidah dan Gejala Sosial walhal JAIS sentiasa memantau isu ini. Kini Kerajaan yang turut dimonopoli Parasit2 PAS bukan sahaja tidak serius, malah lebih dari itu memecat Pemimpin Kerajaan yang cuba mengambil langkah lebih dinamik menangani masalah Akidah ini. 
Minum arak itu haram dan dilaknat Allah. Bagaimana pula hukum mereka yang menghalang malah menghina Pemimpin yang berjuang menangani isu ini? 
Mungkin bak kata kiasan Dr. Rani yang membawa maksud "Biar Umat Islam Minum Arak.. Asalkan Jangan Merasuah.. Biar Murtad.. Asal Undi Cina mampu Kekalkan Kuasa di Negeri ini."
Authors:


Hasan Ali Dedah Penyelewengan Pegawai Kewangan Negeri Selangor

E-mailPrintPDF
1. Perlantikan 27 kontraktor untuk kerja-kerja penyelenggaraan parit dan longkang di kawasan MPSJ yang melibatkan kos berjumlah 3 juta di bawah peruntukan MARRIS. Perlantikan kontraktor tersebut dibuat secara lantikan terus dan tanpa mendaftar dengan pihak UPEN. Ianya bertentangan dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor yang telah diwartakan.

2. Berbelanja mewah untuk pergi bercuti keluar negara sebanyak 6 kali setahun dengan kos melebihi RM250,000-00 yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri. Untuk tahun 2011, enam anak syarikat yang terlibat ialah PKNS, PNSB, Worldwide Holdings, Selaman Sdn. Bhd., Sentral Spektrum dan KDEB. Setiap anak syarikat membayar lebih RM45,000-00 ribu untuk setiap percutian beliau.

3. Tidak pernah menggunakan khidmat Selangor Tourism untuk setiap urusan kunjungan ke luar negara. Sedangkan kesemua urusan kunjungan keluar negara oleh kerajaan negeri mestilah diuruskan oleh Selangor Tourism yang merupakan sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor. Sebaliknya beliau hanya menggunakan satu syarikat swasta iaitu TRI-D Travels & Tours untuk setiap tuntutan kos beliau keluar negara.

4. Setiap bulan beliau akan menuntut kos bermain golf yang dianggarkan sebanyak 6-7 ribu sebulan kepada syarikat Worldwide Holdings Bhd.

5. Menggunakan kenderaan rasmi beliau untuk menghantar dan mengambil anak dari sekolah.

6. Sebagai Non-Executive Chairman kepada Worldwide Holdings Bhd beliau telah meminta sebuah kenderaan rasmi untuk beliau walaupun tiada dalam peruntukan syarikat. Lembaga pengarah meluluskan pembelian Toyota Camry. Tetapi beliau tidak bersetuju sebaliknya beliau inginkan Honda Accord. Kereta tersebut sekarang ini diberikan kepada isteri beliau untuk tujuan penggunaan peribadi.

7. Jumlah pendapatan bulanan beliau dianggarkan melebihi RM100,000-00 sebulan. Jumlah cukai pendapatan yang dibayar oleh beliau sahaja sudah melebihi 70 ribu. Ini adalah jumlah pendapatan yang luar biasa bagi seorang penjawat awam.

8. Memiliki kereta-kereta mewah yang kebiasaannya mustahil dimiliki oleh pegawai kerajaan seperti beliau. Antara kereta mewah yang beliau miliki ialah Cooper-S yang berharga lebih 200 ribu dan Audi Q5 yang berharga lebih 400 ribu.

9. Meminta komisyen sebanyak RM50 ribu kepada Kelab Golf Seri Selangor setiap kali kejohanan Selangor Masters diadakan di situ yang ditaja oleh Worldwide Holdings Bhd.

10. Beliau berpakat dengan YB Azmin untuk mengaut kekayaan Selangor bagi tujuan peribadi dan membantu mengumpul dana politik pilihanraya untuk PKR dan Pakatan.




Murtad – PAS Minta Hasan Ali Tekan Kerajaan Pusat



KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Selangor (DPP Selangor) meminta bekas Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali supaya menggandakan tekanannya berhubung isu murtad dan pemurnian aqidah kepada kerajaan pusat supaya melaksanakan undang-undang hudud di negara ini.
Ketuanya, Hasbullah Mohd. Ridzwan mendakwa, Hasan sekiranya benar-benar memperjuangkan isu hudud demi kepentingan agama tidak boleh mengamalkan sikap ‘double standard’ kerana masalah itu bukan perkara baru dan ia tidak hanya berlegar di negeri Selangor.
“Hal ini sebenarnya isu nasional dan sepatutnya Hassan memberikan tekanan kepada pihak kerajaan persekutuan untuk mengambil cakna terhadap isu murtad seperti yang didedahkannya dengan menggubal dan melaksanakan undang-undang hudud di peringkat nasional.
“Hasan juga perlu menyokong hasrat Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu untuk memastikan gejala murtad dapat dibendung,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, Hasbullah berkata, DPP Selangor sebenarnya berasa kecewa dengan tindakan Hasan menangani isu murtad tersebut dengan tidak menggunakan saluran yang sebenarnya di dalam menyelesaikan isu berkenaan.
Ia kerana, dakwa beliau, Hasan sepatutnya menyerahkan segala pembuktian yang ada dalam simpanan beliau kepada pihak berwajib (jabatan agama) untuk diambil tindakan yang sewajarnya.
Tetapi Hasan sebaliknya lebih selesa ‘pusing satu Malaysia’ untuk mengecam individu-individu tertentu di dalam PAS yang telah menyebabkan beliau dipecat daripada PAS daripada membicarakan isu murtad, dakwanya lagi.

mynewshub.


Penjelasan Kepada Berita Kehadiran Beberapa Tokoh PAS Di Rumah Dr Hasan Ali Ahad lalu

Submitted by  on Sabtu, 4 Februari 2012Tiada Ulasan
PrintFriendly
Dalam suasana hampir dengan pilihanraya, pelbagai isu luaran dan dalaman yang akan timbul untuk mengganggu kelancaran gerak-kerja parti.
Gangguan ini melibatkan berita bohong/fitnah/mengelirukan/niat jahat/provokasi yang dihebah oleh media perdana dengan agenda untuk mengelirukan ahli-ahli PAS di samping melaga-lagakan antara pimpinan parti.
Terbaru media perdana dilaporkan sebagai membayangkan Dato Dr Harun Din, YB Ustaz Taib Azamuddin, Ustaz Dato’  Ismail Kamus antara yang hadir dalam penjelasan di rumah Dato Dr Hasan Ali malam Ahad yang lalu.
Laporan tersebut adalah tidak betul dan mempunyai niat tidak senonoh, kerana hakikatnya kesemua mereka tidak bersama pada malam tersebut.
Ketika penjelasan itu diberikan, PAS mengesahkan bahawa Dato Dr Harun Din sedang bermesyuarat di Majlis Syura Ulama’ di pejabat agong PAS, Ustaz Taib Azamuddin pula berada di China dan Ustaz Ismail Kamus sedang menerima rawatan.
Manakala bagi Ustaz Nasharudin Mat Isa, beliau yang baru kembali dari luar negara ada memaklumkan kepada Majlis Syura akan kehadirannya ke rumah Dato Dr Hasan Ali.
Jelas perkara di atas adalah usaha pihak tertentu bermotif untuk memberi imej buruk kepada para pimpinan parti dan mengelirukan ahli-ahli PAS sehingga bersangka buruk terhadap pimpinan parti demi mengganggu persiapan terakhir pilihanraya.
Lantaran itu, semua ahli dan pimpinan parti mesti merujuk kepada media rasmi parti iaitu Harakahdaily dan Harakah cetak untuk mendapatkan sumber sahih dan rasmi parti. Semua ahli dan pimpinan parti juga diseru menguatkan kesedaran politik agar tidak mudah dipengaruhi permainan jahat pihak lawan.
Dalam suasana mencabar ini,  semua ahli PAS diseru untuk memperkukuhkan perpaduan dan ukuhwah dalaman parti agar kita dapat menjauhi kerja yang tidak menguntungkan jamaah dan menumpukan seluruh masa, tenaga dan dana bagi menghadapi persiapan pilihanraya umum yang semakin hampir.
Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

No comments: