Cuba Banding

Saturday, October 26, 2013

PRICE CONTROL - Idea dari Pekerja2 PETRONAS,CALTEX kalau betul.....why not try?.....

this is not scam and hot talking about political
issues..just read it..tq..
PRICE CONTROL - Idea dari Pekerja2
PETRONAS,CALTEX
kalau betul.....why not try?.....
Tolong baca sampai habis*.buah fikiran yg sangat baik*.mari kita renung dan fikir fikirkan*kemudian kita lakukan. Idea daripada orang-orang yang kerja kat
PETRONAS -
price contro Idea yang sangat menarik? Tapi adakah ianya berkesan?
Nampaknya menjelang tahun depan harga petrol akan menghampiri RM 3.00.
Mahu supaya harga petrol turun? Kita perlukan satu tindakan bijak dan bersepadu.
Philip Hollsworth menawarkan idea bagus ini. Ianya LEBIH BERKESAN berbanding kempen jangan beli petrol pada hari tertentu' yang dilakukan pada April atau Mei lalu. Syarikat minyak hanya akan mentertawakan seba b merekatahu dengan tidak membeli petrol, kita akan menyusahkan diri sendiri. Ia lebih menyusahkan pengguna sendiri berbanding penjual.
Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang mencadangkan pelan yang benar-benar berkesan.Sila teruskan membaca dan ambillah bahagian dalam rancangan ini.
Mengikut kenyataan dari negara-negara pengeluar minyak anggota OPEC harga seliter petrol adalah semurah 89 hingga 95 sen sahaja. Tetapi syarikat-syarikat pembekal minyaklah yang mengaut keuntungan besar dari situasi sekarang ini. Kita sebagai pengguna perlukan tindakan agresif untuk 'mengajar' mereka bahawa PEMBELI juga ada kuasa untuk yang mengawal harga, bukan penjual sahaja.
Dengan harga petrol yang naik begitu tinggi sekarang ini, kita pengguna perlu bertindak segera. Satu cara yang disarankan untuk menurunkan harga petrol ialah dengan memberikan tamparan 'market leader' industri berkenaan, iaitu dengan tidak membeli petrol dari penjual tertentu. Ini dapat kita akukan tanpa
menyusahkan diri kita sendiri. Ideanya begini :-
Untuk sepanjang tahun ini, JANGAN beli petrol dari PETRONAS
Syarikat gergasi inilah yang sebenarnya mengawal harga runcit petrol dan mengaut keuntungan untuk diri mereka sendiri.
Jika mereka tidak merasa penjualan petrol mereka menurun secara tiba-tiba sedangkan pesaing mereka akan terus maju, mereka akan mula menurunkan harga. Dan jika mereka berbuat demikian yang lain akan turut serta. Tetapi, untuk kaedah ini memberi kesan, kita kena memberitahu berjuta pembeli PETRONAS Ia sangat mudah dilakukan. Saya akan terangkan disini caranya:-
Saya menghantar mesej ini kepada ramai orang.Jika setiap kita menghantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (30 x 10 = 300)? Dan 300 orang ini hantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (300 x 10 = 3,000)? dan seterusnya. Sebaik mesej ini sampai kepada generasi penerima yang ke 6, ia sebenarnya telah disebarkan kepada lebih TIGA JUTA pengguna petrol. Sekali lagi apa yang perlu anda lakukan ialah :
1) Menghantar mesej ini kepada 10 orang atau lebih, itu saja.
2) Berhenti dengan serta merta membeli petrol dari PETRONAS
Itu sahaja.....
Berapa lama ia akan berlaku? Jika setiap kita menghantar email kepada 10 orang dalam satu hari, semua 3 JUTA orang akan dapat dihubungi dalam masa 8 hari sahaja.
Saya cabar anda, jangan sangka anda tiada kuasa, bertindak secara bersama. Ia pasti akan membuahkan hasil.
Jika anda terima sar ana n ini, sila sebarkan email ini.
TOLONG KEKALKAN KOMITMEN ANDA SEHINGGA MEREKA TURUNKAN HARGA DALAM LINGKUNGAN 80 SEN SELITER.
Mudah saja, anda cuma perlu....... ......
1. Forwardkan email ini kepada kawan-kawan dan kenalan,
2. Beli petrol dari SHELL , ESSO sahaja .....jauhi diri anda dari stesyen petrol PETRONAS
 
 
https://www.facebook.com/aqmal.10
2Like · ·

Isteri dan saudara suspek bunuh pegawai bank ditahan bersama RM20k

Friday, October 25, 2013

isteri dan saudara suspek bunuh pegawai bank ditahan bersama RM20k

Polis menahan tiga individu iaitu ahli keluarga pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank dalam kejadian di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya dekat sini Rabu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, dua individu yang ditahan itu bekerja sebagai pengawal keselamatan manakala seorang lagi adalah isteri suspek.

Kesemua mereka berusia antara 20 hingga 30 tahun.

“Hasil siasatan mendapati kesemua suspek adalah rakyat negara jiran yang menggunakan kad pengenalan palsu. Mereka ditahan pada malam kejadian di Bukit Kemuning, Klang,” katanya kepada pemberita di Pusat media Polis di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian 6.18 petang Rabu lalu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh pengawal keselamatan yang bekerja di bank yang sama ketika mangsa membuka peti besi di bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Tambah Mohd. Shukri siasatan awal juga mendapati suspek telah mengagih-agihkan wang rompakan selepas melarikan diri dari bank berkenaan termasuki kepada tiga ahli keluarganya.

Katanya, hasil penahanan itu polis menemui wang tunai RM20,000 iaitu sebahagian hasil rompakan berjumlah RM450,000.

Ujarnya, wang RM20,000 itu telah disembunyikan oleh dua pengawal kekelaman berkenaan di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya yang juga lokasi mereka berdua bekerja.

“Polis akan terus memburu suspek yang dipercayai masih berada di negara ini serta akan menyiasat bagaimana suspek memperoleh kad pengenalan selain dibenarkan menggunakan senjata api,” ujarnya.

Beliau menambah, suspek bukanlah berasal dari Sabah sebaliknya warganegara jiran bernama Ardi Hamza dan berusia 37 tahun... lapor mStar

adios
Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

http://www.wasukalu.com/2013/10/isteri-dan-saudara-suspek-bunuh-pegawai.html

Rahsia Di Sebalik Tragedi Pegawai Bank Di Tembak Tersebar

25 Oktober, 2013

Rahsia Di Sebalik Tragedi Pegawai Bank Di Tembak Tersebar

Kini telah menjadi perbualan secara terbuka dimana-mana saja bahawa pengawal keselamatan yang menembak mati seorang wanita Pegawai Bank AmBank di USJ Sentral, semalam dan melarikan sejumlah wang bekerja dengan syarikat yang dimiliki oleh seorang exco wanita UMNO Malaysia.
Securiforce Sdn Bhd ... Pengarah Eksekutif, Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. (Securiforce) ialah Datuk Maznah Hamid. Jika kisah ini benar maka perlu pihak berwajib dan berkuasa yang mengeluarkan lesen dan permit syarikat keselamatan yang membolehlah para pengawalnya membawa dan menggunakan senjata api memberikan penjelasan sebab di percayai juga pengawal keselamatan berkenaan memiliki MyKad Palsu.
Rakyat ingin tahu akan kebenaran sehingga ke akar umbi tanpa ada sebarang percubaan untuk melindungi.


Kementerian Dalam Negeri mempunyai prosedur dan tata cara yang amat ketat untuk mengeluarkan lesen bagi pengawal keselamatan membawa dan menggunakan senjata api.


Jika ada sebarang perlanggaran syarat permit dan lesen di keluarkan kepada Syarikat Securiforce Sdn Bhd jika benar pengawal keselamatan ini bertugas dan berkhidmat dengan dengan berkenaan.. perlu dan wajar segera diambil tindakan (baca sini).


Sekiranya perlu heret Pengarah Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd ke muka pengadilan dipersilakan tanpa ada perasaan gentar dan memihak.
 
 
http://addin77.blogspot.com/2013/10/rahsia-di-sebalik-tragedi-pegawai-bank.html