Cuba Banding

Thursday, January 5, 2012

Edaran Segera – Isu 901

Kenyataan Media Untuk Edaran Segera – Isu 901
Posted on Thursday, January 05 @ 02:45:16 PST
Dilulus untuk paparan oleh danialrazali

Kenyataan Media

Oleh : Malaysia Tribune Melayu

5 Januari 2012 : Hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak rakyat yang sejajar dengan semangat keperlembagaan. Ianya merupakan antara teras kepada amalan sesebuah negara demokratik. Justeru sebarang usaha atau tindakan yang menggasir hak untuk berhimpun secara aman dan hak menyatakan pendirian politik (political expression) rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan asas pembentukan negara Malaysia yang demokratik, bebas dan merdeka. Pencabulan ke atas hak ini dianggap sebagai mengkhianati asas penubuhan negara Malaysia yang merdeka.

Oleh itu saya menyambut baik kenyataan YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang memperlihatkan kesediaan pihak polis untuk berbincang dengan KEADILAN dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman 901 untuk membantah rekayasa politik ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim. KEADILAN menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan pihak polis demi memastikan perhimpunan aman ini berjaya diteruskan dengan aman dan teratur.
KEADILAN tegas menyeru semua anggota parti dan penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran untuk berhimpun secara aman dan menyatakan sokongan terhadap reformasi demi rakyat dan negara Malaysia yang tercinta.
KEADILAN turut menggesa pihak polis untuk memelihara keselamatan awam termasuk para demonstran dan rakyat keseluruhannya yang berhimpun di Kuala Lumpur. Kita berharap insiden keganasan seumpama tragedi UPSI dan BERSIH tidak akan berulang. Ini adalah peluang terbaik Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk memulihkan imej polis yang sekian lama tercalar dan mengembalikan keyakinan awam terhadap institusi polis selaras dengan janji Perdana Menteri untuk melaksanakan transformasi politik di dalam pentadbirannya.
Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden KEADILAN
# lagi berita Malaysia Tribune Daily : Disini
# Lagi berita Malaysia Tribune melayu : Disini

Datuk Fix-it

Kebodohan Najib: ‘Datuk Fix-it’ dijadikan kambing hitam keluarga Sharizat
Posted on Wednesday, January 04 @ 05:39:22 PST
Dilulus untuk paparan oleh saddiqsigaraga

ArtikelOleh Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei

Mendakwa Shamsubahrin Ismail juga dikenali sebagai ‘Datuk Fix-it’ dengan menipu Salleh Ismail, bos NFC yang juga suami kepada menteri Sharizat Jalil adalah penghinaan kepada tahap pemikiran rakyat Malaysia.

Terutama sekali jumlah yuran konsultasi Shamsuharin yang mencapai RM 1.76 juta berbanding RM250 juta kemudahan kredit dari kerajaan yang telah diberikan kepada Salleh dan anak-anaknya yang telah diselewengkan.

Yang sebenarnya menjadi isu adalah kegagalan projek lembu NFC yang telah mencetuskan kemarahan rakyat dan meminta siasatan sepenuhnya dijalankan. Sharizat bukanlah menteri yang menyerlah dan mempunyai personality yang akan meragukan untuk dibiarkan begitu sahaja. Sharizat sepatutnya lebih arif tetapi dia tidak belajar dari kesilapan atau sememangnya dia sudah tidak ada jalan keluar selain dari meletak jawatan yang nampaknya bukanlah sesuatu yang mahu dilakukan.

Salleh dan seluruh keluarganya, termasuk mereka yang memberi projek itu kepada mereka telah didakwa korupsi di tahap tinggi dan bukan orang yang telah menipunya. Ini merupakan kes tersalah ambil tindakan keatas orang.

Tidak hairanlah apabila nampaknya si Shamsubahrin tersenyum ke stesen polis, kemudian ke mahkamah dimana rakyat Malaysia akan menyaksikan dirinya dipenjarakan buat masa yang singkat. Akhirnya, dia akan menuntut haknya di bank nanti setelah selesai semuanya.

Najib, sebahagian daripada konspirasi untuk mengalihkan perhatian
Bagaimana Perdana Menteri Najib Razak, yang juga Presiden UMNO boleh menganggap rakyat itu bodoh? Nyanyukkah dia? Mungkin juga ya, kerana telah menghadapi pelbagai tekanan dari dalam dan luar UMNO. Tapi, ini masih bukanlah alasannya untuk tidak memberi arahan yang betul kepada pihak SPRM dan juga polis.

Jawapan yang paling logik bagi sandiwara ini ialah untuk memberi Sharizat lembaran baru kerana skandal NFC adalah sesuatu yang agak rumit dan para pemimpin UMNO sedang bergelut dalam merebut kuasa. Bagi pemimpin UMNO yang sama spesis Sharizat, ini adalah sesuatu yang agak buruk. Tapi bagi mereka seperti Raja Nong Chik, yang khabarnya diberi lampu hijau dari NAjib untuk mencabar Sharizat di kerusi Lembah Pantai yang sedang disandang oleh Nurul Izzah, timbalan presidan PKR dan juga anak kepada ketua pambangkang, Anwar Ibrahim.

Seorang lagi broker kuasa UMNO, Mahathir Mohammad boleh menggunakan skandal ini untuk menjatuhkan Najib tetapi dalam pada itu boleh juga terus menghancurkan parti. Najib juga boleh menggunakan episod NFC ini untuk memberi amaran kepada semua supaya jangan berani mencabarnya. Dia boleh menggunakan kuasanya untuk mengenepikan semua kritikan yang mengejeknya sebagai lembu cucuk hidung oleh isterinya Rosmah Mansur, dengan membongkar juga skandal NFC ini. Tapi sedihnya, Najib dan UMNO sedang mengambil masa yang lama agar strategi lain boleh diambil dan melenyapkan isu skandal dan rasuah NFC diri sendiri sebelum PRU ke 13 nanti.

Buat rakyat pula, sudah dihidu permainan Najib yang cuba untuk mengalihkan perhatian daripada isu sebenar; penyelewengan wang rakyat oleh keluarga Sharizat untuk membeli harta dan kediaman mewah yang tiada kena mengena dengan perladangan. Walau apa pun, Pakatan Rakyat akan menggunakan isu ini ke atas UMNO dan lebih banyak lagi perbuatan keji akan dibongkar seperti Scorpene dan pembunuhan Altantuya dan kegagalan UMNO dalam mengambil tindakan yang sepatutnya dan membiarkan mereka yang bersalah terlepas begitu sahaja.

Ahli parti cuma mampu menyaksikan pemimpin bergelut merebut kuasa

Malangnya, apabila pemimpin atasan didapati menyalahguna kuasa, dan korup, ahli UMNO Cuma mampu memerhatikan saja apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka ini. Mereka mungkin juga akan melupakan semua ini dan membiarkan ianya terkubur begitu sahaja seperti apa yang sering berlaku sebelum ini.

Ada di pemerhati politik percaya yang kali ini, tidak semua ahli yang akan bersetuju untuk membiarkan pemimpin tertinggi cuba mendiamkan sahaja. Kebanyakkan mereka akan dijangka menggunakan isu ini sebagai jalan untuk menaikkan karier politik sendiri seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka dan apa tidaknya? Mereka tak akan kehilangan apa-apa pun.

Jadi, bila ramai ahli UMNO melihat musibah Sharizat dan NFC ini sebagai cara untuk menaikkan diri sendiri, cara Najib menggunakan Shamsubahrin sebagai kambing hitam untuk menyelesaikan dakwaan ke atas Sharizat hanya akan menangguhkan kesannya nanti. Pergelutan dalam UMNO tidak dapat dibendung lagi kerana ianya semakin memuncak. Menikam dari belakang dan merancang kejatuhan yang lain adalah budaya UMNO dan saling tidak percaya sudah menular didalam parti yang terbesar di dalam Malaysia.

Sememangnya, pergelutan dalaman sudah semakin sengit hampirnya PRU ke 13 ini. Cerita sudah semakin menjadi-jadi dan sekutu berubah dalam sekelip mata. Jadi, mendakwa Shamsubahrin adalah satu tindakan yang bodoh untuk menarik perhatian rakyat, mencerminkan tekanan yang tinggi dan terdesaknya Najib sekarang. Najib sudah tidak tahu apa nak dibuat dalam kes Sharizat dan skandal ini telah memberi tekanan pula pada PRU ke-13 dari segi cara pengundi menilai kepimpinannya sehinggakan kepada senarai calon boleh menang yang akan membolehkan dia terus memegang kuasa.

Kesannya benar-benar menakutkan bagi mereka yang berada dalam Umno. NFC tidak boleh menjadi batu nisan akhir untuk Umno tetapi ia pasti akan memikirkan sebagai salah satu faktor utama yang menyumbang kepada terkuburnya UMNO nanti yang dulunya sebuah parti makmur tetapi kini sudah merundum dan dicemari rasuah.

Malaysia Chronicle 

http://www.tranungkite.

Kenapa Keputusan Perbicaraan DSAI Penting Utk Setiap Rakyat?

Kenapa Keputusan Perbicaraan DSAI Penting Utk Setiap Rakyat?
Posted on Wednesday, January 04 @ 01:26:43 PST
Dilulus untuk paparan oleh saddiqsigaraga

Kenyataan Media
Oleh: Truckster
"Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menyampaikan penghakimannya dalam perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Keseluruhan prosiding telah dikutuk dengan meluasnya sebagai perbicaraan bermotif politik, yang seringkali digunakan rejim-rejim kukubesi untuk menghancurkan musuh-musuh politik mereka.

Tetapi Anwar memiliki rekod panjang untuk tidak semudahnya menyerah kalah. Beliau telah mengisytiharkan bahawa apa jua keputusan pada 9 Januari ini, beliau tidak akan menyerah. Sebelum ini penjara tidak dapat mematahkan atau mendiamkan suara Anwar, semestinya juga tidak sekarang.
Tetapi apa yang dipertaruhkan di sini lebih daripada sekadar kebebasan peribadi pemimpin pembangkang. 54 tahun yang lalu, rakyat negara ini telah dijanjikan bahawa tanah air mereka yang baru merdeka akan bebas dan demokratik; dan hasrat rakyat itu telah diungkapkan dalam perundangan tertinggi negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan. Janji ini telah dengan sengaja dimungkir oleh gabungan politik yang memerintah negara ini sejak hari tersebut sampailah ke hari ini.
Badan kehakiman yang bakal memutuskan penghakiman ke atas Anwar Ibrahim pada 9 Januari, gagal untuk menegakkan kebebasan asasi yang terkandung dalam Perlembagaan dan membenarkan pihak Eksekutif untuk menginjak-injak hak-hak asas Rakyat. Oleh yang demikian, lebih setengah abad, rakyat telah menderita akibat undang-undang menindas, rasuah berleluasa dan penyalahgunaan amanah jawatan awam untuk keuntungan dan memperkayakan diri sendiri. Rakyat ialah pemilik tanah air ini yang sebenar-benarnya. Namun rakyat hanya menjadi peminta belas ehsan di pintu Putrajaya, di mana para pemimpin Umno/ BN dan mereka yang bergantung kepada kuasanya memerintah rakyat.
Lawan kepada rejim Umno adalah pakatan pembangkang yang diterajui Anwar, yang mana paksi tujuannya untuk memansuhkan kesemua perundangan menindas dan anti-demokratik serta mengembalikan kebebasan berperlembagaan kepada rakyat; untuk menamatkan kerugian besar-besaran akibat rasuah; dan untuk memastikan agihan kekayaan negara yang saksama dan adil. Kini Umno cuba untuk menghalang perjalanan hebat rakyat Malaysia ke arah kebebasan dengan cuba membunuh secara politik Anwar Ibrahim melalui sistem pengadilan yang berat sebelah dan mudah dipengaruhi.
Inilah sebabnya kenapa 9 Januari begitu amat penting untuk setiap rakyat Malaysia. Pendirian Anwar untuk tidak tunduk terhadap suatu sistem yang zalim, memberikan kekuatan dan harapan baru kepada rakyat dalam menghadapi kekuasaan penindas yang zalim itu, malahan mengukuhkan keyakinan rakyat untuk menuntut perubahan dan reformasi. Justeru, iannya merupakan saat-saat kemuncak dalam pertempuran untuk jenis negara dalam mana ingin kita hidup, serta jenis nilai-nilai yang kita mahu wariskan kepada generasi Malaysia akan datang. Apapun jua keputusannya pada 9 Januari ini, kita dapat mengambil hikmat bahawa tidak lama lagi akan tiba pula giliran Rakyat untuk menyampaikan penghakiman terhadap kerajaan zalim dan menganiaya ini.
Di keluarkan oleh,
N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
KEADILAN

Tuesday, January 3, 2012

Pakatan bersedia hadapi keputusan liwat Anwar minggu depan


January 03, 2012
PETALING JAYA, 3 Jan — Pemimpin Pakatan Rakyat hari ini berkata bersedia akan kemungkinan Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan dengan tuduhan liwat yang akan diputuskan pada 9 Januari ini, menambah rancangan baru akan dilaksanakan jika ia berlaku.
“Kepimpinan Pakatan Rakyat bukan sahaja saya dan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) tetapi Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang telah membincangkan perkara ini... Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami bersedia, perbincangkan pelbagai kemungkinan, satu, dua atau tiga senario,” katanya kepada pemberita.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata senario itu merujuk kepada kemungkinan Mahkamah Tinggi akan mensabit kesalahan, membebaskan Anwar, sabitkan dengan jaminan atau sabitan tanpa jaminan.
Tetapi pemimpin Pakatan Rakyat enggan mengulas sama ada ia bermaksud Anwar akan digantikan dengan pemimpin lain sekiranya dipenjarakan.
“Jangan risau pasal perkara ini...kami tahu apa yang perlu dilakukan. Mengapa anda bimbang,” kata Anwar (gambar) kepada pemberita sambil tersenyum.
Keputusan kes liwat Anwar akan diketahui pada Isnin ini, tuduhan yang telah dinafikan sekeras-kerasnya dengan mengatakan ia satu rancangan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.
Ketua pembangkang itu tidak ambil peduli tentang dakwaan beliau mengadakan lawatan ke luar negara semata-mata untuk mendapatkan sokongan dan simpati.
“Ia bukan hanya tentang 9 Januari, ia juga tentang skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan kenaikan kos hiduo,” katanya.
Anwar juga mengesahkan laporan The Malaysian Insider bahawa konvensyen Pakatan Rakyat yang akan diadakan pada 13 Januari hingga 14 Januari di Alor Setar, Kedah dan ia akan memberi fokus kepada manifesto parti perikatan itu.
Beliau berkata tema konvensyen itu adalah “Bersihkan Malaysia” dan akan memberi fokus kepad isu-isu yang melibatkan perkhidmatan awam, federalisme dan berkenaan mahasiswa dan beliau.
“Pakatan Rakyat mengecam sikap kerajaan BN terhadap perjuangan mahasiswa untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU),” kata Anwar merujuk kepada penahanan 17 aktivis mahasiswa semasa demonstrasi aman di Universiti Perguruan Sultan Idris pada pagi Ahad lalu.
Beliau turut mengumumkan cadangan Pakatan Rakyat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa saluran televisyen bebas perlu diwujudkan untuk mengeluarkan laporan yang adil semasa pilihan raya umum.
Anwar berkata saluran itu perlu diuruskan oleh SPR dan ia patut membenarkan liputan yang sama antara Pakatan Rakyat dan BN.

postedby http://www.themalaysianinsider.



Majlis Peguam: 901 Dibenarkan Oleh Perlembagaan
Posted on Tuesday, January 03 @ 02:07:35 PST
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Berita
Oleh: mirputra
" SHAH ALAM, 3 JAN : Isu berhubung himpunan 901 sempena dengan pengumuman kes fitnah Liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sama sekali tidak bercanggah dengan undang-undang negara malah dibenarkan oleh Perlembagaan. Ini kerana himpunan yang bakal diadakan itu sekadar perhimpunan untuk memberi sokongan kepada DSAI yang dibicarakan semenjak hampir 3 tahun lalu berhubung konspirasi untuk mengaibkan Anwar di mata rakyat oleh musuh-musuh politik beliau.


Menurut Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee tidak tertulis di mana-mana perlembagaan pun bahawa kehadiran sebagai tanda sokongan kepada tertuduh di mahkamah adalah satu kesalahan.
"Mahkamah adalah tempat terbuka kepada orang ramai untuk hadir mendengar perbicaraan.
"Malah orang ramai mempunyai hak untuk hadir ke mahkamah apa lagi untuk memberi sokongan kepada tertuduh selain mendengar keputusan yang akan diberikan," ujar Lim memberi ketika dihubungi TV Selangor.
Lim turut memberitahu bahawa jumlah yang akan hadir ke perhimpunan itu nanti bukan satu isu untuk dijadikan alasan pihak berkuasa bahawa perkara tidak diingini akan berlaku.
"Sebaliknya jika pihak polis memberi kerjasama mengawal keadaan, saya tidak melihat sebarang masalah untuk rakyat yang prihatin berhimpun memberi sokongan kepada sesiapapun yang mereka ingini," tegas Lim yang dihubungi melalui panggilan telefon.
Berhubung dakwaan seorang menteri bahawa Majlis Peguam menjadi alat politik, Lim pantas menjelaskan itu bukan isu yang perlu dibangkitkan.
"Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak atau individu. Sebagai pengamal dan penegak perundangan kami cuma berminat pada asas perundangan iaitu keadilan yang menjadi hak setiap manusia," katanya lagi.
Lim turut membangkitkan sikap 'Double Standard' pihak berkuasa dalam menangani isu-isu seperti ini bilamana perhimpunan yang membabitkan PKR seringkali diprovokasi dengan isu keselamatan.
"Sikap double standard ini sangat mendukacitakan malah menjatuhkan karisma, keupayaan dan professionalisme pihak berkuasa polis dalam menjalankan tugas mereka.
"Sambutan Tahun Baru dihadiri oleh puluhan ribu rakyat dibolehkan dan dapat berlaku dengan baik hasil kerjasama pihak berkuasa juga. Tapi mengapa pula kes seperti ini yang tidak pun melanggar mana-mana undang-undang dijadikan isu?," soal Lim kembali.
Lim dengan positif juga menyatakan bahawa mereka yang akan hadir 9 Januari ini pasti terdiri dari golongan yang cintakan perundangan yang adil dan tidak akan sesekali mencetuskan huru-hara walau apapun keputusan mahkamah seperti yang cuba digemburkan sesetengah pihak.
"Saya harap orang ramai akan hadir memberikan sokongan kepada DSAI. Himpunan ini penting bukan sekadar membela DSAI semata-mata sebaliknya penting kepada orang awam juga berkenaan sistem perundangan negara yang semakin parah.
"Hadirlah beramai-ramai untuk menunjukkan bahawa rakyat hari ini sudah bosan dan jemu dengan konspirasi dan fitnah seperti ini dan rakyat menolak sebarang ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku," ujar Lim lagi.
sumber: TV Selangor
http://www.tranungkite.