Posted on Wednesday, November 30 @ 00:00:00 PST Dilulus untuk paparan oleh teori |
Oleh Salhan K Ahmad
PKR hari ini meneruskan pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot yang diusahakan keluarga menteri pembangunan wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – kali ini didakwa melibatkan pembelian kereta mewah dan juga lot tanah di Putrajaya.
Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa dana National Feedlot Corporation (NFC) itu digunakan untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz berharga RM534,622 pada Disember 2009.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, Rafizi mendakwa pembelian itu dibuat oleh National Meat and Livestocks Corporation, sebuah syarikat milik penuh keluarga Shahrizat.
Dakwanya, bayaran untuk membeli kenderaan terbabit pada Disember 2009 dibuat NMLC melalui dana yang disalurkan melalui NFC.
"(Bayaran untuk) menyelenggara pula dibuat terus daripada akaun NFC. Saya pasti ia adalah untuk kegunaan pengarahnya," dakwanya lagi.
Selain itu, Rafizi juga mendakwa, NMLC telah membeli dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya dengan bayaran berjumlah RM3,363,507.
PKR dedah pula dakwaan pembelian tanah, kenderaan
http://www.tranungkite
Shahrizat: “NFC tiada kaitan dengan saya”, timbul kemarahan orang ramai Approved by: paktam Topik: Artikel | ||
Oleh Wong Choon Mei Senator Umno Shahrizat Jalil enggan berdepan dengan dakwaan rasuah sekitar tuduhan penglibatan keluarga beliau dalam projek pengeluaran daging lembu negara, NFC. Akan tetapi, kedegilan beliau mungkin akan menghancurkan diri dan mempercepatkan kejatuhan politik beliau. Sudah ada suara-suara sumbang dalam Umno, yang juga sangat sinonim dengan perbalahan dalaman ; menggesa beliau untuk melepaskan jawatan tersebut. Nazri Abdullah KUALA LUMPUR, 30 Nov: Ucapan Muhyiddin malam tadi hanya 'memalukan dirinya' dan mencerminkan itulah tahap pemikiran sebenar beliau sebagai timbalan perdana menteri. Full Story...
|
No comments:
Post a Comment