Cuba Banding

Friday, July 1, 2011

Bekas penolong gabenor Bank Negara akan didakwa updated 9:54am 1 Jul 2011


Bekas penolong gabenor Bank Negara akan didakwa
Jul 1, 11 9:54am
Seorang bekas penolong gabenor Bank Negara akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM100,000 daripada orang tengah bagi mendapatkan kontrak mencetak wang polimer RM5.

azlanIa berikutan operasi bersama antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa Australia berhubung dakwaan salah laku dalam pemberian kontrak kepada firma Australia berkenaan.

Adalah difahamkan pihak berkuasa Australia juga akan mendakwa beberapa individu berhubung skandal itu hari ini.

Lelaki itu ditahan semalam dan dibawa ke ibupejabat SPRM.

Manakala orang tengah tersebut pula akan menghadapi pertuduhan berasingan kerana menawarkan rasuah kepadanya di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Bekas penolong gabenor itu dipercayai akan didakwa mengikut Seksyen 11(a) dan 11(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Tahun lalu, berikutan laporan bahawa Securency International, yang berpejabat di Melbourne, menawarkan rasuah kepada pegawai-pegawai di Malaysia, SPRM menahan tiga individu berhubung skandal nota polimer RM5 itu.

Mengikut laporan media itu, ketiga-tiga yang ditahan itu termasuk seorang ahli perniagaan didakwa dibayar RM11.3 juta untuk mendapatkan kontrak daripada Bank Negara Malaysia dan agar kerajaan Malaysia menggunakan mata wang polimer.

No comments: