Mansuh ISA: Zaid mohon maaf pada Najib
Bekas menteri Kabinet, Datuk Mohd Zaid Ibrahim hari ini dilaporkan memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana suatu ketika dahulu beliau tidak pernah yakin dengan keupayaan Najib untuk melakukan sesuatu termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Bernama melaporkan Mohd Zaid berkata ternyata pandangan beliau terhadap Najib adalah meleset sama sekali apabila Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan akta berkenaan semalam.
"Saya dahulu tidak yakin Najib mempunyai keberanian untuk membuat sesuatu yang besar dan hari ini saya minta maaf pada Perdana Menteri kerana akhirnya sanggup berbuat sesuatu yang bermakna dan besar untuk memansuhkan ISA ini.
"Saya sifatkan ini sebagai satu hadiah kepada rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di kediamannya di Kota Bharu.
Semalam Najib mengumumkan pemansuhan ISA dan memberi jaminan dua undang-undang baru yang akan digubal untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta perbuatan jenayah tidak akan digunakan untuk menahan mana-mana individu semata-mata kerana ideologi politik.
Selain itu, antara yang turut dimansuhkan ialah Akta Buang Negeri 1956, selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.
Mohd Zaid yang kini Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) berkata apa yang dilakukan Najib itu telah memberi nafas baru kepada istilah demokrasi untuk terus subur di negara ini.
Beliau yakin Najib tidak mempunyai agenda politik dalam mengumumkan pemansuhan berkenaan dan meminta semua rakyat dan pembangkang agar menyokong setiap pembaharuan yang mahu dilaksanakan Perdana Menteri demi rakyat.
Sementara itu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyokong pemansuhan ISA yang bagi beliau sepatutnya dilakukan sejak dahulu lagi.
"Ia memang selari dengan kehendak kita (pembangkang) kerana ISA ini tidak selari dengan kehendak Islam dan melanggar hak asasi manusia.
"Kita ada hakim dan lawyer (peguam). Tak perlu ada ISA yang bertindak tidak betul ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat negeri di Padang Majlis Daerah Machang.
- Bernama
Bernama melaporkan Mohd Zaid berkata ternyata pandangan beliau terhadap Najib adalah meleset sama sekali apabila Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan akta berkenaan semalam.
"Saya dahulu tidak yakin Najib mempunyai keberanian untuk membuat sesuatu yang besar dan hari ini saya minta maaf pada Perdana Menteri kerana akhirnya sanggup berbuat sesuatu yang bermakna dan besar untuk memansuhkan ISA ini.
"Saya sifatkan ini sebagai satu hadiah kepada rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di kediamannya di Kota Bharu.
Semalam Najib mengumumkan pemansuhan ISA dan memberi jaminan dua undang-undang baru yang akan digubal untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta perbuatan jenayah tidak akan digunakan untuk menahan mana-mana individu semata-mata kerana ideologi politik.
Selain itu, antara yang turut dimansuhkan ialah Akta Buang Negeri 1956, selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.
Mohd Zaid yang kini Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) berkata apa yang dilakukan Najib itu telah memberi nafas baru kepada istilah demokrasi untuk terus subur di negara ini.
Beliau yakin Najib tidak mempunyai agenda politik dalam mengumumkan pemansuhan berkenaan dan meminta semua rakyat dan pembangkang agar menyokong setiap pembaharuan yang mahu dilaksanakan Perdana Menteri demi rakyat.
Sementara itu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyokong pemansuhan ISA yang bagi beliau sepatutnya dilakukan sejak dahulu lagi.
"Ia memang selari dengan kehendak kita (pembangkang) kerana ISA ini tidak selari dengan kehendak Islam dan melanggar hak asasi manusia.
"Kita ada hakim dan lawyer (peguam). Tak perlu ada ISA yang bertindak tidak betul ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat negeri di Padang Majlis Daerah Machang.
- Bernama
http://www.malaysiakini.
Relaks dulu - Jangan terburu-buru untuk beraya, nanti kecewa |
Posted on Friday, September 16 @ 09:09:53 PDT by paktam Oleh Aspan Alias Pengumuman memansuhkan ISA oleh PM semalam kita alu-alukan, tetapi jangan merayakannya terlalu awal kerana kita belum lagi melihat deraf Akta baru yang akan mengambil tempat ISA itu. Lagi pun perjuangan kita bukan setakat memansuhkan ISA tetapi banyak lagi isu yang lebih merbahayakan negara dari isu pemansuhan ISA ini. Mansuhnya ISA itu tidak bermakna semuanya telah selesai dan kita boleh hidup dalam keadaan aman dan tanpa disedari kita dilelapkan mata atau ditutupi pandangan kita daripada isu-isu besar lain yang telah menjadi kudis kepada kehidupan rakyat. Tentulah isu pemansuhan ISA dan pemansuhan tiga deklarasi dharurat ini akan dijadikan modal politik oleh pihak pemerintah untuk menagih sokongan ramai dalam pilihanraya nanti malahan pemerintah ingin menggunakan isu ini untuk mengadakan pilihanraya secepat yang mungkin. Sebagai pemerintah tentulah mereka mahu satu isu yang mereka anggap besar bagi menutupi isu-isu besar yang lain dari pandangan rakyat. Dalam keadaan politik sekarang pemansuhan ini tidak mungkin memberikan apa-apa tambahan kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan kerana Najib masih lagi membisu terhadap isu Bersih dengan 8 tuntutannya yang melibatkan orang ramai. Apa yang jelas apa yang dilakukan oleh Najib ini merupakan tindakan unilateral beliau sahaja kerana hanya sehari sebelum pemansuhan ini Hishamudin masih masih lagi menyatakan bahawa ISA belum lagi ada pertimbangan kerajaan untuk dimansuhkan. Isu ISA ini tidak pula melibatkan rakyat yang ramai kerana ianya hanya berkaitan dengan segelintir yang bergerak dalam siasah dan politik dan hanya melibatkan beberapa orang sehaja jika ISA dilaksanakan terhadap mereka. Tetapi isu rasuah merupakan isu yang terbesar yang dihadapi oleh kerajaan pada hari ini. Mungkin pemimpin kerajaan akan berfikir yang setelah ISA dimansuhkan ianya akan mendapat markah yang tinggi dan akan mendapat sokongan rakyat, tetapi hakikatnya persepsi rakyat terhadap kebersihan pentadbiran pimpinan pada hari ini sentiasa bertambah dari hari ke hari dan bulan kebulan. Bagi mereka yang giat memperjuangkan pemansuhan ISA ini mereka tetap meletakan isu rasuah dan salah guna kuasa sebagai isu yang terhadapan sekali. Rakyat masih tidak berhenti untuk memperjuangkan isu rasuah ini kerana Akta Rahsia Resmi 1971 masih tidak di sentuh oleh Najib. Akta ini telah menghalang rakyat untuk melihat ketelusan kerajaan dalam pengendalian kerajaan. Akta Rahsia Resmi ini contohnya telah menghalang rakyat untuk mengetahui kandungan dan cara kerajaan memberikan konsessi lebuhraya kepada syarikat konsessi. Isu konsessi lebuhraya ini merupakan isu yang besar kerana rakyat sangat terbeban dengan kos perjalanan di antara satu tempat dengan tempat yang lain. Masih belum diberitahu rakyat bila konsessi ini akan berakhir kerana sedang menunggu masa untuk berjalan tanpa halangan tol di mana-mana. Segala-gala projek besar yang dirunding terus kebanyakannya dilindungi oleh Akta Rahsia Resmi ini dan maka rakyat berkeyakinan yang ada perkara-perkara yang cuba dilindungi dari pengetahuan rakyat dan dalam kerahsiaan inilah berlakunya rasuah dan salah guna kuasa yang melibatkan pemimpin dan pelaksana kerajaan. Perkara ini sudah berlarutan sejak hampir 3 dekad dahulu dan ianya harus dihentikan. Oleh kerana kerajaan tidak mampu untuk memberhentikannya elok rakyat yang melakukan perubahan ini. Rakyat tahu, jika kita mahukan kepastian untuk mewariskan kehidupan yang baik semasa kita sudah tiada lagi ialah dengan mewariskan kerajaan yang telus dan bersih dari rasuah. Rakyat sekarang berwajib untuk mengambil alih perjuangan membenteras rasuah ini kerana pemimpin kita tidak boleh diharapkan untuk memperjuangankan isu negara yang sangat besar ini. Rakyat berhak untuk melalui proses ‘trial and error’ sehingga sampai ke matlamat mendapat kerajaan dan pemerintah yang bersih dari rasuah dan salah guna kuasa ini. Rakyat sudah telalu mual dan tidak lagi mudah untuk termakan retorik dan ucapan yang bergegar-gegar kerana mereka sudah sedar bahawa selama ini mereka telah terpedaya dengan janji dan retorik kosong yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang ada pada hari ini. Apa yang rakyat mahu sekarang ialah untuk melakukan pilihan secara telus dan itulah sebabnya rakyat tidak mahu lagi usaha mereka untuk membuat pilihan mereka tergendala oleh kerana penipuan yang mereka rasakan dilakukan oleh pihak yang berkuasa setiap pilihanraya berlaku. Kita mesti bertegas dengan desakan untuk melaksanakan pilihanraya secara gentleman dan telus. Pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab mutlak untuk mempastikan desakan ini dituruti dengan tindakan yang jujur untuk diperbaiki dan diperbetulkan. Jangan biarkan rakyat merasa tertekan dengan intrigue kotor yang sering dilakukan sejak zaman berzaman. Tuntutan pembangkang untuk bersama-sama menggunakan media massa perdana untuk menyampaikan mesej kepada rakyat semasa pilihanraya merupakan satu tuntutan yang wajib dilaksanakan kerana selama ini media massa perdana seperti TV1, TV2 TV3 dan yang lain-lain hanya dikuasai oleh pemerintah sedangkan saluran TV itu adalah milik rakyat yang menggunakan wang dari cukai rakyat termasuk ahli-ahli parti pembangkang. Jika parti pembangkang tidak dibenarkan menggunakan saluran-saluran TV milik rakyat itu saya cadangkan supaya ahli-ahli pembangkang dikecualikan dari membayar semua cukai kepada kerajaan. Najib perlu mengambil langkah adil kepada semua pihak termasuk parti-parti pembangkang di dalam pilihanraya umum nanti. Rakyat yang tertekan akan membawa padah yang buruk kepada negara dan ini telah terbukti dengan apa yang kita lihat berlaku di banyak negara di dunia ini dalam mana sekuat mana pun sesebuah kerajaan itu jika ditolak oleh rakyat kerajaan itu akan jatuh bergelimpangan di hadapan mata rakyat nya sendiri. Seperkara yang perlu dilakukan oleh Najib sekarang ialah untuk menggunakan pengaruh pihak Lagislatif untuk menggubal undang-undang yang ketat supaya rakyat tidak dibenarkan bercakap tentang isu-isu rasis yang boleh memecah belahkan rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Selagi usaha ini tidak dilakukan selagi itulah kita tidak boleh mengaku yang pimpinan kita telah melaksanakan transformasi seperti yang diwar-warkan oleh mereka melalui media massa perdana dan lain-lain. http://aspanaliasnet.blogspot.com |
Prof Zainal: Saya juga lihat kehadiran British sebagai penjajahan
September 16, 2011
KUALA LUMPUR, 16 Sept — Prof Dr Zainal Kling dari Majlis Profesor Negara, yang sejak minggu lalu berhadapan dengan kritikan ekoran pendiriannya bahawa negara ini tidak pernah dijajah oleh British, hari ini menjelaskan pendiriannya — beliau juga melihat kemunculan kuasa Eropah itu sebagai satu “penjajahan.”
“. . . ingin saya tegaskan bahawa saya melihat kehadiran British itu sebagai penjajahan juga dan telah membawa kesan dan natijah yang amat buruk terhadap bangsa Melayu dan golongan-golongan lain,” kata beliau dalam e-mel penjelasan kepada Harakahdaily hari ini.
Namun, kata beliau, terdapat sedikit perbezaan antara penjajahan berbentuk koloni seperti berlaku di Negeri-Negeri Selat iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang serta di Kanada, Australia ataupun malahan India, dengan penjajahan berbentuk “protectorate” dalam Negeri-negeri Bersekutu dan Negeri-negeri Tidak Bersekutu.
Katanya, Singapura mempunyai Sultan Husin Syah tetapi kerana pulau itu sebuah koloni, maka institusi raja tersebut terhapus begitu sahaja.
“Sebaliknya, Kelantan adalah sebuah ‘protectorate’ maka institusi raja, keistimewaan Melayu serta pelbagai peruntukan perundangan Perlembagaan Persekutuan dan negeri-negeri itu dapat kekal hingga menjadi bentuk kerajaan pada masa ini.
“Perbezaan ‘tipis’ (seperti kata Pakar Perlembagaan Profesor Aziz Bari) ini harus menjadi pemahaman oleh semua, bukan hanya oleh pakar yang bijaksana kerana ia mempunyai makna dan implikasi yang amat asasi serta bernatijah dalam kewujudan warganegara, negara dan negeri masa kini dan akan datang,” kata Zainal lagi.
Selain Zainal, pendirian yang seiring juga dilontarkan oleh Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.
Kenyataan mereka mengundang kontroversi baru ketika polemik mengenai kenyataan berkaitan tragedi Bukit Kepong pula belum reda.
Malah awal minggu ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.
Perdana Menteri keempat itu berkata, British telah bertindak seolah-olah “kita dijajah.”
“Sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini.
“Dari segi itu, kita tidak ditawan. Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka bertindak seolah-olah kita dijajah,” kata beliau.
Laporan media hujung minggu lalu menyebut berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu “tidak pernah terjajah”, sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.
Bagaimanapun Aziz dan Pengerusi Yayasan 1 Malaysia Dr Chandra Muzaffar tidak bersetuju dengan pendirian mereka sambil menegaskan negara ini pada hakikatnya telah dijajah oleh kuasa asing termasuk British.
Dalam penjelasannya, Zainal juga berkata, Negeri-negeri Bersekutu atau Negeri-negeri Tidak Bersekutu tidak pernah menjadi koloni atau tanah jajahan British.
“Tanah Melayu tidak pernah terjajah kecuali Pulau Pinang, Melaka dan Singapura walaupun kesan pentadbiran itu merupakan satu bentuk ‘penjajahan’.
“Penilaian pengkaji sejarah kolonialisme British terhadap perilaku ‘penjajahan’ British itu disifatkan sebagai ‘breach of trust’ dan ‘indirect rule’. . . mereka melakukan penjajahan walaupun tidak sahih,” katanya.
Kata beliau, pada realitinya ketika zaman British ada beza antara pentadbiran Singapura dengan Kelantan atau Terengganu.
“Bezanya cukup banyak dan jelas dari segi kuasa, pentadbiran dan hubungan luar. Kedua, walaupun antara koloni dan ‘protectorate’ berbeza tetapi kesan dari pentadbiran ‘protectorate’ adalah juga penjajahan.
“Oleh kerana itu, para ahli undang-undang seperti Roland Braddell melihatnya sebagai pecah amanah. Para ahli sejarah seperti R. Emerson, melihatnya sebagai pemerintahan tak langsung. Kedua-duanya penilaian itu adalah melihat kesan pentadbiran British sebagai ‘penjajahan’ juga,” tambah beliau.
No comments:
Post a Comment