Cuba Banding

Saturday, December 31, 2011

Datuk "NFC" Didakwa, ,Sharizat Dan Suami Selamat.

Datuk "NFC" Didakwa, ,Sharizat Dan Suami Selamat.
Multimedia, Audio & VideoBlog Liang Lahat

Pantas dan cekap je polis dan SPRM buat kerja untuk menahan,menyoal siasat dan mendakwa deorang ahli perniagaan bergelar Datuk atau pun kini dikenali sebagai Datuk NFC"..

Lelaki berusia 45 yang sebelum ini didakwa mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Suami Sharizat namun cepat-cepat dinafikan oleh Suami Sharizat bahawa lelaki 45 tahun tu tak ada kena mengena dengan beliau.

Lelaki itu cuba merasuah pegawai polis sebanyak RM1.7juta,yang ketika itu sedang menjalankan siasatan berhubung skandal Fidlot melibatkan pinjaman mudah kerajaan kepada keluarga Sharizat sebanyak RM250 juta 

Namun keluarga Sharizat menyalahgunakan dana rakyat tersebut bagi membeli harta yang tiada kaitan langsung dengan bidang ternakan lembu,kerbau mahupun itik...

"Datuk NFC" tersebut dijangka akan didakwa di mahkamah pada hari ini...

Lelaki yang memiliki beberapa syarikat termasuk perkhidmatan limosin itu direman polis dan diserahkan kepada SPRM pada 22 Disember.

Cepat dan pantas..
itulah yang aku dapat gambarkan hasil usaha polis dan SPRM ni..

Mereka cekap dalam tugas mereka untuk menjadikan seseorang itu sebagai "kambing hitam"..
untuk menutup sesuatu yang lebih besar.. mereka cekap dalam hal tersebut.. 

Supaya orang kampung boleh ditipu dengan mengatakan kerajaan "tegas" dalam menjalankan siasatan..

Namun untuk menyiasat si pelaku utama penyelewengan dalam skandal fidlot yang masih lagi bebas kesana kemari..
polis dan SPRM seolah-olah tiada kuasa.... 
ibarat lembu fidlot yang dicucuk hidung.. 

Adakah polis tidak mampu untuk melakukan siasatan..?
tidak mampu untuk menyiasat pembelian kondo mewah di Singapura..?

"kelembapan" pihak berkuasa menjalankan siasatan telah  menyebabkan NGO Jingga 13 bertindak menerjah kondo mewah milik keluarga Kak Jat ni..

Jingga 13,walau di dalam kesukaran dan kepayahan dari segi kewangan dan tenaga tetap juga berusaha pergi ke Singapore bagi mendedahkan kondo mewah berharga RM9.9 juta di Ochard Scotts..

Walaupun mendapat pelbagai halangan untuk masuk ke kawasan kediaman elit tersebut,Jingga 13 berupaya juga membuat liputan video di sekitar Kondo mewah tersebut..
saksikan..
 
 
Bila melibatkan pemimpin UMNO jer Polis akan jadi lemah lutut... jadi macam orang kena sihir.. 
jadi bodoh. 
Posted on Friday, December 30 @ 18:25:10 MYT by aya

http://www.selatanonline.

Friday, December 30, 2011

Ini Pula....Restoran mewah keluarga Shahrizat di Singapura

29/12/2011


MeatWorks restoran mewah keluarga Shahrizat di Singapura

Kongsi101


SEBELUM ini telah disiarkan beberapa keping gambar kondominium mewah Orchard Scotts di Singapura milik keluarga Shahrizat Jalil yang dibeli menggunakan wang NFC (sebut National Family Corruption) [Kondo Singapura].

ReJaM© bersama aktivis jingga 13 juga berjaya menemukan Restoran Makanan Mewah, MeatWorks milik keluarga Shahrizat di Ion Orchard, Singapore yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

Di restoran mewah inilah salah satu destinasi terakhir daging-daging lembu dari ladang NFC dihantar.


Aktivis Jingga 13 dapat melihat dengan mata kepala mereka sendiri, kehebatan Restoran makanan mewah, MeatWorks yang terletak di dalam bangunan sebuah pusat membeli belah mewah yang terletak di tengah-tengah kota Singapura itu.


Setibanya kami di situ, kami disapa oleh seorang pekerja wanita berbangsa cina. Salah seorang aktivis Jingga 13, Kwan Chen memberitahu bahawa wanita itu berasal dari Negara Cina berdasarkan dialek dan cara pertuturannya.


Kehadiran kami sekitar hampir jam 1:30 petang menyaksikan tiada pengunjung yang hadir untuk menjamu selera di situ. Berbeza dengan restoran bersebelahan yang dipenuhi pelanggan.


Oleh kerana bimbang dengan harga makanan di MeatWorks ini yang terlalu mahal, maka kami mengambil keputusan untuk tidak memesan sebarang makanan mahupun minuman, sebaliknya sekadar duduk sebentar untuk merakam gambar.

Tambahan pula kami bimbang dengan status halal makanan dan minuman di restoran ini kerana tiada sebarang logo ataupun sijil Halal keluaran Majlis Ugama Islam Singapura, Muis dipaparkan.


Nampaknya sudah terang lagi bersuluh. Wang rakyat RM257 juta yang disalurkan kepada NFC untuk melaksanakan projek impak tinggi membekalkan daging seluruh Malaysia sudah jadi projek impak tinggi bekalkan daging ke restoran mewah menteri.

Bekalan daging lembu di negara sendiri pun masih tak cukup, boleh pula bekalkan daging untuk negara jiran Singapura?

Senang betul jadi keluarga menteri. Nak meniaga boleh pakai duit rakyat RM257 juta bagi alasan nak bantu negara. Tak pernah bela lembu pun boleh dapat projek ratusan juta ringgit.

Siap boleh beli kondo mewah merata negara, beli kereta mewah ratusan rubu ringgit, beli tanah bagai. Apa ada hal? Kalau kantoi wanita Umno boleh tolong back up.

Upah RM500, bagi kain sutera 4 ela sorang dah boleh singsing lengan berdiri belakang Shahrizat masa Shahrizat nak selak kain kah kah kah... Tak percaya tanya wanita-wanita Umno yang berdiri belakang Shahrizat. jangan bohong Allah nampak...



ReJaM© "RM257 Juta wang rakyat diperlakukan macam duit bapak dia.

source: http://milosuam



Bukti! Restoran mewah MeatWorks Singapura milik anak Shahrizat

Kongsi124 
PENDEDAHAN MiLo SuaM terhadap restoran makanan mewah MeatWorks, di Ion Orchard Singapura sebelum ini menyebabkan email MiLo SuaM dihujani pertanyaan dari ramai sahabat pembaca.

Rata-rata mahukan kepastian atau bukti yang kukuh bahawa Restoran Mewah MeatWorks benar-benar milik keluarga Shahrizat Jalil.

Sebenarnya soalan ini bagaikan perumpamaan "sudah terang lagi bersuluh", kerana restoran Mewah MeatWorks ini sudah diketahui umum milik anak Shahrizat. Namun jika anda perlukan bukti secara bertulis maka MiLo SuaM boleh sediakan.

Salah satu bukti adalah melalui laman web rasmi MeatWorks itu sendiri. Jika kita memeriksa data-data pendaftaran laman web meatworks.com.my ia secara terus mendedahkan siapa pemiliknya klik [Whois].


Jelas sekali penglibatan anak perempuan Shahrizat Jalil, Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh dalam laman web tersebut. Tambah menarik, email beliau menggunakan domain NFC (sebut National Family Corruption).

Selain itu, sebuah portal berita berpengaruh Singapura, Cyberita yang juga merupakan anak syarikat Asione pernah menyiarkan laporan ringkas tentang pemilik restoran MeatWorks di Ion Orchard tersebut.

Di bawah tajuk "Si jelita tauke restoran", Cyberita mendedahkan bahawa anak perempuan Shahrizat Jalil, Cik Izzana Salleh sebagai pemilik restoran tersebut [Cyberita].


Malah Cyberita turut menceritakan tentang projek lembu di Gemas Negeri Sembilan Malaysia yang diusahakan oleh keluarga, Cik Izzana Salleh yang digambarkan sebagai dari keluarga terkenal di Malaysia.

Portal itu turut menyebut bahawa keluarga pemilik restoran MeatWorks ini mengusahakan sebuah projek Nasional Malaysia yang berkaitan dengan lembu.


ReJaM© "Nantikan pendedahan skandal seterusnya..."


source: http://milosuam. 

Tuesday, December 27, 2011

Ini Lah ....Kondo mewah keluarga Shahrizat di Singapura

Ekslusif, Kondo mewah keluarga Shahrizat di Singapura
Berita, Komentar, Ulasan & PendapatOleh Milo Suam

LANTARAN pendedahan saudara Rafizi Ramli sebelum ini, berhubung pembelian kondominium mewah di Singapura oleh keluarga Shahrizat Jalil,ReJaM© bersama kumpulan aktivis Jingga 13 telah melakukan lawatan ke kondominium tersebut.


Kami berjaya menemukan kondominium yang dimaksudkan di alamat, 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore seperti yang dilaporkan di dalam dokumen pendedahan tempoh hari.



Gambar di bawah ini diambil di pintu masuk ke kondo mewah tersebut (dalam gambar, saudara Fariz Musa Ketua Koordinator Jingga 13). Pada mulanya kami dihalang untuk masuk ke kawasan kondominium oleh pihak keselamatan.


Kami terpaksa melakukan beberapa muslihat supaya dibenarkan masuk. Namun kamidihalang untuk mengambil gambar dengan alasan ini merupakan kawasan persendirian.Hanya kamera Hp yang berjaya diseludup masuk.

Difahamkan, Orchad Scotts merupakan kondominium antara yang paling selesa dan luas di Singapura. Kawasan ini juga merupakan kawasan kediaman golongan elit di kota yang pernah dikenali sebagai Pulau Temasik itu.


Di bawah ini beberapa keping gambar yang berjaya diambil secara "curi-curi" di dalam kawasan kondominium Orchard Scotts. Mujur pihak pengawal tak nampak, kalau nampak mampos!


Salah sebuah unit kondo mewah di Orchard Scotts ini didaftarkan pembeliannya menggunakannama suami Shahrizat dan dua orang anaknya secara milikan bersama. Duit rakyat RM250 juta untuk bela lembu diguna untuk kumpul kekayaan.






ReJaM© "Selepas ini kita dedahkan pula Restoran Makanan Mewah family Shahrizat di Singapura..!"
Posted on Tuesday, December 27 @ 22:17:41 MYT by aya
http://www.selatanonline.






ISU GAJI SBPA- Bajet 2012 disamun di siang hari?

TUESDAY, DECEMBER 27, 2011


ISU pelarasan gaji penjawat awam masih lagi hangat didebatkan walaupun PM Najib mengarahkan penangguhan Skim Baru Perkhidmatan Awam(SBPA) dan mengarahkan JPA berunding dengan Ceupacs.Ceupacs yang pada mulanya garang menentang SBA ini tiba-tiba menjadi kendur namun penjawat awam yang terlibat dalam skim gaji baru SBPA walaupun diberikan taklimat oleh Bahagian Sumber Manusia kementerian atapun jabatan masing-masing tidak pun diberitahu kenaikan gaji mereka dan hanya pengurusan tertinggi serta premier sahaja yang tahu berapa banyak gaji mereka yang dinaikan oleh mereka sendiri.

Inisiatif dari Jabatan Sumber ini mungkin betul kerana Pegawai-Pegawai Kementerian masing sudahpun menerima taklimat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam dan mereka melaksanakan arahan namun sejauh mana taklimat tersebut mampu menghakiskan kecelaruan minda penjawat awam tentang kenaikan gaji mereka dan penjawat awam hanya dimomokan dengan syarat-syarat baru tempoh persaraan.

Soal tempoh bersara bukan perkara pokok yang didebatkan ketika ini dan taklimat umur persaraan  hanyalah isu terpencil dan ada yang menyifatkan taklimat tersebut sekadar untuk menutup apa yng berlaku sebenarnya di sebalik proses menyalaraskan gaji baru penjawat awam di semua peringkat.Penjawat awam kerunsingan ataupun bercelaru minda pelarasan gaji seperti dimumkan oleh Perdana Menteri memberikan mereka untung yang sedikit tetapi ada pihak lain menangguk di air keruh.

Pelarasan SBPA ini dilihat memberikan `durian runtuh’ kepada sekitar 2,000 orang sahaja dan yang melaraskan gaji ini bukan mengambil kira suara ataupun denyut nadi penjawat awam sekitar 1 juta lebih itu tetapi lebih kepada memproses kenaikan gaji mereka laba atau untung  bukannya kumpulan Sokongan 1 dan 2.

Malah kalangan Pengurusan Tertinggi dan Premier sudah mula mencongak untung besar yang bakal mereka perolehi hasi dari pelarasan gaji ini.Ada yang menempah kereta baru,rumah baru dan tidak kurang juga yang bercita-cita untuk menambah isteri baru dan sebab itulah didesak penjawat-penjawat awam bersetuju menerima serta menandatangani borang SBPA itu.

Taklimat Jabatan Sumber Manusia cuba lari dari isu sebenar.Mungkin taklimat Jabatan Sumber ini hanya bersandarkan arahan JPA semata-mata dan tidak memenuhi matlamat PM Najib ketika membentangkan Belanjawan 2012 dan kumpulan sasaran yang mahu kerajaan bantu masih terpinga-pinga,apa yang mereka harapkan dari pembentangan Belanjawan yang didedahkan sebenarnya tidak banyak bezanya dengan apa yang mereka perolehi sebelum ini.Bajet PM Najib itu memberi keuntungan besar kepada pengurusan tertinggi dan preimier semata-mata.

Pembentangan Belanjawan 2012 diambil kesempatan  untuk melaraskan gaji mereka  sendiri hingga kenaikan mencecah 100 % dan kalau kita melihat jumlah Penjawat Awam yang perlu dibela ataupun diberikan perhatian oleh kerajaan menurut laporan JPA sehingga tahun 2009 berjumlah 1,253,026 dengan pecahan-pecahan seperti berikut:-

1.Perkhidmatan Awam Persekutuan - 1,003,223 orang

2. Perkhidmatan Awam Negeri-81,903 orang

3.Badan Berkanun Persekutuan- 110,708

4.Badan Berkanun Negeri- 13,014 orang

5.Pihak Berkuasa Tempatan-44,178

Daripada jumlah ini, untuk SBPA, hanya 35 orang Kumpulan Premier yang gajinya tidak termasuk elaun adalah antara RM35-RM65 ribu sebulan dan ini belum  masuk lagi janji insentif antara 5-15% gaji dan pelarasan gaji baru ini, mereka yang dapat durian runtuh sedangkan yang lain masih lagi seperti ditakuk lama.PM Najib kena ingat,jangan yang dikendong pun tidak dapat,yang dikelek berciciran.

Dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi (JUSA) pula, data lama menunjukkan 1900 orang dan ini bukan semua Pegawai Tadbir Diplomatic (PTD) kerana ini termasuk juga doktor pakar, professor universiti, Ketua-Ketua Jabatan Teknikal seperti saintis, penyelidik, guru pakar, pegawai pendidikan sama ada di Kementerian dan Pengarah JPNi, Pegawai Pertanian dan jurutera seperti jawatan Pengarah JKR Negeri.

Bakinya Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) yang kemasukan  bertaraf ijazah dan ke atas dan Kumpulan Pelaksana yang kemasukannya diploma dan ke bawah hingga PMR.Golongan inilah sebenarnya yang cuba dibela oleh Perdana Menteri tapi lain yang PM Najib harapkan,lain pula jadinya.

 Isu Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) 2012 menjadi persoalan ataupun teka teki kerana selama ini semua gaji terbuka untuk makluman awam,ianya tidak ada rahsia sejak dari zaman British lagi. Ada dalam website, Warta Kerajaan dan lain-lain cara. Begitu juga Skim Saraan Baru (SSB) pada tahun 1991 ke Skim Saraan Malaysia (SSM) pada tahun 2002 seperti mana dalam  PP4/2002. Gaji KSN hingga Jusa/khas C didedahkan untuk maklumat awam seperti dalam http://docs.jpa.gov.my/pekeliling/pp02/bil04/Klasifikasi-VK-VU.pdf   (Lampiran A)

Kenapa sebelum ini boleh didedahkan kerana ianya menggunakan wang awam. Tiada unsur rahsia atau keselamatan di sini. Dokumen yang sama dibentangkan di Parlimen. Dalam SBPA ini kononnya berlaku `adjustment` atau pelarasan contohnya kumpulan P&P daripada sistem gaji matriks seperti contoh dalam http://docs.jpa.gov.my/pekeliling/pp02/bil04/Klasifikasi-N.pdf.(Lampiran   (Lampiran B)

Mengapa kali ini dirahsiakan dan ada yang mendakwa kerahsaian ini penting kerana yang menggubal kenaikan gaji ini tidak mahu diketahui ramai kenaikan gaji secara melampau kalangan JUSA-JUSA ini.Barangkali inilah sebabnya SBPA ini menjadi begitu rahsia untuk tahun 2012.Tidak salah JUSA Turus,A.B atau C naikkan gaji mereka tapi adalah melampau kalau mereka menaikkan gaji mereka sendiri hingga 100 %.

Gaji Matriks ini ada peringkat (P) iaitu daripada P1 hingga P3  dan ikut kenaikan gaji tahunan T1, T2 dan T3 hingga sampai habis T tersebut, T membawa makna tahun perkhidmatan bagi seseorang penjawat awam.

Dalam SBPA ini, gaji matriks ini diubah kepada gaji sebaris, iaitu tiada lagi P2 dan P3. Perubahan ini menyebabkan pelarasan yang menyebabkan ada kenaikan tetapi masih perlu dalam pernyataan dasar PM di Parlimen Oktober 2011 lalu iaitu 7-13% seperti para 56 elemen keempat ucapan PM ini http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub12.pdf (Lampiran C)  

Isunya, ada penjawat awam yang dapat kenaikan didalam lingkungan 7-13% tetapi ramai juga yang bawah daripada itu dan ini diterima asalnya oleh majoriti penjawat awam tetapi ada sesiapa yang boleh jelaskan bagaimana gaji JUSA dalam SBPA ini yang memang tiada gaji matriks P1,P2, P3 seperti P&P dalam SSM seperti  Lampiran A di atas boleh naik sampai 100%?.

Bagaimana `adjustment’nya boleh membuatkan Mata gaji JUSA C dalam SBPA sebagai contohnya didakwa boleh mencecah sampai RM15 ribu sebulan sedangkan gaji asal SSM untuk maksimum gaji untuk Jusa C (lihat VU5 dalam Lampiran A) hanya RM7672.50 sebulan. Gaji baru JUSA C dalam SBPA hampir sama dgn mata gaji akhir SSM untuk KSN yang dalam skim lama SSM pun hanya RM13,940.30.

Pelarasan gaji ini ada yang menyifatkannya sebagai satu `rompakan` di siang hari kerana ini jelas bertentangan dengan dasar yang ditetapkan oleh PM dalam bajet iaitu kenaikan hanya 7-13% tetapi JUSA mengambil kesempatan menaikan gaji mereka lebih daripada itu.Kalau begitu apa gunanya PM Najib bentang di Parlimen kalau pegawai boleh buat sesuatu yang berlawanan dengan kuasa Parlimen dan Eksekutif?Di mana kuasa PM Najib?Sia-sia sahaja penyelarasan gaji baru penjawat awam kalau keputusan Parlimen tidak diambil kira.

Dan sebagai contoh jika pegawai JUSA C yang dulunya gaji maksimum hanya RM7672.50 kini boleh dapat RM13 ribu sebulan tidak termasuk elaun dan kemudahan percuma. Jika selepas ini mereka memilih untuk  bersara  atau dibersarakan kerana tidak berprestasi tinggi atau khianat atau tidak patuh pada dasar Kerajaan, mereka  dengan mudah dapat pencen penuh iaitu lebih kurang RM7000(separuh daripada gaji yang dilaraskan dalam SBPA) seumpama dengan gaji penuh masa SSM..

Mereka ini tidak perlu bersungguh-sungguh berkerja dan kesan daripada ini kerajaan yang menanggung segala pengkhianatan mereka ekoran pelarasan gaji yang berat sebelah ini.Kalau inilah niat Perdana Menteri untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan ataupun pendapatan penjawat awam,slogan Rakyat DiDahulukan hanya retorik semata-mata.najib belum cukup merasai denyut nadi rakyat.Ingat Penjawat awam adalah sebahagian besar fixed deposir kerajaan.

Monday, December 26, 2011

Dilema Najib Andai Anwar Di Penjara

Oleh Mat Zahari Ali

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sewaktu menyampaikan ucapan di Kongres PKR ke-8, di Johor Bharu, November lalu menyeru supaya gerakan reformasi bagi membebaskan negara dari cengkaman Umno/BN perlu terus digerakkan walaupun beliau akan di penjara. 
Manakala tarikh 9 Januari tahun depan akan menjadi satu detik bersejarah yang akan menentukan samaada Ketua Umum PKR itu ke penjara atau tidak.
Keputusan tersebut bukan sahaja dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia malah turut dinantikan oleh seluruh media antarabangsa.
Dikalangan media antarabangsa akan melihat isu yang dibabitkan ke atas Anwar merupakan 'kaedah tradisi'yang dilakukan oleh seluruh pemerintah di dunia untuk menyingkirkan musuh politik mereka.
Kalau Anwar Dibebas...
Membebaskan Anwar dari hukuman penjara akan memberikan persepsi bahawa segala konspirasi untuk menfitnah dan mengaibkan beliau selama ini telah gagal.
Di mata rakyat pula, pembebasan Anwar akan memperjelaskan lagi bahawa Anwar tidak bersalah. Di masa yang sama rakyat akan mengutuk pelbagai 'adegan' samaada pertuduhan yang disabitkan dengan Saiful Bukhari Azlan atau filem prono yang dikaitkan dengan 'skuad' trio Datuk 'T'.
Kesimpulannya, Pembebasan bukan hanya sekadar kemenangan besar terhadap personaliti Anwar sahaja malah kepimpinan serta parti yang beliau wakili turut mendapat kemenangan saikologi.
Atau dalam lain perkataan, seluruh rakyat akan percaya bahawa segala tindak tanduk selama ini adalah perancangan yang sengaja di atur oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN untuk mengenakan Anwar.
Namun perencanaan tersebut ternyata membenarkan lagi tanggapan rakyat bahawa rentetan fitnah tersebut sengaja dilakukan oleh kerajaan pimpinan Najib.
Maka tokoh yang akan menjadi bahan telunjuk seluruh rakyat adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Sebagai Perdana Menteri dan pemimpin tertinggi negara pula, penolakan rakyat terhadap beliau merupakan pantang larang yang amat mencarik adat seorang pemimpin.
Justeru, diatas fakta inilah juga mungkin Anwar membuat kenyataan bahawa beliau akan di penjara walau dalam apa situasi kebenaran pun.
Dilema Najib
Najib paling takut dilebel sebagai pemimpin terakhir dalam pemerintahan yang lebih 54 tahun diterajui Umno. Ini bukan hanya akan memburukkan keturunan beliau malah seluruh anggota parti akan menuding jari meletakkan kesalahan terhadap beliau sekiranya gagal meneruskan kesinambungan Umno selama ini.
Pengalaman Tun Abdullah Badawi ekoran prestasi buruk BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lalu sehingga memaksa beliau melepas jawatan sebagai perdana menteri mungkin masih segar dalam ingatan Najib.
Justeru mengulangi kesilapan Abdullah tidak ubah seperti memasang jerangkap samar untuk mengorbankan diri sendiri.
Kalau Anwar dipenjara ...
Berdasarkan pandangan penganalisa politik dan peramal media dalam maupun luar negara, ramai menyatakan Anwar akan di penjara walau apa pun keadaannya.
Pandangan tersebut bukan berkhilaf kepada kekuatan yang akan membawa kemenangan Anwar memimpin jentera pilihanraya PR ketika menghadapi kempen pilihanraya Umum (PRU) sekiranya beliau bebas. Namun Mungkin juga Najib melihat melepasi persepsi tersebut. 
Najib juga sedar samaada Anwar di penjara atau tidak gerakan kebangkitan rakyat akan tetap berlaku.
Kemenangan terbesar pembangkang dalam PRU ke-10 pada 1999 dimana PAS memenangi 32 kerusi parlimen dan DAP 10 kerusi semuanya berkisar kepada isu kebangkitan rakyat kerana simpati dengan Anwar yang dipenjara oleh Dr Mahathir.
Persoalannya apakah dengan sekali lagi membawa Anwar ke penjara akan mengujudkan memontum kebangkitan rakyat yang sama setelah pelbagai isu moral ditimpakan dikepala Anwar dengan pelbagai 'bukti' seperti kes Saiful dan gambar prono.
Apakah dengan menggunakan media-media milik Umno bagi memburukkan imej dan kredibiliti Anwar sudah memadai untuk rakyat mempercayainya lalu menolak Anwar dan PR dalam PRU ke-13 nanti?.
Apakah juga dengan isu liwat dan sex bersama pelacur yang disensaikan dengan penuh bergaya sebelum ini berjaya mempengaruhi rakyat untuk membenci Anwar serta PR yang diterajui beliau?.
Di atas hukum realiti, memenjarakan Anwar akan menambahkan lagi koleksi isu PR untuk kempen menjelang PRU nanti.
Apakah dengan membawa kembali Anwar ke Sungai Buluh akan membolehkan isu NFC yang teruk membelenggu Najib dapat di alih kepada isu penganiayaan pada Anwar.
Di peringkat antarabangsa pula, Najib akan menerima pelbagai tekanan berhubung amalan demokrasi dibawah pimpinan beliau sekiranya ketua pembangkang itu dipenjarakan.
Pilihanraya dan sistem dua parti
Gesaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini supaya Najib mengadakan PRU pada saat akhir penggal (March 2013) bukan sekadar masej bagi mengelak negeri-negeri PR mengadakan pilihanraya berasingan.
Tetapi disebabkan Dr Mahathir mungkin telah berjaya menghidu sesuatu yang kurang enak berhubung pencapaian BN untuk memenangi PRU 13 nanti.
Perlu di ingat Dr Mahathir adalah seorang yang sangat berpengalaman dalam menghadapi PRU setelah lebih 22 tahun memerintah negara.
Manakala bagi Najib pula, inilah kali pertama beliau akan berhadapan detik paling mencabar dalam kerjaya kepimpinan beliau sebagai pemimpin tertinggi negara.
Apa pun zaman Dr Mahathir dan era Najib situasinya agak berbeza. Era Mahathir pembangkang terdiri dari palbagai parti politik tetapi zaman Najib negara sedang bergerak ke arah sistem dua parti.
Sistem dua parti akan memberi peluang yang lebih besar kepada rakyat untuk menukar dan menggantikan kerajaan. Ini bermaksud sekiranya kerajaan semasa tidak berjaya membantu dan menolong rakyat, rakyat mampu menukarkannya pada pilihanraya akan datang.
Ini disebabkan hanya ada dua parti sahaja yang bertanding, pembangkang dan kerajaan.
Faktor ini jugalah yang merungsingkan Najib dan Dr Mahathir. Mood rakyat untuk menukar kerajaan setelah Umno/BN memerintah lebih 54 tahun telah bergema sejak bermulanya era reformasi jalanan pada 1988.
Sepuluh tahun kemudian, tsunami politik melanda negara. Enam negeri termasuk wilayah persekutuan jatuh ketangan pembangkang.
Survival BN
PRU ke-13 menyaksikan 70 peratus pengundi berdaftar adalah pengundi muda berusia 21 - 40 tahun. Kebanyakan mereka adalah generasi Media Baru yang majoritinya cenderung kepada pembangkang. Manakala selebihnya terdiri dari pengundi atas pagar yang tidak terpengaruh dengan sentimen perjuangan masa lampau serta pengaruh ras dan agama.
Secara langsung generasi ini adalah penentu kerajaan selepas PRU 13.
Kebimbangan besar Najib bukan sekadar untuk mempertahankan Putrajaya semata-mata malah beban yang akan ditanggung selepas kejatuhan Umno/BN selepas lebih 54 tahun menguasai negara lebih memeritkan.
Sebagai sebuah kerajaan baru, Pakatan Rakyat (PR) setentunya akan memastikan segala penyelewengan wang negara dibongkar untuk mengembalikan maruah negara.
Secara tidak langsung segala kepincangan yang berlaku selama 54 tahun Umno/BN memerintah akan diketahui rakyat.
Media Baru
Entah apa anginnya, tiba-tiba pada tahun ini Najib membina facebook dan twitternya. Mungkin diatas sebab baru menyedari pengaruh media baru yang ternyata lebih berkesan dari media milik Umno.
Tapi semua sedia maklum, yang updatenya mungkin sekali sekala Najib tetapi selebihnya agen-agen APCO atau agen-agen penasihat media beliau yang dibayar berjuta-juta ringgit.
Perlu disedari juga BN mempunyai 26 saluran media termasuk radio dan media cetak. Ini tidak termasuk lapan saluran tv di seluruh negara. Apakah saluran media ini masih belum cukup untuk menyebarkan propoganda BN?.
Rakyat menolak media-media ini disebabkan terlalu banyak 'mengampu' dan 'over propoganda' sehingga rakyat jelek untuk menatap media-media kerajaan.
Dalam konteks media baru ini, Pembangkang memang jauh lebih 'advance' jika dibandingkan dengan keselesaan Najib dan BN sebelum ini.
Dengan pelbagai sekatan maklumat dan media yang dilakukan oleh BN kepada pembangkang selama ini telah menjadikan pembangkang lebih maju menggunakan media baru dalam berkomunikasi bagi menyebar maklumat kepada masyarakat awam.
Maka tidak hairanlah pelbagai usaha dilakukan oleh Kementerian Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan untuk menyekat pelbagai saluran maklumat untuk disebar kepada rakyat. Ini tidak termasuk pelbagai akta seperti akta penerbitan dan mesin cetak yang semuanya berkisar kepada usaha membelenggu saluran maklumat sampai kepada rakyat.
Begitu juga baru-baru ini kerajaan mahu menubuhkan Majlis Perundiang Media bertujuan memantau bahan-bahan berita di internet.
Kedudukan Malaysia pula jatuh 10 anak tangga kepada 141 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2010 iaitu yang terendah dalam tempoh sembilan tahun dari senarai 178 negara.
Persoalannya apakah dengan memenjarakan Anwar akan menghalang rakyat dari mendapat maklumat berhubung pelbagai penyelewengan dan salah guna kuasa BN selama ini.
Mungkin juga Najib ada alasan dan jawapannya yang tersendiri bagi memastikan survival politik dan masa depan parti pimpinannya disaat rakyat sedang menolak Umno/BN dari terus menguasai negara