Cuba Banding

Sunday, April 22, 2012

DBKL harus bagi lokasi alternatif untuk Bersih 3.0

Hisham: DBKL harus bagi lokasi alternatif untuk Bersih 3.0

April 22, 2012
KUALA LUMPUR, 22 April — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, (DBKL) seharusnya mengemukakan lokasi alyternatif untuk Bersih 3.0 sekiranya tidak mahu perhimpunan itu diadakan di Dataran Merdeka, jelas Menteri Dalam Negeri, Stadium Merdeka boleh dijadikan lokasi protes. 
Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar)menegaskan kumpulan pemerhati politik tanah air itu harus diberikan kebenaran untuk mengadakan “perhimpunan aman” dan kerajaan telah menyatakan perhimpunan itu bukanlah “ancaman kepada negara”. 
“Mereka (DBKL) tidak membenarkan mereka menggunakan Dataran Merdeka tapi saya yakin mereka akan dibenarkan untuk berhimpun, dan saya percaya DBKL ada lokasi alternatif di mana-mana lokasi,” katanya kepada pemberita di sini. 
“Kami bersetuju untuk tidak menghentikan perhimpunan aman, tapi bukan kuasa saya untuk untuk mengatakan DBKL akan membenarkannya,” kata Hishamuddin. 
Menteri Dalam Negeri berkata, pihaknya bersedia membantu Bersih untuk membuat pilihan sama ada Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil sebagai lokasi alternatif perhimpunan 28 April ini. 
“Jangan melihat perhimpunan aman itu sebagai ancaman negara, dan saya akan semak sama ada Bukit Jalil ataupun Stadium Merdeka (jika diperlukan) dengan pihak berkuasa. 
“Saya boleh membantu termasuk (mendapatkan)  Stadium Merdeka yang mana pihak penganjur telah membuat permohonan sebelum ini,” kata Hishamuddin merujuk kepada permohonan Bersih pada perhimpunan 9 Julai lalu. 
MENYUSUL LAGI

No comments: